Thursday, December 30, 2010

Isti’jal (tergesa-gesa)


Isti’jal, satu penyakit yang menimpa umat Islam sama ada individu ataupun jamaah, iaitu mahukan perubahan segera tanpa mengambil kira akibat, keadaan mahupun latar belakang dan tanpa membuat persiapan yang baik dari segi sumber, uslub dan wasilah. (Takrif ini kalau disyarahkan boleh menjawab pelbagai masalah individu dan jamaah).

Isti’jal memang tabiat manusia. Semasa Nabi Adam dicipta dan ditiupkan ruhnya, baginda terus bangun sebelum sempurna peniupan ruh tersebut! Tanda awal bahawa jenis manusia memang suka tergesa-gesa! Allah sendiri perakukan; خلق الإنسان من عجل (Al-Anbiya’: 37) bermaksud; Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru pada serba-serbinya…

Dalam sirah di Makkah, masyhur kalam Nabi SAW kepada Khabbab bin Al-Art apabila beliau meminta nabi berdoa agar dilepaskan umat Islam dari kezaliman Arab Quraisy. Tapi nabi menjelaskan bahawa umat terdahulu diuji lebih dahsyat lagi sehingga ada yang dibelah dengan gergaji tetapi tetap sabar dan nabi akhiri dengan kalamnya ولكنكم تستعجلون maksudnya, tetapi kamu semua tergesa-gesa!

Tanda-tanda isti’jal

1. Menggabungkan individu dalam kafilah dakwah sebelum tauthiq, kenal pasti bakat, kemampuan dan persediaannya. Amal menegakkan Islam tidak boleh dibuat secara borong. Perlu kepada penelitian dan memastikan hanya anasir soleh yang boleh ditarbiah sahaja dibawa bersama. Juga kena ambil kira kekuatan untuk mendidik anasir yang telah dipilih tadi. Jangan sampai kita terpedaya dengan bilangan pengikut yang ramai, tapi mereka tidak boleh menghayati perjuangan Islam yang sebenarnya.

2. Meningkatkan daie ke peringkat lebih tinggi sebelum sampai masanya. Dengan alasan supaya orang tadi cepat meningkat, lebih faham dan produktif untuk dakwah dan jamaah. Sebenarnya ini satu kezaliman, kerana meletakkan seseorang bukan pada tempatnya dan dalam keadaan dia belum bersedia lagi.

3. Melakukan tingkahlaku yang memudharat dan tidak bermanfaat kepada dakwah. Perkara ini biasa berlaku kepada orang yang tiada disiplin amal jamaie atau memang tidak boleh didisiplinkan. Lebih malang lagi apabila tindakan yang dibuatnya mendatangkan mudharat kepada dakwah dan memundurkannya puluhan tahun ke belakang.

Kesan-kesan isti’jal

1. Membawa kepada futur. Futur bermaksud kembali lemah selepas aktif! Boleh jadi seseorang itu asalnya amat aktif dalam amal dan dakwah tetapi sekarang dah malas dan melengah-lengahkan amal, tak aktif lagi. Juga boleh jadi lebih teruk dari itu, langsung berhenti dari amal dan dakwah. Lihatlah keliling kita, sahabt seperjuangan semasa di kolej atau universiti dulu, sama-sama aktif. Tapi bila dah berkahwin dan bekerjaya, tidak sehebat atau selantang dulu, bahkan ada yang senyap tak buat apa-apa, tidak kurang juga yang aktif tapi hanyut bersama pihak yang ditentang dulu!

2. Membantutkan amal, atau memundurkannya puluhan tahun ke belakang. Bayangkan kalau semua orang mengambil langkah drastik dan agresif atas nama amar makruf, nahi mungkar. Kemudian semua yang agresif tadi disumbatkan dalam penjara, siapa lagi yang akan meneruskan perjuangan mereka? Ini merujuk kepada tidak mengambil kira akibat dari amal yang dilakukan. Sebab itu selain dari perlu mengenali mungkar, perlu juga tahu uslub untuk mengubahnya. Faktor masa perlu diambil kira. Sebab itu pada zaman Makkah, nabi tidak mewujudkan sebarang konfrontasi dengan Arab Jahiliah. Selepas berhijrah dan mendapat sokongan Ansar dan Muhajirin, barulah berlaku.

Sebab-sebab isti’jal

1. Dorongan hawa nafsu dan semangat yang tidak dikawal. Iman kita naik dan turun. Masa iman naik, seseorang itu akan bersemangat untuk beramal dan mencegah kemungkaran. Tapi jika tidak dikawal dan terburu-buru, pastinya musibah yang menimpa. Contoh terdekat ialah membakar gereja dalam isu kalimah Allah. Ada orang akan terbakar semangatnya…

2. Kurang merujuk kepada sirah nabawiyah, sunnah Allah dan perjalanan dakwah para dua’t. Sunnah Allah terhadap alam; Allah sendiri menegaskan bahawa alam ini dicipta dalam masa enam hari. Bukan dengan sekelip mata, biarpun Allah mampu dengan kun fayakun. Sunnah Allah dalam pensyariatan; arak diharamkan secara berperingkat. Bukan sekaligus. Para qudama’ (veteran) dalam amal dakwah pun mengambil masa yang lama, keluar masuk penjara, tapi tetap thabat sampai akhir hayat kerana memahami bahaya isti’jal. Maka pengalaman orang lain dan jamaah lain perlu diambil kira supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang sama. Semangat golongan muda perlu diimbangi dengan hikmah para qudama’.

3. Tidak tahan dengan cabaran dan beban dakwah, juga mahukan hasil yang cepat. Perlu ingat, kita tidak dipertanggungjawabkan kepada hasil atau natijah. Tapi kita akan disoal terhadap apa yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah. Kita mesti berusaha, kemudian serahkan kepada Allah. Mengapa nabi tidak berdoa sahaja ketika diminta oleh Khabbab? Sedangkan doa baginda mustajab. Jawapannya, nabi nak ajar kita bahawa kemenangan agama ini perlu dengan tangan manusia sendiri, bukan dengan Kun Fayakun!

Pesanan Hasan Al-Banna


Sebagai pemimpin kepada gerakan Islam masa kini yang menjadi rujukan pelbagai pihak, mari kita telusuri kata-kata Hasan Al-Banna ini;

“Wahai kaum muslimin, khasnya yang bersemangat dan tergesa-gesa! Sesungguhnya jalan dakwah kamu ini, langkah-langkahnya telah disusun, sempadannya telah ditentukan, aku tidak akan menyanggahi sempadan yang aku amat yakin sebagai lebih selamat untuk sampai kepada matlamat. Memang jalannya panjang, tapi tiada jalan lain selain daripadanya… Siapa dari kalangan kamu hendak memetik buah sebelum masaknya… aku tidak bersamanya. Lebih baik dia mencari jalan dakwah yang lain. Siapa yang bersabar dengan aku sehingga benihnya bercambah, pokoknya tumbuh dan buahnya elok sampai masa untuk dipetik, maka ganjarannya di sisi Allah, kita sama-sama akan mengecapai ganjaran para muhsinin: sama ada mendapat kemenangan atau kepiminan, dan sama ada mendapat syahadah atau sa’adah.”

Perlu difahami, kalau semua persiapan dan sumber dah sempurna, kajian sebab dan akibat telah dibuat, maka jangan bertangguh lagi. Teruskan amal, itu bukan isti’jal…

Wallahu a’lam.

Oleh: Ustaz Azzahar bin Abd. Aziz,

Thursday, December 9, 2010

BENARKAH PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN ADALAH SYIAH KUFAH

darimejaakademik...

Terlebih dahulu kita akan menyatakan dakwaan kita secara terus terang dan terbuka bahawa pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya bukanlah Yazid tetapi adalah golongan Syiah Kufah.

Dakwaan ini berdasarkan beberapa fakta dan bukti-bukti daripada sumber-sumber rujukan sejarah yang muktabar. Kita akan membahagi-bahagikan bukti-bukti yang akan dikemukakan nanti kepada dua bahagian :

(1) Bukti-bukti utama

(2) Bukti-bukti sokongan

I. BUKTI-BUKTI UTAMA

Dengan adanya bukti-bukti utama ini, tiada mahkamah yang dibangunkan untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan akan memutuskan Yazid sebagai pesalah dan sebagai penjenayah yang bertanggungjawab di dalam pembunuhan Sayyidina Husain. Bahkan Yazid akan dilepaskan dengan penuh penghormatan dan akan terbongkarlah rahsia yang selama ini menutupi pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya di Karbala.

Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri bahawa merekalah yang membunuh Sayyidina Husain. Golongan Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul sebagai golongan "At Tawwaabun" yang kononnya menyesali tindakan mereka membunuh Sayyidina Husain. Sebagai cara bertaubat, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur Sina.

Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan "At Tawaabun" itu masih kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun cuba dihapuskan oleh mereka dengan beribu-ribu cara.

Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh ulama-ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi, Nurullah Syustri dan lain-lain di dalam buku mereka masing-masing. Baaqir Majlisi menulis :

"Sekumpulan orang-orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain. Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak haram itu. Di sini mereka mengadakan janji setia di antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa-apa". (Jilaau Al'Uyun, m.s. 430)

Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al'Mu'minin bahawa selepas sekian lama (lebih kurang 4 atau 5 tahun) Sayyidina Husain terbunuh, ketua orang-orang Syiah mengumpulkan orang-orang Syiah dan berkata, " Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji akan taat setia kepadanya, kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya. Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian ramai orang-orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu ". (Al Baqarah :54). Kemudian mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran "At Tawaabun".

Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie di dalam pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala. Tahukah anda siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta kepada Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Sayyidina Husain. Dialah juga yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?

Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. (Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 37)

Adakah masih ada orang yang ragu-ragu tentang Syiahnya Syits bin Rab'ie dan tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir Majlisi, seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung ia bermakna pengakuan daripada pihak Syiah sendiri tentang pembunuhan itu.

