Tuesday, February 9, 2010

Wanita Bertudung & Futsal..



teringat aku awal tahun 2010 nie...event yang membuatkan aku sibuk dan mensibukkan diri ini dengan perkara2 duniawai (menurut pandangan sesetengah)
sukmum 2010...
tyme tu final futsal kategori garls, 5th college yg diwakili player UM menentang 6th college yg maybe dak2 medic. yg bertudung...dan berseluar panjang of coz..
walau team wanita bertudung ni kalah 5-0 kepada lawan, mcm NIZAR vs zambry or porstmouth vs MAN U....tapi dorang tetap menang sorak...
persamaan NIZAR vs zambry dan porstmouth vs MAN U ialah di mana man u menang malam tu dengan 3 own goal yg. dijaringkan pihak lawan sendiri, manakala bagi kes perak nie ada 3 katak yg. x boleh dipercayai mempengaruhi keputusan mahkamah...haha
semalam,
pi tengok final rugbi sukmum, seperti dalam ramalan, 5th lawan 12th..
boleh pulak 5th menang besar 29-5 (kalu x silap aku la) walau 12th yg buat try dulu..
itulah, jangan mengaku kalah..
bak kata muhammad Ali la, kenal x sape? THE WILL MUST BE BIGGER THAN SKILLS!!!
ape teruk sangat 12th maen daaa..siap import player dari UKM pun kalah banyak lagi
erm...
semalam juga,
pi pink junction..tengok dak2 maen bowling...double dpt gangsa (shila n nad)
tahniah2...
berbalik semula pasal tajuk...bukan sekali dua aku pernah tengok penudung (wanita yg menudungkan dirinya) bermain futsal..b4 this penah gak tengok pertandingan MASUM futsal di mana USIM pun ade amik bahagian..
dah nama pun USIM, sah2 la bertudung..n 'stailo' gak la selaku pelajar usim dengan armsock yg berbelang2...
actually, pendapat aku wanita x sesuai bermain futsal untuk pertandingan, mayb sebagai riadah boleh kot..ape lagi nak maen rugbi or bola sepak macam mia hem...
perempuan elok la blajo memasak n menjahit baju, nanti senang kalo orang masuk meminang (ini ayat lama da...tapi masih releven)
bukan, bukan bola keranjang juga coz basketball act among the rough game...
so yg sesuai maen bola jaring je la..dan congkak bagi menjimatkan kalori yg diguna pakai..hihi
pape hal pun tudung mesti pakai..
baru la boleh masuk list...

Thursday, February 4, 2010

sape x sayang bini hoi!!!



begini hikayatnye...
bior hamba kaborkan kat teman2 di luar sana, yg dah atau yang belum kahwin atau pun yang dalam usaha mengkahwinkan diri masing2...

Di tepi sebuah rumah kayu...jeng3...
ada sepohon pokok besar...yg boleh tahan besar la..
yang mana kat atas pokok tu ade la sarang burung...
burung ape? (3x)....

nak dijadikan cerita, tinggallah sepasang suami isteri kat rumah tu...
ye la x kan 2 pasang pulak..
maka berkatalah si isteri
"bang, panjat pokok tu, bawak turun anak burung tu, saya nak makan la"
lebih kurang macam itu lah dialognye..

bila ibu burung ni nampak anaknya yg masih kecil yg. x leh nak terbang lagi diambil oleh sang suami tadi, si ibu burung tadi pun pergi lah mengadu pada nabi Sulaiman..

bila nabi Sulaiman ni dapat tahu, nabi sulaiman pun bagi amaran pada lelaki( si suami) tu tadi...maka lelaki tu pun bertaubat..

tapi dek sebab sayang kat bini dia, si lelaki ni panjat lagi pokok tu bila burung tu (nama burung tu burung WIRSANAH) bertelur lagi.. itu pun pasal si isteri ni yang request lagi..
"alah bang, nabi Sulaiman bukan tahu pun kalu kita ambil"
sayang bini punya pasal...sang suami yg dah berjanji xnak buat lagi ni pun break the rule..