Lihatlah pula kepada Qais bin Asy'ats ipar Sayyidina Husain yang tidak diragui tentang Syiahnya tetapi apa kata sejarah tentangnya? Bukankah sejarah mendedahkan kepada kita bahawa itulah orang yang merampas selimut Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai pertempuran ? (Khulashatu Al Mashaaib, m.s. 192)

Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang membuktikan merekalah sebenarnya pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain, kenyataan saksi-saksi yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup di Karbala yang terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan dakwaan ini termasuk kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat dirakamkan oleh sejarah sebelum beliau terbunuh. Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya kepada orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia bertempur dengan beliau :

" Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-mush di dalam menentang kami ". (Jilaau Al' Uyun, ms 391).


Beliau juga berkata kepada Syiah:

"Binasalah kamu! Bagaimana boleh kamu menghunuskan perang dendammu dari sarung-sarungnya tanpa sebarang permusuhan dan perselisihan yang ada di antara kamu dengan kami? Kenapakah kamu siap sedia untuk membunuh Ahlul Bait tanpa sebarang sebab? " (Ibid).

Akhirnya beliau mendoakan keburukan untuk golongan Syiah yang sedang berhadapan untuk bertempur dengan beliau:

"Ya Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan selerakkanlah mereka. Jadikanlah hati-hati pemerintah terus membenci mereka kerana mereka menjemput kami dengan maksud membela kami tetapi sekarang mereka menghunuskan pedang dendam terhadap kami ". (Ibid)

Beliau juga dirakamkan telah mendoakan keburukan untuk mereka dengan kata-katanya: "Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat……..Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuhmu dan mukamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untukmu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya". (Mulla Baqir Majlisi-Jilaau Al'Uyun, m.s. 409).

Daripada kata-kata Sayyidina Husain yang dipaparkan oleh sejarawan Syiah sendiri, Mulla Baqir Majlisi, dapat disimpulkan bahawa:

(i) Diayah yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam menerusi penulisan sejarah bahawa pembunuhan Ahlul Bait di Karbala merupakan balas dendam dari Bani Umayyah terhadap Ahlul Bait yang telah membunuh pemimpin-pemimpin Bani Umayyah yang kafir di dalam peperangan Badar, Uhud, Siffin dan lain-lain tidak lebih daripada propaganda kosong semata-mata kerana pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain dan Ahlul Bait di Karbala bukannya datang dari Syam, bukan juga dari kalangan Bani Umayyah tetapi dari kalangan Syiah Kufah.

(ii) Keadaan Syiah yang sentiasa diburu dan dihukum oleh kerajaan-kerajaan Islam di sepanjang sejarah membuktikan termakbulnya doa Sayyidina Husain di medan Karbala ke atas Syiah.

(iii) Upacara menyeksa tubuh badan dengan memukul tubuhnya dengan rantai, pisau dan pedang pada 10 Muharram dalam bentuk perkabungan yang dilakukan oleh golongan Syiah itu sehingga mengalir darah juga merupakan bukti diterimanya doa Sayyidina Husain dan upacara ini dengan jelas dapat dilihat hingga sekarang di dalam masyarakat Syiah.

Adapun di kalangan Ahlus Sunnah tidak pernah wujud upacara yang seperti ini dan dengan itu jelas menunjukkan bahawa merekalah golongan yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain.

(iv) Betapa kejam dan kerasnya hati golongan ini dapat dilihat pada tindakan mereka menyembelih dan membunuh Sayyidina Husain bersama dengan sekian ramai ahli keluarganya walaupun setelah mendengar ucapan dan doa keburukan untuk mereka yang dipinta oleh beliau. Itulah dia golongan yang buta mata hatinya dan telah hilang kewarasan pemikirannya kerana sebaik saja mereka selesai membunuh, mereka melepaskan kuda Zuljanah yang ditunggangi Sayyidina Husain sambil memukul-mukul tubuh untuk menyatakan penyesalan. Dan inilah dia upacara perkabungan pertama terhadap kematian Sayyidina Husain yang pernah dilakukan di atas muka bumi ini sejauh pengetahuan sejarah. Dan hari ini tidakkah anak cucu golongan ini meneruskan upacara perkabungan ini setiap kali tibanya 10 Muharram?

Ali Zainal Abidin anak Sayyidina Husain yang turut serta di dalam rombongan ke Kufah dan terus hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada orang-orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis, dalam keadaan sakit beliau dengan suara yang lemah berkata kepada mereka, " Mereka ini menangisi kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka ?" (At Thabarsi-Al Ihtijaj, m.s. 156).

Pada halaman berikutnya Thabarsi menukilkan kata-kata Imam Ali Zainal Abidin kepada orang-orang Kufah. Kata beliau, " Wahai manusia (orang-orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu, ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu mengutuskan surat kepada ayahku (menjemputnya datang), kemudian kamu menipunya? Bukankah kamu telah memberikan perjanjian taat setia kamu kepadanya? Kemudian kamu membunuhnya, membiarkannya dihina. Celakalah kamu kerana amalan buruk yang telah kamu dahulukan untuk dirimu".

Sayyidatina Zainab, saudara perempuan Sayyidina Husain yang terus hidup selepas peristiwa itu juga mendoakan keburukan untuk golongan Syiah Kufah. Katanya, " Wahai orang-orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak ikatan iman dan telah berbalik kepada kekufuran...Adakah kamu meratapi kami padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi kami. Demi Allah! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu telah membeli keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh dengan air apapun". (Jilaau Al ' Uyun, ms 424).

Doa anak Sayyidatina Fatimah ini tetap menjadi kenyataan dan berlaku di kalangan Syiah hingga ke hari ini.

Ummu Kulthum anak Sayyidatina Fatimah pula berkata sambil menangis di atas segedupnya, " Wahai orang-oang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu. Buruklah hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain kemudian tidak membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan menawan orang-orang perempuan dari ahli rumahnya. Laknat Allah ke atas kamu dan semoga kutukan Allah mengenai mukamu".

Beliau juga berkata, " Wahai orang-orang Kufah! Orang-orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami sementara orang-orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari kiamat nanti". (Ibid, ms 426-428)

Sementara Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain pula berkata, " Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda kami kemudian telah membunuh datukku Ali (Sayyidina Ali). Sentiasa darah-darah kami menitis dari hujung-hujung pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti azab dan kutukan Allah akan berterusan menghujani kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang-pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang pedih ".

Apa yang dikatakan oleh Sayyidatina Fatimah bt. Husain ini dapat dilihat dengan mata kepala kita sendiri di mana-mana Syiah berada.

Dua bukti utama yang telah kita kemukakan tadi, sebenarnya sudah mencukupi untuk kita memutuskan siapakah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain di Karbala. Daripada keterangan dalam kedua-dua bukti yang lalu dapat kita simpulkan beberapa perkara :

1. Orang-orang yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk memberontak adalah Syiah.

2. Orang-orang yang tampil untuk bertempur dengan rombongan Sayyidina Husain di Karbala itu juga Syiah.

3. Sayyidina Husain dan orang-orang yang ikut serta di dalam rombongannya terdiri daripada saudara- saudara perempuannya dan anak-anaknya menyaksikan bahwa Syiahlah yang telah membunuh mereka.

4. Golongan Syiah Kufah sendiri mengakui merekalah yang membunuh di samping menyatakan penyesalan mereka dengan meratap dan berkabung kerana kematian orang-orang yang dibunuh oleh mereka.

Mahkamah di dunia ini menerima keempat-empat perkara yang tersebut tadi sebagai bukti yang kukuh dan jelas menunjukkan siapakah pembunuh sebenar di dalam sesuatu kes pembunuhan, iaitu bila pembunuh dan yang terbunuh berada di suatu tempat, ada orang menyaksikan ketika mana pembunuhan itu dilakukan. Orang yang terbunuh sendiri menyaksikan tentang pembunuhnya dan kemuncaknya ialah pengakuan pembunuh itu sendiri. Jika keempat-empat perkara ini sudah terbukti dengan jelas dan diterima oleh semua mahkamah sebagai kes pembunuhan yang cukup bukti-buktinya, maka bagaimana mungkin diragui lagi tentang pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain itu ?

LAGI bukti-bukti sokongan
http://syiahmalaysia.blogspot.com/

Saturday, November 20, 2010

anda bijak jauhi zina




para sahabat yang berada di sekeliling nabi marah mendengar ucapan pemuda tersebut...

namun nabi dengan penuh hikmah dan kasih sayang bertanya kembali
kepada pemuda itu..

"seandainya ada orang ingin berzina dengan ibumu,adakah engkau izinkan?

"tidak!" jawab pemuda itu,tegas

"jika saudara perempuanmu?"

"jika anak perempuanmu?"

"jika ibu saudaramu?" tanya nabi lagi

dan jawapan pemuda itu semuanya 'tidak'

kemudian nabi meletakkan tangannya pada (kepala) pemuda itu lantas seraya berdoa "ya allah ampunilah dosanya,sucikanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.."

Wednesday, November 17, 2010

sebaik2 kamu ialah...

"Ustaz baca bagus dah, silap yang satu tu je sikit'" komentar Tok Ayah

selepas Tuan Guru, tiba giliran aku pula membaca di hadapan Tok Ayah...

umul kitab ku baca penuh hati2 dan tartil, namun masih banyak silap dan kurangnya.
Tok Ayah hanya tertawa mentasmik bacaanku, mungkin terlalu banyak yang perlu diperbetulkan...
"orang baru ya...?"
"ya tok, kami singgah nak belajar"
"haha, tak mengapa..terus baca"

ayat yang sama aku baca seperti tuan guru, juzu' 4 mungkin, aku kurang periksa..
namun setelah bacaan fatihah ku ditertawakan, hati ku jadi cemas dan penumpuanku hilang entah ke mana.
ayat2 Tuhan yang dizahir dalam bentuk tulisan itu seperti hilang titik dan barisnya bila cuba ku tilawahkan hingga banyak kesilapan2 kecil dalam qiraat ku..
"ahh,manakan mungkin..sudah 2 tahun aku menjadi imam di kolej kediaman dan tambah setahun di rumah sewa..." hatiku berbisik memuhasabah bacaan sendiri yang acap kali di tegur Tok Ayah...

Sunday, October 31, 2010

alahai puteri umNO




1443 tahun dahulu,fatimah yang baru lahir dikendongnya berhampiran ka'bah,lalu dikucup ciumnya anak itu sambil menyatakan raihanatun nasyummuha wa rizquha 'alaiha tatkala masyarakat ketika itu begitu jijik dengan kelahiran anak wanita,
53 tahun selepas 'merdeka' pula,inikah bakal pemmpin yang ingin kita pilih mentadbir diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama kita????

lihatlah bagaimana islam datang melalui lidah nabiNya membawa rahmat ke seluruh alam dalam setiap aspek dan meninggikan martabat kaum wanita...
perhatikan juga qudwah bil hal yang ditunjukkan muhammad pesuruh Allah bagaimana menghormati wanita pada awal2 kerasulannya...

baca kembali bagaimana nabi menghormati saudara sesusuannya yang wanita dalam satu peperangan, membuka serbannya lalu menghamparkannya sebagai lapik saudaranya itu...

dan ingat lagi kita di zaman khalifah di mana seorang pemuda membunuh seorang kafir yg memasang perangkap hingga terbuka hijab seorang wanita yg berniaga di pasar...walau pemuda itu tidak mengenali dan dengan hanya atas nama Islam....

lebih 1200 tahun kerajaan islam terbina kukuh di persada dunia, dengan segala hukum sistem pentadbiran meliputi sosial, ekonomi, jenayah, jual beli, kekeluargaan, pendidikan, pembangunan, masyarakat majmuk, import export, dasar luar dan segalnya yg berlandaskan syariat islam...
dan banding pula dengan apa yang dimilik selepas 53 tahun 'merdeka'...

mana satu pilihan kita...???
undi kita...pemimpin kita

(gambar atas: fesyen wanita/puteri umNO pada perhimpunan agung 2010)

Thursday, October 21, 2010

Satu tulisan kritikan dan nasihat buat negaraku Malaysia.

GM moisquitoes (nyamuk yang terubah genetik) pada asalnya tampak baik untuk mengurangkan kadar denggi yang kian menghambat penduduk alam.
Namun, berkemungkinan mampu memberi impak yang amat buruk kepada ekosistem dan kesan rantaian semulajadi genetik serangga secara tidak langusng jika berada di luar lingkungan.
Dahulu nyamuk di anggap tiada peranan malah dikatakan membawa penyakit yang boleh mengundang maut.
Tetepi hari ini, ahli saintis boleh berbangga dengan kejayaan memanipulasikan genetik asal supaya ia lebih rintang dan tidak berbahaya.
Banyak teknologi dan penemuan sains yang telah dizahirkan malah ramai di kalangan intelektual lahir pada zaman kini menyaksikan multi disiplin ilmu yang pelbagai dan kompleks namun masih manusia hilang pedoman dan tujuan akan hakikat pencarian ilmu dan hierarki sebenar ilmu malah lebih teruk untuk tidak mengakui akan kehebatan Ilahi sebagai Pencipta.
Alvin Toffler dalam bukunya Rethinking the Future menjelaskan "The illiterate of the 21st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn, and relearn".
Pembudayaan iqra' bukan setakat boleh membaca tetapi mengkaji dan menaakul secara teliti dengan pengukuhan aspek bukti naqli (revealed knowledge) sebagai asas pengkajian ilmu fardhu kifayah.

Ada beberapa point penting untuk perkongsian bersama.

1)Peranan ilmuan mesti diangkat dan dijulang.
Hari ini, dunia menyaksikan penganugerahan Hadiah Nobel kepada mereka yang dikatakan telah memberikan impak kepada beberapa lapangan ilmu terpilih seperti fizik, biologi, kimia ,sastera dan ekonomi. Satu pujian dapat diberikan kepada pemenang kerana tradisi untuk menghormati ilmuan harus dijadikan amalan sepertimana yang dipraktikkan oleh Khalifah Harun Rasyid kepada Imam Syafie.
Cuma, Malaysia kurang mengangkat peranan ilmuan dan tidak menjadikan golongan alim ulama sebagai sumber rujukan masyrakat tetapi meletakkan satu kesilapan besar dalam mengelirukan masyarakat untuk memilih golongan artis selebriti sebagai idola dan tempat tumpuan publik.

2)Ketengahkan idea besar walaupun masyarakat menganggap asing dan janggal dengan pembawaaan kita.
Pepatah Arab ada mengatakan "Manusia akan memusuhi apa yang mereka jahil".
Ya, sejauhmana kreatifnya kita selaku daie dalam masyarakat dalam membawa Islam untuk dijadikan sebab kewujudan (raison d'etre) mereka di dunia adalah cuba membawa perubahan yang hak lagi berhikmah berasaskan pembuktian dalil yang bersifat ijmali(umum) kepada perincian yang berhikmah. Anak muda mesti tampil dengan idea segar dan bersifat 'repulsion' (anjakan) dan bukan hanya bersifat runcitan dan 'refreshment' yang hanya cuba menampal kelemahan yang agak ketara.
Iktibar daripada Mlaysia di'kejut'kan dengan prototype idea dan aplikasi GM nyamuk yang disifatkan ganjil dan asing dalam dunia perubatan telah menggusarkan semua peringkat masyarakat. Berasaskan al-aslu fi shai' al-ibahah(asas sesuatu perkara adalah harus) dan antum a'lamu bil umur duniyakum(kamu lebih mengetahui akan urusan dunia kamu), seorang ilmuan mesti berani membawa maslahah umum di samping cuba mengawal kesan sampingan terhdap alam sekeliling. Nabi s.a.w. dahulu pernah hebat ditentang kerana jahilnya bangsa Arab sebelum Islam namun pendektan Nabi mampu menjadikan Semenanjung Arab wilayah Islam yang digeruni.

3)You've got to find what you love
Kata-kata Steve Job, CEO Apple dan beberapa gajet teknologi masa kini. Menarik untuk diteliti dengan sejarah jatuh bangun beliau dalam hidup membuatkan penulis turut termotivasi dalam ucapan yang disampaikan pada majlis graduasi sebuah universiti. Antara kata-katanya, If today were the last day of my life, would I want to do what I am about to do today? sehingga dogma penting yang dipasakkan adalah kehidupan adalah agent perubahan yang amat unik untuk dinikmati sebelum datangnya ajal.
Rujuk Malaysia dilihat cuba merombak sistem lapuk berasaskan peperiksaan dan mengenepikan serta menganaktirikan mereka yang berpotensi dan berbakat dalam bidang selain sains. Malah, kerajaan telah seolah-olah meletakkan standard untuk berjaya mesti berjaya dalam bidang kritikal dan menegenpikan golongan sains sosial.
Tidak berlaku di Barat, bila megetahui seseorang kanak-kanak itu mempunyai minat yang mendalam dalam sesuatu bidang maka akan ditumpukan dan diberi latihan intensif untuk dijadikan aset dan modal insan berkualiti dalam negera mereka. Seprti juga, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi yang telah didedahkan dengan pelbagai disiplin ilmu pada awalnya tetapi disebabkan minat yang mendalam kepada ilmu militari dan strategi maka dikhsuskan beliau sehingga menjadi figur penting dalam membebaskan Kota Baitulmaqdis.

4)Kerajaan perlu tahu fokus dalm bajet khsusnya melibatkan soal modal insan dan bidang penyelidikan negara.
Bajet 2011 baru-baru ini dilihat tidak menjawab persoalan yang timbul seperti ketirisan belanjawan, budaya rasuah yang makin teruk, modal insan yang semkain mengecut, kadar jenayah yang hebat serta tidak mesra dengan golongan badan swasta yang dikatakan aset terpenting dalam menyumbang kepada KDNK negara nanti.
Mlaha dalam fasal untuk memperkasakan pengajian tinggi, soal peruntukan dana khusus tidak dizahirkan malah dikesampingkan.
Melihat contoh Amerika, Presiden Barrack Obama telah memperuntukkan dua kali ganda pakej imbuhan peruntukan sebanyak USD 100bilion kepada bidang sains dan inovasi tatkala mereka mengalami ekonomi yang gawat kerana mereka optimis akan sumber manusia yang berkualiti adalah aset buat negara suatu masa nanti dan menekankan bahawa sains adalah satu tradisi agung dan jaminan keselamatn yang sepatutnya dijaga sebaik mungkin .
Mlaysia?seolah-olah terikut-ikut dengan rentak negra maju tetapi mengabaikan proiriti yang sepatutnya berpotensi besar dalam memjukan bidang biodiversiti di Mlaysia. Komitmen tiada dan hilang fokus kesimpulannya.

Akhirnya, teringat akan kata Syed Qutb akan pengertian dakwah iaitu kamu memanusiakan manusia. Ihsan video tentang ucapan Steve Job dapat diambil iktibar dan suntikan motivasi. From nobody i become somebody.

dipetik dari http://jabir0407.blogspot.com

Sunday, October 10, 2010

يا رسول الله سلام عليك


يَا إِمَامَ الرُّسْلِ يَا سَنَدِي

Wahai penghulu para rasul ! wahai sandaranku



أَنْتَ بَعْدَ الله مُعْتَمَدِي

Setelah Allah, engkau adalah peganganku



فَبِـدُنْيـَايَ وَآخِـرَتِي

Dalam urusan dunia dan akhiratku



يا رسول الله خُذْ بِيَدِيْ

Wahai rasulullah! Bantulah aku

عَطْفَـةً يَا جِيْرَةَ الْعَلَـمِ

Belas kasihmu wahai yang berjiran dengan Ka’bah



يَا أُهَيْلَ الْجُوْدِ والْكَـرَمِ

Wahai keluarga yang bermurah dan mulia


أَهْلُ بَيْتِ الْمُصْطَـفَى الطُّهُـرِ

Keluarga nabi yang suci



هُـمْ أَمَـانِ الأَرْضِ فَاذَّكِـرِ

Mereka pengaman dimuka bumi, maka ingatlah itu



شُـبِّهُـوْا بِالأَنْجُـمِ الزُّهُـرِ

Mereka umpama bintang-bintang yang gemerlapan



مِثْلَ مَا قَدْ جَـاءَ فِي السُّنَـنِ

Sebagaimana telah di nyatakan dalam hadith-hadith



وسَـفِـيْنٌ لِلنَّـجَـاةِ إِذَا

Mereka umpama bahtera keselamatan bila



خِفْتَ مِنْ طُوْفَانِ كُلِّ أَذًى

Kau takut angin taufan yang menghanyutkan


فَانْجُ فِيْهَا لاَ تَكُوْنُ كَـذَا

Maka naiklah ke atasnya kau akan selamat



فَاعْتَصِمْ بِاللهِ وَاسْتَعِنِ

Berpegang teguhlah dengan Allah dan mintalah pertolongan

Thursday, September 30, 2010

moh blajo bahase jegham...

dibesarkan, menetap dan bersekolah di jeram til 12 y.o
let me share u some of theeir vocab...

sesetengah maybe kasor, but slamat cube mempronounskannye...

benchor = mata dah mengantok yg amat (benchor mata tengok bola malam tadi)

itu jam = dulu/pada masa tu (org tua2 sembang depan masjid sambil gulung daun)

hambelou = jadi jahat (jgn ko nak jdi hambelou,pesan ibu)

jampang = x heran/x amik pot/x kisah (biar la dia nk buat ape,x ku jampangkan)

bior ko berakal = padan muka kau/you got serve

bior ko hamak = *sama ngan bior ko berakal

tekan tegak = dengan selambanya/

pendor = demam/x sihat akal

oleh kerana dah lama kat kay el ni, vocab dah lemah, wait 4 part 2...

Monday, September 27, 2010

Al-Fatihah Buat Guru ku..

Habis lah, HARI NI AKU LAMBAT LAGI, mesti cikgu mengamuk nie...
bisik hati ku kala kaki cepat2 melangkah ke bilik tutorial 16 untuk ke kelas matematik..
dalam hati teringat cikgu Siti yang garang sedang menanti di dalam kelas,alasan apa pula kali nie...eermmm (baru2 ni dah ada 'kes' ngan dia kt bilik kuliah)
menghampiri kelas, aku merapikan rambut dengan hujung jari tangan, akan tetapi peliknya telingaku menangkap satu suara asing..
dengan hati berdebar, aku mengetuk pintu kelas dan melangkah nmasuk perlahan..
aku jelingkan mata sedikit namun bukan kelibat cikgu siti, namun satu sosok tubuh yang tidak ku kenali berdiri di hadapan..
"pensyarah baru"
gamam hati kecilku..
"hah, yang lambat ni sila perkenalkan diri"
aku tidak jadi hendak duduk di kerusi kosong di hadapan, hanya beg aku letak perlahan
"eh, assalamualaikum...nama saya fitri cikgu"
"fitri" cikgu baru yang berbaju kurung putih itu sedikit terkejut
"fitri bin apa?" tanya cikgu tu lagi
"fitri bin ismail"
cikgu tersenyum, maka aku pun pura2 membalas senyumannya..
"awak ni adik john kan? dia classmate saya masa kami study kat UTM dulu.."
sudah..rungut aku dalam hati, dah la first day ngan cikgu ni,datang lambat pulak,siap kenal abang aku, silap2 nanti dia pi repot aku dtg kelas lewat..
"abang awak tu,dengan geng2 dia lawak la"
cikgu menambah cerita...pelajar lain semua bertumpu ke arah aku..
"ye ke cikgu, tapi saya ni pemalu orangnya" gurauku

"hah,tengok ayat awak ni, sebijik sama dengan abang awak tu"

Aku terkelu...

di belakang kafe admin k.m.j
3 orang pelajar berkopiah putih menghampiri kami..
aku mengambil tindakan awal sebab aku tau ni budak2 KARISMA buat rutin rondaan
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam w.b.t..." jawab mereka serentak
"Kami ni buat jamuan praktikum, dah nak habis dah pun" aku menjelaskan situasi
"tapi saudara, ni dah nak dekat pukul 12 malam, para pelajar x dibenarkan berada di blok akademik"
"itu saya tahu tapi, cikgu kami pun ada kat sini tau"
"cikgu, cikgu" laungku ke arah cikgu yg berada di kelompok pelajar perempuan
"Iya, saya guru mereka, awak semua jangan risau, lepas sesi bagi hadiah ni, saya akan pastikan mereka semua pulang ke bilik masing2"
cikgu memberi penerangan dan jaminan

di hari perkahwinan abang..

hari itu hari sabtu, aku baru pulang dari um...baru habis test bio organisma
"hai, baru sampai ke?"
"oh, abang kawin adik baru nak sampai rumah"
saudara mara menyapa tegurku tengahari itu...
seorang demi seorang aku salami..

dalam raut2 ramai yang ku kenal,
terpandang aku cikgu yang duduk di bawah khemah, baru lepas makan mungkin

cikgu tersenyum ke arah ku, dan aku pun senyum kembali kepadanya, ikhlas...
dia mengenakan baju kurung putih sama seperti kali pertama kami bertemu

"cikgu" lafazku hanya dalam hati...sambil aku terus ke dalam rumah

beberapa bulan selepas itu..

aku mendapat berita pemergian cikgu ke hadratNya akibat kanser..inanalillah

"cikgu,semoga kau tenang di sana..." aku menadah tangan

Tuesday, August 3, 2010

Tanpa Tajuk


Dalam hiruk piruk juang

Dalam kota ilmu menjulang

Dalam mencari jalan pulang

Rebah aku tak menang


Medan perang ku terus bergolak

Dianjak masa ke masa

Tewas sudah berkali

Thursday, July 29, 2010

Kisah Aku & Kita

Inilah kisah aku dan kita
Kisah mencari cita
Kisah mencari makna
Kisah mencari apa-apa
Kisah mencari segala
Aku dan kau pula mencari kisah

Kehujanan kita pengetahuan
Di sebalik awan kekhilafan
Moga jejak kita mustaqim bukan dhollin
Jalan kita benar bukan zindik
i'tiqad kita benar bukannya batil

Tuhan,
Ilmu MU yang di hujung langit,
Di perutan bumi, di dasarnya samudera
Tak kan sesekali terjangkau aku hijabnya
Kau pandulah setiap gerak, kata dan wazanku
Wahai yang Maha Mengilham dari segala yang mengilhami

Tuesday, July 27, 2010

Baru Nak Memetik


Baru aku ingin memetik
Tangkai-tangkai harapan
Pada hijaunya daun
Kembangnya bunga itu
Namun duri di rantingnya menusuk perit
Pedih jemari hatiku
Menyuntik racun membunuh impian

Lain kali aku kan datang
Ke taman ini
Untuk memetik semula
Pada bunga lain yang memekar..

Friday, July 23, 2010

Kau Berkata Hikmah


Pena ku di jemari ini
Tak mampu aku hentikan
Dari mencoret setiap butir katanya
Yang membentuk saf-saf ayat
Yang terlalu berharga bernama ilmu

Enak syarah ceritanya didendang
Tatakala yang hadir terpukau hati
Hingga yang rapat rasa bersendiri
Dengan sulaman kalam suci dan kata nabi

Tuhan meninggi darjatmu
Hingga dunia datang menghinakan diri
Adalah kau berkata hikmah

Thursday, July 22, 2010

Sanggah Khayal Fana


langit cerah membiru
ayam mematuk di balik bayang
agas singgah di tepi gelegar
manusia masih berpaut khayal

hidup hanya sekali
masa silam dah trpateri
hari ini akan tertunai
esok mungkin tiada lagi

ayuh bangkitlah jiwa
sanggah khayal fana
langit luas menantimu...

Monday, July 19, 2010

Di Sini Bukan Syurga Pejuang


Di sanalah tempat asal ku
Di tengah ceruk rantau kota
Dalam arus ranjau yang menjerat deras
Melemaskan para pejuang

D sini aku duduk termenung
Menanti seruan jihad tak kunjung
Hanya berteman kitab tua
Namun hatiku damai tenang

Puas ku fikirkan
Bagaimana ilmu pusaka nabi
Nak diterjemahkan di kota realiti
sedang hati masih mencari
riadah mujahadah yang sepi

Friday, June 11, 2010

Orang yang Beradat


Orang yang Beradat Berjaya Dalam Kehidupannya

Tiada Sumbang Pada Kelakuannya

Kemajlis Dialah Jemputan

Kepenghadapan Dialah Panggilan

Dipelayaran Dialah Keterangan

Nombor Bilik Rumah Perhentian Dialah Bilangan

Bersahabat sahabat Dialah Pengenalan

Kejalan Allah Dialah Teman

Saturday, May 29, 2010

Setiap Penyakit ada Penyembuhnya...

begitu jugalah AIDS yang disebabkan oleh infection of HIV

tahun 1990, di akademi albert einstein, dr. Bob Deck dan dua orang kawannya telah jumpa teknik baru untuk melemahkan atau meneutralkan virus yg menebabkan aids iaitu virus hiv
iaitu dengan mengalirkan letrik dengan kadar tertentu
kosnya hanya menelan belanja kira2 5 ribu us dollar je berbanding rawatan pembedahan,kemoterapi dan pemulihan yg mencecah lebih 300 ribu...
tapi kenapa teknik ni x digunakan untuk menyembuhkan pesakit?
kenapa dr. bob beck mati secara misteri?
ada pihak tertentu yg berkepentingan kah yang membunuhnya seperti micheal jackson mati...?
kalu rajin search la nama teknik ni kt google....Blood Electrification

thinking out of box!!!
our mind have been set up by somebody outside there..

Thursday, May 27, 2010

esok pulang ke desa


insyaAllah.......
esok pagi2 lagi nak balik kuala,
tempat aku membesar sampai umur 12
dari comel kecik2 sampai la jadi gelap pasal maen panas kata mak
tak sabar rasanya..
ish,
teringat pulak kenangan lama
pak hamid pakai seluar pendek ngan topi ala2 koboi bawak basikal tua jual ale2..
tyme tu sebungkus seringgit jer, itupun banyak dan kasor2 (besar),
bila tengahari dia balik dari laut, dia kayuh basikal lalu tambak (jalanraya)
dia jerit "ale2" "ale2" sampai rumah aku dengar kuatnye...
bila mak dengar dan nak beli, dia pun suruh aku kejar dan panggil pak hamid tu, aku jerit dari seberang jambatan je..
dah la,cerita pasal orang yg dah mati wt pe...
nak balik, nak balik..
nak makan sambal belacan ngan ulam kampung~

tahu ke ale2 tu ape?mesti xtau,n kalu tau pun mesti tersilap spesis..ini ale2 jeram terbaik dari laut punyer....

Monday, May 24, 2010

aku peluk2, rupanya lelaki...


malam tadi genaplah 3 malam berturut-turut atau kalau bahasa bolanya 'hatrik'
aku berazam untuk masak kat rumah untuk makan malam...
bak kata orang tua2, three times in a row...

tapi azam atau niat jer x jadi kak oi...mcm sembahyang pakai niat jer
gler ape??nampak sangat kesengalannye...x tau tanya,blaja la..
asal sampai rumah je,hausmate dah sound ajak makan luar..
duet x kisah kopak tapi kan..dapur dah 3 minggu x berasap..(kecuali asap yg keluar dari pemanas air letrik)..

alah bisa tegal biasa la tu hidup orang bujang...
malam aku tdur lepas layan fearless n nightline..

boleh pulak tu sedap2 diulit mayang diulik (ulik ke ulit da...lebih kurang je la)
mimpi, sedar2 3 pagi rupanya aku terpeluk member sebelah yang tdur...
nasib baik ktorang tdo pakai seluar..hihiihi
ish,bahaya2...
lepas subuh kami berkomentar sambil masing2 bersiap nak bekerja..
"kau la peluk aku malam tadi"

"kau la yang datang dekat aku semalam,patut la aku bangun pagi tadi mcm senggugut je aku ni ha"
kataku bergurau kasar (gurau sesama lelaki) sambil memegang perut

"patut la pun subuh tadi dari aku pegi surau sampai aku balik surau kau dalam bilik air je fit" sampuk hausmate yang sorang lagi...

hahaha...gurau senda terhenti sambil masing2 pasang telinga dengar tanyalah ustaz tajuk 'maut' oleh ustaz hasan din...

Tanda-tanda hati yang sihat


Hati adalah raja kepada seluruh anggota badan. Tindakan anggota zahir melambangkan keadaan hati batin yang tidak dapat dilihat. Ada hati yang sakit, tetapi tidak disedari oleh tuannya. Bahkan ada yang sampai hatinya mati pun tuannya masih tak tahu tentang kematian tersebut ataupun tanda-tandanya.

Berikut disenaraikan sebahagian tanda hati yang hidup secara sihat. Kalau tanda ini tiada pada kita, ‘mafhum mukhalafah’nya hati kita sudah mula sakit.

1. Faham dan menghayati bahawa dunia ini adalah sebagai ladang untuk dituai hasilnya pada akhirat kelak.

Banyak orang tahu dan faham bahawa dunia ini adalah tumpangan dan akhirat kelak yang kekal abadi. Itu belum memadai jika tidak disertakan pembuktian bahawa kita tidak terjebak dengan perangkap dunia yang sentiasa mempesona. Pesanan Nabi; dunia ini indah menawan. Allah tempatkan kamu di sana supaya dia melihat bagaimana kamu beramal. Takutilah dunia dan takutilah wanita. Kerana fitnah pertama menimpa Bani Israil adalah pada wanita.

2. Rasa gelisah apabila tidak dapat menyempurnakan amalan dan wirid harian.

Sebagai muslim yang mengharapkan keredhaan Allah, setiap orang daripada kita perlu ada wirid harian yang menjadi amalannya. Sebagai contoh, membaca doa-doa yang ma’thur (sahih datangnya dari Nabi Muhammad SAW) pagi dan petang, membaca beberapa muka ayat al-Quran, beristighfar sebanyak seratus kali, berselawat ke atas Nabi SAW dsb. Ada orang menyediakan senarai semak atau muhasabah harian untuk memastikan amalan hariannya dipatuhi.

Kalau kita boleh mendisiplinkan diri kita untuk membeli dan membaca surat khabar dan menonton TV setiap hari selama berjam-jam, mengapa tidak boleh kita khususkan beberapa ketika untuk berzikir, istighfar, tilawah al-Quran dsb. kerana Allah. Perlu diingat, tidak semestinya kita duduk atas sejadah sahaja untuk zikir dan wirid tadi. Ada orang tidak sempurna harinya jika tidak membaca akhbar harian, tetapi langsung tidak tersentuh hati atau rasa bersalah jika tidak sempat membaca al-Quran. Pernah sekali saya menegur orang begini, dia menjawab; baca Quran tu bukan wajib! Subhanallah! Bukan saya nak menghukum, tetapi kita boleh soal balik; baca surat khabar tu wajib ke? Dalam masa yang sama, nilai dan hukumlah di mana letaknya diri kita sendiri?

3. Tidak reda masanya terbuang dengan perkara yang sia-sia.

Pentingnya masa sampaikan Allah bersumpah dengannya dalam al-Quran; Demi masa, demi fajar, demi dhuha, demi malam… Nabi sendiri pernah berpesan; rebutlah masa lapang sebelum datang masa sibuk. Pepatah Arab menyebut; waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak memotongnya, ia akan memotong engkau. Tidak ketinggalan juga pepatah Melayu kita; waktu itu umpama emas. Manakala mujaddid kurun kedua puluh mengingatkan; waktu itu adalah kehidupan. Maka, jika kita mensia-siakan masa yang dianugerahkan Allah, bermakna kita telah mensia-siakan kehidupan kita sendiri!

Membuang masa sama ada dengan membiarkannya berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengisian, atau membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Sama ada manfaat dunia mahupun akhirat. Sama ada manfaat itu untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Andaikata membaca coretan ini membuang masa, tinggalkanlah. Andaikata kita menaip sesuatu yang tiada manfaat, tinggalkanlah. Kerana ia menjadi indikator kesihatan hati kita!

4. Putus hubungan dengan dunia semasa solat bahkan merasa nikmat dan rehat ketika menunaikannya.

Bila kita mengangkat takbir ‘Allahu Akbar’ kita telah mengagungkan Allah Taala dan meletakkan dunia dan isi kandungnya di belakang. Tidak dibawa sama dalam solat. Sebab itu antara adab solat ialah memastikan kita betul-betul bersedia dari segi mental dan fizikal. Makruh solat dalam keadaan makan sudah terhidang sebagaimana makruh juga solat jika menahan kencing, kentut dsb. Rasulullah SAW menjadikan solat sebagai ‘ruang rehat’ baginda ketika bersabda kepada Bilal; rehatkanlah kami (dengan solat) wahai Bilal!

Kalau kita tidak memahami makna perkataan dalam solat (walaupun dah dua puluh tahun solat!), masih sempat mencongak bajet keluarga bagi tahun 2010 dalam solat, masih sempat mencari destinasi percutian hujung tahun dsb., maka akuilah bersama bahawa hati kita masih belum sihat.

5. Tidak jemu berzikir kepada Allah dan berkhidmat kepadaNya, dan lebih suka bersahabat dengan orang yang menunjuk dan mengingatkannya kepada zikir dan khidmat tadi.

Jika kita tahu kedudukan kita sebagai hamba Allah, nescaya kita tidak akan jemu untuk berzikir kepadanya. Jika kita tahu peranan kita sebagai khalifah Allah, nescaya akan kita akan berusaha menunaikan amanah tersebut. Juga kita lebih suka mendampingi individu, majlis atau organisasi yang boleh membimbing kita berkhidmat untuk agama Allah. Kalaulah matlamat hidup kita sekadar memuji Allah, nescaya Allah tidak jadikan kita, sebab para malaikat lebih banyak zikir, tahmid dan tasbih mereka kepada Allah. Tapi Allah cipta kita berkhidmat sebagai khalifah di atas muka bumi ini, satu amanah yang amat berat. Kita tentu akan lebih cenderung mendampingi dan didampingi orang-orang yang akan membimbing, membantu dan mendorong penyempurnaan amanah tadi. Berbalik kepada tajuk, jika kita langsung tidak memikirkan tugas sebagai khalifah tadi dan berusaha menyempurnakannya, akuilah bahawa hati kita kurang sihat.

6. Tumpuan lebih diberikan kepada memperbaiki amal daripada memperbanyakkan amal.

Orang yang bijak sentiasa memuhasabah amalnya supaya diterima Allah. Bukannya banyak beramal tetapi ditolak oleh Allah. Jauh lagi, kalau hanya banyak bercakap, pandai komplen dan mempertikaikan tindakan orang lain, tapi diri sendiri tidak menyumbang apa-apa. Secara khusus, aspek yang perlu sentiasa diperbaiki ialah dari segi ikhlas, jauh dari ujub dan sum’ah, melaksanakan nasihat, muhasabah diri, ihsan dan merasa kurang dalam menunaikan hak Allah. Sebab itu ilmu dan berdamping dengan orang berilmu adalah perlu supaya amal sentiasa diterima Allah.

Moga Allah perlihatkan kelemahan diri kita sendiri supaya kita sedar dan berusaha memperbaikinya. Tidak kiralah kelemahan tersebut ditunjukkan oleh siapa, yang penting kita mengakui kelemahan diri dan membaikinya.

Salah silap saya mohon maaf dan sedia terima teguran. Wallahu a’lam.

Oleh: Ustaz Azzahar bin Abd. Aziz

Saturday, May 22, 2010

suara dari dinding madrasah...


Aku tidak marah kau mencekau dinding madrasah,
mencungkil atau mengganti langsir lebih berbunga
anak2 memang merindui iklim penuh bermakna
tidak juga kau bantah simeni retak lantai rumah
memolekkan sekeliling dan mempercantik taman seada
anak2 memang memerlukan kebijaksanaan orang tua

tapi,kau merangsang mereka mengetepi rehal
mengganti muqaddam dengan kamus barat yang tebal
memuja dunia dan mereputkan kesetiaan sebangsa
sanubari anak telah dicerobohi sedemikian lukanya

aku tidak pun membantah madrasah memiripi pejabat
atau dijemur sejadah pada sidaian yang lebih kuat
asalkan sejemaah kita masih setia menghadap kiblat
selamat ke matlamat syahdu membahagiakan rakyat
dan bertambah teguh iman sesihat dunia dan akhirat

tapi, meggelincirkan tapak, menggoyahi hati nurani
kebal mendindingi penyonglap, pendedahnya dihukum
tidak kan ku rela otak dan hati begitu berbalah
apalagi pesanan semanisnya hanya dalam pura2
memang kecewaku sebaik begitu mulanya kau bersuara

aku impi jujur kau serahi muqaddam dan sejadah
menghadiah selautan pasir dan segunung batu bata
bersama khalayak dapatlah kita perbanyak madrasah
kemudiannya berkhutbah tenang bahagia lara ummah
pernah terjajah, merdeka, tergugat, kini terdera
aku ingin kita sentiasa menghargai sekolah agama
berfikir dan berazam selari meluhuri suci aqidah
apa yang ku pinta demi lestarinya sanubari Islami
memelihara madrasah dan jawi yang mulai dilupai
tidakkah begitu wajarnya laku bakti penganut suci?

by A.samad Said

Friday, May 21, 2010

antara 3 wanita...


aku dah terlambat..
lepas nonton u.zahazan kat mhi, baru nak mandi..

baju melayu aku muatkan dalam beg,butang penat aku cari
"butang baju aku mane pah..."

pkul 8 masih di rumah...

dah lambat...aku melangkah laju2 buaiku laju

dugaan pertama, awek baju kurung berjaya aku potong
wangi sangat...

next,cabaran berikutnya jalan tangga bercabang dua,
dan dua orang wanita, seorang berbaju nipis seorang lagi ketat..
mereka berpisah arah...
aku termati langkah seketika
ke mana yang lebih baik?which one not taken..
keputusan pantas diambil,dibelakang wanita yang berbau wangi...

wah,pagi2 dah buat aku 'tak tentu arah'

kesimpulan : tutuplah aurat dengan sempurna.

Hidup Tak Selalunya Indah


semalam petang sedang menunggu waktu maghrib,
membaca paper di foyer..niatku untuk terus ke ar-rahman
rindu mendengar syarahan kitab dari ustaz hj. salleh

tiba2, telefon berbunyi..
"ape..accident..ok2.."

bas rapid baru terlepas dari pandangan mata..
aku bergegas ke bus-stop belakang library

solat maghrib dan isyak dahulu di rumah sambil menghilang lelah,
mempacking barangan yg diminta,terus menuju ke ICU HKL dalam renyai

motosikal ditunggang perlahan menelusuri bulatan pahang...dan memasuki kawasan hospital

"macam mana?"

"alhamdulillah,syukur selamat..tak de yang patah cuma darah menghalang pernafasan"

semalam, gembira dan ketawa, sekejap lagi atau esok lusa mungkin suka bertukar duka..

Thursday, May 20, 2010

tersesat di jalanan


pulang dari membanci kereta,
aku menunggang seorangan..
hujan yang kadang lebat kadang renyai ku tempuh
sasarannya untuk bermaghrib sahaja di rumah, malas hendak singgah2

dalam hari yang kian kelam,bersuluh lampu jalan dan kenderaan lain,
aku terlepas simpang, tersesat ke jalan jauh
ah, aku rasa seperti aku seorang sahaja yang kehujanan
hujan itu bagai hendak membawa aku ke sesuatu tempat...

signboard menunjuki 'cheras'
aku mengambil keputusan pantas untuk melalui kawasan sekolah menengahku dahulu
kali ni pasti x sesat
hujan kian lebat..
aku menunda perjalanan dan memasuki kawasan masjid saidina uthman..
masjid yang penuh sentimental value buat diriku..
5 tahun kenangan yang bermacam...huhu

baju basah kuyup
namun aku terus ke tempat wudhuk tanpa melihat tanda arah..
solat di luar dewan sembahyang, aku letak beg sandang di hadapan..

seusai fardhu,
hujan masih berkunjung..
aku mencuri2 dengar kuliah yang disampaikan ustaz yang kebetulan ada

terdengar sebuah hadis nabi, mungkin qudsi...yang menginsafkan....
memang tepat mengena diri dan hati sang pemilik...
mungkin hujan itu memandu arahku dalam sesat tadi hingga ke sini......

Wednesday, May 19, 2010

pandangan mata yang menipu...


dua malam sudah aku bertandang ke sebuah rumah
corner lot dua tingkat, kereta mercedes parkir di garaj
"sekejap ya,pakcik saya ke masjid,lagi 5 minit balik la dia"

erm,ok...

"saya pun dulu belajar di um,ambil usul fiqh..tapi x pernah mengajar pun..terus buat bisnes ni

kalau nak cross bidang untuk master or phd, kena ada basic yang kukuh,

sama juga la kalu nak buat apa2 pun,tapak mesti kuat, kerana bila kita dah diatas, walaupun ada sokongan yang kuat,tapi kalau tapak x kuat,dia akan roboh,xkan stabil.."

yup

"ambil contoh tarikat la, bla3...."

pagi, aku terbangun dari lena

meneruskan kehidupan di kotaraya ini,

teringat hadis yg. aku baca lepas subuh tadi,
'memandang kepada tempat yang elok daripada tubuh perempuan itu seperti anak panah yang beracun daripada anak panah iblis.maka barangsiapa meninggalkan dia kerana takut akan Allah Ta'ala nescaya memperasa akandia oleh Allah Ta'ala akan kesedapan amal ibadah yang menyukakan ia akandia'
oleh al-hakam daripada huzaifah r.a dengan sanad sohih

erm, menundukkan pandangan...pagi tadi dah terlambat nak ke ofis boleeh la,x dan nak toleh kiri kanan
coz nonton MHI jemput u.hasrizal discuss pasal keluarga vs kerjaya.

pesan ustaz
"ibubapa kena slalu cakap dengan anak,and have a qualiti time dalam kesempitan masa dan tekanan kerja"
kata sorang penerima noble prize..how to make the world in peace?
the answer is "go back your home and love your family"

sabit dengan hadis sohih, sebaik2 kamu ialah yang baik terhadap keluarganya..

lilin yang membakar


rumah sewa yang xde deposit,memang macam itu la
sana rosak sini kena ganti..
ish3..

kali ni, lampu bilik air rosak kali kedua,
1st tyme dulu dah tukar starter, mukhlis yang tinggi tu yang panjat
dis tyme aku suspek memang masalah mentol la..

sabtu..
mentol baru aku beli,jenama philips kat kedai hardware RM4.50
baeeekk punyer

terserempak dengan wak on the way nak naik tangga
"wak,ada tangga?nak pinjam"

erm,xde pulak uncle ni kunci bilik teknikal.

isnin maghrib..
lilin tinggal lagi sebatang..ni reserve punye, hati aku berat nak guna.
"pian, tolong telepon ambulan kalu aku jatuh ni"

lalu aku terus memanjat dan dengan bantuan lampu picit pian, akhirnya mission accomplished!!!

bilik air rumah kami disinari cahaya semula...

esoknya ada tetamu bertandang dan nak tumpang bermalam...erm,aku tersenyum puas lampu bilik air dah ok,erm...

syukur dalam gumbira

Tuesday, May 18, 2010

menemani wanita mengandung ..


semalam petang yang renyai membawa ke malam..
aku memandu arah bakal ibu yang sarat 6 bulan mencari tempat makan
dalam kesesakan jalan aku perlu bijak mencari arah dan tempat
kereta diparkir di sebelah bank..
aku melangkah dalam hujan rintik..
"kedai cuti hari ni dik"

ah..
kemana pula ingin ku bawa yg berbadan dua ini..?
alang2 sudah dekat, mapley menjadi destinasi..

otak2 kempas dan nasi goreng ayam bersup kambing menjadi santapan,
fuh, sedap betul makan orang belanja, tambah bandung cincau pulak tu..

wanita yang mengandung hormon tidak stabil..betul ke?
aku menguji kaji..
sedikit lawak jenaka spontan ku taburkan..
gelaknye lain macam..erm,betul la tuh..

selepas urusan selesai,ak dihantar pulang ke rumah sewa...
"kat depan tu u-turn, pastu sampai traffic light kedua ambil kiri,nanti sampai la rumah"
kataku...
"ada duet x?"

"ada,trima kasih kak"
"bawak keta elok2 bang"

lajunya berjalan kaki


jam pkul 7.30, masuk bilik air mandi secukup rasa
sarung seluar dan baju, sembur2 sket..minum air masak
aku pun angkat kaki dari rumah..
assalamualaikum..
berjalan kaki menjadi pilihan coz pagi2 ni aku tahu mesti jem
melintas jalan, berjalan ke arah stesen u..tap...tap..tap
aku melangkah..
meninggalkan kereta yang tidak dapat maju lagi kerana kesesakan lalulintas
inilah kuala lumpur..
syukur aku ada sepasang kaki yang sihat
alhamdulillah...
"kenapa tuan mendoakan dia sahaja?" tanya seorang sahabat Nabi

"kerana dia bersyukur kepada Allah" jawab baginda merujuk kepada seorang yg bertahmid kerana bersin.

Monday, May 17, 2010

dingin 3 pagi..


pagi tadi, terbangun pkul 3 pagi...
sejuk sebab badan yang diselimuti selimut ni tak bersalut berbaju
tdur hanya beralas tikar getah, dalam bilik sendiri..

rumet nyenyak tidur disebelah, kelelahan mungkin mentelaah journal
aku bangun, kepala pening..
bunyi kipas lama bising berbisik..

betulkan posisi dan postur,dan paksakan mata lelap semula..
rugi x qiam.

Saturday, May 8, 2010

Islam & Politik

Politik adalah sebahagian daripada Islam yang telah dibawa oleh Nabi saw malah perjuangan baginda saw diwarnai oleh gerakkerja politik sehingga tertegaknya Negara Islam pertama di Madinah al Munawwarah . Pengurusan , pentadbiran dan pemerintahan Nabi saw juga berpusat di Masjid an Nabawi .

berpolitik di masjid???

Memisahkan Masjid daripada politik dan aktivitinya yang benar dan tulen mengikut ajaran Islam adalah satu percubaan untuk mensekularkan ummah dengan menjarakkan urusan politik daripada agama .

Tindakan memisahkan politik daripada masjid hanya menjadikan politik itu kotor kerana terpisah dari ruh agama . Sebetulnya inilah yang sangat diinginkan oleh ahli – ahli politik sekular agar politik mereka bebas dari pengaruh masjid yang mengingatkan mereka kepada syurga dan neraka serta dosa dan pahala .

aku tak suka!!!!

bukankah politik itu sebahagian dari apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw..?
walau pun aku ni bukan baik sangat dan kurang amal sunnah nabi, tapi aku benci orang yang x suka politik atau cuba mengasingkan politik dari agama dan kehidupan. bukan aku benci orangnye, tapi aku benci kejahilannye atau kalau dia pandai prinsip hidup dia...

aku pun...

aku pun x suka nak politik2 nie sebenarnye, ada orang bagi alasan tak minat, ada kata buat ape nak penat2, ada kata 'ko ni x tau bersyukur ke..asyik nak menentang jer'

abis tu syariat islam x tertegak lagi, nak bising ape..buat la bagi boleh...hehe geram2

Tuesday, April 27, 2010

Perlunya Umat IslamKepada Suatu Sistem Pelajaran Baru

Dalam dunia hari ini, perlulah kita membentuk suatu sistem pelajaran yang baru yang bersesuaian dengan 'aqidah umat islam dan dasar-dasar hidupnya, tujuannya dan kepentingan-kepentingannya, dan mengeluarkan dari dalamnya semua roh-roh kebendaan, membersihkannya dari semangat menentang hukum-hukum Allah.

Disamping melaksanakan suatu revolusi pemulihan akhlak.
Membersihkan penyembahan terhadap benda, dan meniupkan roh taqwa dan kembali kepada Allah dan penentuan hidup di akhirat, belas kasihan sesama manusia seluruhnya.
Pembersihan pemikiran barat dari ilmu bahasa, sastera, falsafah, ilmu jiwa, ilmu pembangunan ekonomi dan politik. semua ini hendaklah dikuasai dan diletakkan di bawah roh-roh ilmu yang membanteras pengaruh barat terhadap pemikiran ummat dan menentang kepimpinan dan ketuanannya.

Demikian jugalah segala ilmu-ilmu barat dan teori-teorinya dijadikan sebagai topik-topik yang akan dipelajari dan dikaji secara sungguh-sungguh, diterangkan kepada anak-anak islam kenapa ia merupakan satu jenayah orang-orang barat dan bagaimana ia bleh menguasai manusia dan tamadunnya. Segala ilmu-ilmunya sekalipun diletakkan du suatu makmal kajian, tetapi ilmu itu mestilah dipelajari dengan penuh keberanian da kebebasan. Ia dikira sebagai bahan mentah yang masih boleh kita buat apa yang kita kehendaki sesuai dengan keyakinan 'aqidah kita dan kebudayaan kita.
tUgas ini sekalipun akan menemui beberapa rintangan dan kesulitan dalam melaksanakannya dan sekalipun mereka itu mengambil masa panjang untuk melihat natijahnya?
Tetapi itulah satu-satunya cara penyelesaian bagi menghadapi trend taghut yang telah menajisi dunia islam dari timur ke barat.
Trend pembaharuan dan pembaratan yang mencabar alam pemikiran islam dan penyusunan masyarakatnya. Ia terus menjadi ancaman terhadap kehidupan dan kewujudan umat ini.
Natijah dari sistem pelajaran yang ditekankan kepada kanak-kanak islam itu akhirnya akan menjadikan semangat mereka, pengorbanan mereka, keikhlasan dan kesetiaan mereka (yang kesemua ini adalah sebagai asas secara langsung untuk menegakkan negara islam dan membebaskan negara-negara terjajah) malap berhadapan dengan kemaraan api pembaharuan pembaratan, akhirnya mereka diheret ke mana sahaja oleh barat secara tidak mereka sedari.

Sesungguhnya itulah rahsia kejayaan kerajaan inggeris di India mahupun di Malaysia, iaitu dengan meneruskan wujudnya ketua-ketua, pegawai-pegawai tinggi dan hakim-hakim yang terdidik dengan pendidikan barat tulin, mereka menjadi orang-orang yang ta'at.
Mereka paksakan peraturan dan perundangan barat untuk negeri ini, hal berlangsung terus hingga berpuluh tahun menurut kehendak tuan-tuan mereka dari negara asing itu, dan menurut fikiran dan kebudayaan mereka.
Oleh itu, jalan untuk mengubah negara-negara islam dari terbiar, yang akan menghanyutkannya sekarang ialah dengan kembali semula kepada cara hidup secara islam, dan mementingkan pengajaran dan pendidikan islam terhadap anak-anak islam, kerana peringkat mereka inilah yang akan memerintah negara pada masa hadapan.
Justeru yang demikian sistem pelajaran hendaklah kita perbaiki kerana mereka aka keluar menurut apa yang telah kita ajukan.
Perubahan menyeluruh terhadap sistem pelajaran ini da membentuk generasi muslim adalah suatu yang mesti dilakukan, tetapi ia berkehendakkan waktu yang panjang dan persiapan-persiapan yang cukup.

Syed Abul Hasan Ali An-Nadwi - ke arah pendidikan islam yang tulen -

Wednesday, March 31, 2010

sayu di pagi hari....aku rasa akulah itu...

seusai solat subuh berjemaah...kami semua berwirid memuji kebesaran Allah yang Maha Besar...
kemudian disusuli dengan bacaan Yaasiin dan manzil...
hari mula menyiang, matahari mula memancar sinar dengan izinNya..
mewarnai dunia ini, mewarnai hijau pelepah pepohon kelapa yang tegak berdiri di sebalik tangki air..
tenang ku rasakan saat ini, sejuk mata memandang jadinya penciptaan, sedingin embun untuk berwudhuk...
ahh..kepala ini ringan sebentar dari memikirkan masalah duniawi, masalah rohani dan segala macam masalah yang membelenggu hati..
kalaulah hari2 dapat begini
disudahi dengan sunat isyrak...dan penutupnya tadarus al-Quran membawa ke jam 9...

pagi itu, setelah mendengar syarah siras salikin jilid dua, sirajul huda dan masaailul muhtadi..., pelajar senior meneruskan dengan kitab berbahasa 'arab pula...

kami di jemput ke majlis mentahnik seorang anak kecil, dekat sahaja..berhampiran dan boleh berjalan kaki...
dari tepi muka pintu tempatku duduk, aku lihat tuan guru membacakan doa, kemudian memberi rasa tamar dan zam-zam sebelum kepala anak kecil itu dicukurnya..
anak kecil itu tiba2 menangis,
tuan guru minta pencukur lain yang lebih tajam, namun tiada..
"nah, nanti cukurkan sendiri keseluruhan rambut anakmu ini, jika mampu kemudiannya, sedekahlah senilai perak seberat timbangan rambutnya"
tutur tuan guru kepada bapa anak kecil itu...

aku terbayang...jika bapa kepada anak kecil itu adalah aku....

Sunday, March 21, 2010

membina keyakinan diri...


last weekend aku dipelawa untuk menjadi moderator forum...
aku tidak menolaknya..
ahhhh..betulkah itu bukan aku yang aku..
aku yang aku sekarang tak suka buat 'keje2' mcm nie..biasanya la kalu diminta i'll refuse the request like dat...
walaupun tidak aku nyatakan persetujuan...erm...perlukah mengubah polisi diri sekali sekala??
dulu, bukan x pernah pegang microfon..
skolah rendah johan bercerita tyme darjah 4, kisah nabi nuh..tapi aku dah cakap awal2 x nak wakil sekolah kalu menang, pastu ustazah tyme tu paksa gak aku pi bertanding, soh naik van ngan pakcik parlan (tukang kebun skolah yg. mmg otai) utk pi bertanding..
konon mewarisi bakat akak aku la..
tapi...
aku telah menumbuk ustazah yg memegang lenganku kala itu (minta maaf ustazah walau di mana kau berada, walau namamu tidak ku ingat tetapi wajah kecewamu x pernah ku lupa,hahaha..)
x sakit pun aku tumbuk, time tu kecik lagi, ustazah pulak pakai baju berjela-jela..
aku plak terus ke padang nak main bola ngan kawan coz waktu tu waktu PJK

"ko x pegi ke fit?"

"ah, malas la aku..baik main bola"

dua tahun berselang, aku darjah 6..
kali nie kena wakil skolah dalam pidato piala diraja pulak..
nak x nak kena gak terima ajakan cikgu syaifudin yang garang tu..aduih nanti dia repot kak mak aku susah la, dah la rotan membe aku yang isap rokok selambe jer..
dah kantoi,(padan muka darjah 6 dh isap rokok kt skolah sape suruh?)
training punya training,
tup2 hari pertandingan dapat undi pertama da aku...cis, tangan cikgu memang xde 'ong' la cabut undi tadi...
ape lagi, lintang pukang gak la isi aku, lagi2 time bahagian 'pidato spontan'
erm..
skolah menengah..terlalu ramai budak2 yang power, dah nama pun skolah asrama..
tapi ade gak la aku try siket2 join forum, pantun, dan bahas..tapi x wakil sekolah la..
lagi best main takraw & bola keranjang, kalah tapi puas....
paling best dah mendebarkan jiwa..jadi hero plak dalam video klip 'up town girl' and 'all or nothing'...pergh, dak2 ni memang nak kenakan aku la..bagi alasan nak fokus dalam pertandingan inovasi reka boat solar la..hape la..
last2 aku gak yang jadi presiden kelab fizik...
next level..
kat PLKN plak terjadi pengarah sketsa..dah semua mati kutu, buntu idea..
sketsa nak kena persembah petang, pagi tu group BRAVO x de pape lagi...
masuk pulak UM...
aku lagi suka jadi krew teknikal..
hah, 1st year dah jadi 'mangsa' senior2 rakam ucapan NC, dato' rafeah salim, aku rasa itulah ucapan dia yang paling best dan paling x boring yang pernah aku dengar
ye la, ade suruh rakam sejam xguna stand...terpaksa lah aku fokus...
dll ade la........malas nak story..
so macam mane, terima ke tolak???
kawan2 seangkatan, sebaya..
dah keluarkan kertas kerja, jadi motivator untuk warga emas, dijemput bagi kuliah di sekolah, tubuh konsultan, daftar syarikat, daftar ngo...
erm, skali sekala ape salahnye kot..hehe belum cuba belum tau...

Tuesday, March 2, 2010

mungkin ini JUMAAT yang terakhir...

kkrrr..kkrrr...
satu mesej aku terima petang tadi..
dari nombor yg x kukenali..
begini

Assalamualaikum..
renungkan 27/11/2009 aidiladha pada hari jumaat..
18/12/2009 tahun baru hijriah pada hari jumaat..
25/12/2009 natal pada harijumaat..
01/01/2010 tahun baru pada hari jumaat..
15/01/2010 berlaku gerhana matahari pada hari jumaat..
26/02/2010 maulud nabi muhammad pada hari jumaat..
02/04/2010 matinya yesus kristus pada hari jumaat..
28/06/2010 hari wesak pada hari jumaat..
10/09/2010 hari raya aidil fitri pada hari jumaat..
ingat dan renungkan!!!..
di dalam al-quran Allah telah menyebutkan bhw KIAMAT terjadi pada hari JUMAAT!!! (tolong sesape check ayat mana)
Banyak istigfar dan berdoa paa Allah, luangkan masauntuk Allah walau seminggu sekali ke majlis ilmu.
semoga dosa di AMPUNI..
sebarkan dan saling ingat mengingati..
dan juga nuzul quran 27/08/2010, jumaat..
deepavali 05/11/2010, jumaat..
adakah kiamat sudah hampir???
semuanya dalam pengetahuan ALLAH,
jom kita berhijrah! sama2 renungkan,

sent:
2-Mar-2010
18:07:31

Tuesday, February 23, 2010

Hati yang Tidak Berzikir..

Ismu Lizzaati Wajibil Wujuudi Al-Ma'buudu bi Haqqin Al-Mustaghnii an Kulli maa Siwah Wamuftaqiru Ilaihi Kulli Maa'idah...
ALLAH....

Pencipta segala jadi..
Tuhan hati dan segala barang yang ada dilangit dan bumi..
yang wajib pada 'aqal manusia wujudnya, wajib nazoro mutlak
wujudnye alam ini, maka mesti ada yang mencipta..

begitu juga hati tentu ada penciptanya
semoga hati ini senantiasa berzikir mengingat dan mensyukuri nikmat Tuhannya
meletakkan jasadnya kepada setinggi-tinggi kerendahan diri kepada Khoolik
dan tidak pernah berputus asa, dan bersangka baik
dalam ibadat atau maksiat..
mohon diri diberi taufik dan dihindari khizlan
Allahumma a inna 'ala zikrika wa syukrika....

Sunday, February 21, 2010

Aku Ada I mpian...


hhrrmm..
dulu ada impian,
tapi dah lama2 kt universiti nie impian tu jadi makin kabur pula..
bukan terlalu idealistik or mencari kesempurnaan, tapi realiti yang hadir telah mengubah cara pemikiran, dan arah tuju kehidupan..
LOST AGAIN... slalu guna ayat nie zaman2 aku hujung 2nd year dulu..haha
now, i'v decided again to stick to my old dream back...
no matter what..
no matter the barrier and obstacle face on..
lets start this life in a new book...

as time goes on, life become more and more difficult,
responsibility are greater,
make aku and us matured..

like more understand the meaning of life..
and the meaning of every single words, by word

life, love, frenz, death, ....

Friday, February 12, 2010

Kekeluargaan dalam pemikiran Al-Banna

Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna dalam gagasan pemikirannya menyeru manusia ke jalan Allah dengan asas yang amat mudah. Beliau ingin membawa manusia yang telah jauh daripada hidayah Islam kembali ke pangkal jalan. Kembali memahami Islam yang syumul yang menjangkau seluruh aspek kehidupan. Bermula dari aqidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih sehinggalah kepada akhlaq, keluarga, masyarakat, negara, undang-undang, kekayaan, keadilan, kehakiman, jihad dan dakwah. Membawa manusia kembali kepada Al-Quran sebagai asas sumber rujukan, di samping hadis Rasulullah saw melalui riwayat dan perawi yang dipercayai.

Penekanan-penekanan yang dibuat oleh Asy-Syahid menjadi lebih mantap dan sempurna apabila beliau sentiasa meletakkan iman yang benar, ibadah yang sahih dan pengorbanan di hadapan, kerana di dalam ketiga-tiga elemen tersebut terkandungnya cahaya dan kemanisan. Asy-Syahid seorang yang amat tegas dalam perkara agama dan memastikan ia sentiasa berlandaskan dalil syarak yang jelas dan nas-nas agama, menolak segala sesuatu yang bercanggah dengannya.

Neraca dan setiap nilai di atas diimplimentasikan secara amali dalam alam nyata melalui keperibadian seorang muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, negara Islam dan alam seluruhnya.

Asy-Syahid dikatakan tidak banyak mengarang buku kerana terlalu sibuk dalam memproses dan melahirkan “rijal”. Demikianlah kritikalnya tahap pembentukan peribadi muslim itu di sisi Hasan Al-Banna. Melalui peribadi-peribadi muslim, impian untuk mencapai sebuah keluarga muslim akan tergalas. Setiap tingkat atau tertib amal ini semestinya memerlukan disiplin dan pengorbanan yang tinggi. Amal-amal inilah yang akan dinilai dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan katakanlah (wahai Muhamad): Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia mengkhabarkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (At-Taubah: 105)

Keluarga muslim

Keluarga muslim adalah antara elemen perubahan yang ingin dipersembahkan kepada masyarakat. Menyedarkan kembali masyarakat kepada definisi keluarga yang sebenarnya menurut Islam yang selama ini mungkin sudah agak tersasar hasil pengaruh-pengaruh luar dan pelbagai faktor yang lain.

Islam yang syumul amat menitikberatkan soal kelangsungan hidup kekeluargaan. Merubah pemikiran sempit masyarakat terhadap peranan sebuah keluarga kepada yang sepatutnya. Seorang muslim yang sebenarnya bukan semata-mata mengamalkan Islam untuk dirinya sendiri tetapi juga: “mendidik ahli keluarganya supaya menghormati fikrahnya. Memelihara adab Islam dalam setiap sudut hidup berumahtangga. Hal ini termasuk ketelitian dalam memilih isteri. Mendidik isteri tentang hak dan tanggungjawabnya. Mendidik anak-anak dan pengasuh dengan baik, dan membesarkan anak-anak berdasarkan prinsip Islam. Inilah satu tugasan dan kewajipan yang perlu dipikul seorang muslim.” (Al-Banna)

Sunnah perkahwinan

Kehidupan mahkluk Allah yang berpasang-pasangan di alam semesta ini perlu kita insafi sebagai salah satu tanda keagungan Allah SWT. Perhatikanlah kepada alam haiwan, tumbuhan dan manusia, semuanya berpasang-pasangan untuk terus melangsungkan kewujudan mereka di alam ini.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan setiap sesuatu kami jadikan berpasangan mudah-mudahan kamu mengingati.”

Sistem perkahwinan bukanlah semata-mata menyahut keperluan naluri bahkan ia adalah sunnah kauniah yang lebih halus dan luas. Sebagaimana cas positif dan negatif dalam alam elektrik hanya akan dapat kita rasai rahsia kewujudannya apabila kedua-duanya ditemukan.

Sesungguhnya keluarga adalah salah satu nikmat besar daripada nikmat-nikmat Allah di dunia ini. Kejayaan seorang muslim dilihat kepada kejayaan keluarga muslim yang di bawah tanggungjawabnya dan kecemerlangan sebuah keluarga diukur melalui individu-individu yang berada di bawah naungannya.

Saidina Muaz bin Jabal pernah pergi menemui Rasulullah saw dan meminta baginda memberi wasiat kepada beliau, maka sabda baginda saw;

يا معاذ أمسك عليك سانك , وليسعك بيتك وابك على خطيئتك

Maksudnya: “Wahai Muaz hendaklah kamu menjaga lidahmu, dan liyas’aka rumahmu serta tangisilah kesalahan-kesalahanmu”.

Rumahtangga muslim sepatutnya adalah satu tempat yang bagus, yang terdapat di dalamnya suami isteri, anak-anak dan ibu bapa. Di dalamnya ada ketenangan dan kerehatan setelah penat lelah. Segala keletihan hidup akan hilang apabila seseorang itu masuk ke dalam sebuah rumah yang tersusun dan bahagia. Segala kelukaan akibat tragedi dan peristiwa-peristiwa akan berlalu dengan belaian tangan-tangan yang penyayang di dalam bait muslim. Inilah yang dikatakan hidup yang menyenangkan, punca kepada kesucian, tempat bermulanya satu kesetiaan, kelembutan dan kasih sayang. Lantaran itu Islam telah mewujudkan sistem kekeluargaan dengan memperkemaskan hubungan antara ahlinya.