kali ni burung wirsanah tu pun mengadu lagi kat nabi Sulaiman...
ape lagi nabi Sulaiman pun tidak memberi muka lagi kepada lelaki itu, lalu dihantarnya tentera berupa dua syaitan, satu dari masyrik(matahari timbul) dan satu lagi dari maghrib(matahari tenggelam).
(kira satu dari timur, satu dari barat la)

tapi....
tapi pasal sayang sangat bini dia ni, si lelaki ni kalah lagi pada pujuk rayu si isteri suruh panjat pokok tu untuk dapatkan burung wirsahan tu, x sure la telur burung tu or daging anak burung tu yang diidamkan si isteri, dan saya x tahu juga ape rasanya, sedap ke x sedap jangan tanya...

untuk kali ketiganya si suami ni baru nak pacak kaki nak panjat pokok tu..
yang 2 ekor syaitan ni dah get ready dah nak belasah mamat ni, atas arahan nabi Sulaiman la...pasal laki ni x makan saman...

tup2 baru nak panjat pokok tu, tibe2 datang seorang fakir, bukan miskin, ni fakir sungguh x makan brape hari ntah..datang mintak makanan..
isteri dia kata xde makanan lebih, "kami ni pun orang susah jugak"
tapi si suami ni x sampai hati..dia masuk rumah, dia amik sekeping roti yg. masih tinggal, mmg tinggal sekeping jer roti kt rumah tu..nama roti tu roti SYA'IR..
si suami tu pun sedekah la kt fakir miskin...

pastu sang suami ni pun meneruskan pekerjaan dia memanjat pokok untuk mendapatkan anak burung wirsanah itu.
ibu burung ni pun mengadu lagi kepada nabi Sulaiman...
nabi Sulaiman pun menyeru dua syaitan yang diarah menjaga sarang burung itu dan memarahi mereka kerana mereka tidak mematuhi perintah dan tidak amanah melaksanakan tugas yg diberi(syaitan pun amanah tau..)
lalu...
kedua2 syaitan tu pun mengexplainkan kt nabi Sulaiman,
semasa kami nak halang lelaki itu dari mengambil sarang burung, kerja kami dihalang oleh 2 malaikat yg gagah perkasa yang diutus Allah, lalu mencampakkan kami berdua seorang jauuuuuhh ke timur dan seorang(atau lebih tepat seekor) lagi ke barat jauuhh.

so kesimpulannye..

sedekah menolak bala. bini tetap sayang tapi agak2 la.

Allah Maha Berkuasa, nabi sulaiman hanya khalifah dan hambaNya juga..

ayat sendiri, dipetik dari kitab al-jauharul mauhub munbihatul qulub karangan al-'allamah syeikh 'ali bin abdurrahman al-kelantani...
bab kelebihan bersedekah..

qola musonnif..
wallahu a'lam.

Wednesday, February 3, 2010

sokonglah atas dasar imannnn....


baru malam tadi ada sahabat mengadu yang sudah seminggu wireless UM x berfungsi stat pkul 7.30 malam dan membawa kepada keesokan paginya..
fenomena ini bermula lepas PRK bermula khamis lepas (skang dh khamis balik)
sahabat aku yang taksub dengan internet ni mmg hangin satu badan la, dia ada ajak sape2 yg nak join dia boikot pengarah baru PTM...(katanya gaji mahal tapi ape pasal perkhidmatan cam haram?)

"kalau nk jimatkan kos,baik potong wireless waktu siang,waktu budak2 pi kelas,mlm orang nak guna"
sungut sahabat aku yg telah 5 tahun bermastautin kt UM nie..

semalam juga keputusan rasmi PRK UM telah diumumkan secara rasminya oleh NC di IPS.. aku x dpt nak join coz sakit mata, dapat MC 3 hari..wahh...mmg terbaik lah doktor tu...
seperti yg. aku jangkakan, tiada perubahan pada result p/raya yg. diumum NC secara x rasmi pada petang khamis lepas dalam DTC sebelum bantahan dibuat...
tapi lawan tetap lawan..haha..sokonglah atas dasar kefahaman dan keyakinan yg. sebenar, cari kebenaran dengan ilmu..insyaAllah Allah bukak hijab bagi kita faham dan nampak yg. hak.

ceritanye hari nie nak menumpang basuh motor kt kolej, tup2 dtg kolej air pulak xde, bukan motor je yg xleh nak basuh, nak basuh muka amik wudhuk pun susah..dah la wireless disekat pada malam hari,
siangnya pula bekalan air seperti dicatu..
ah, lagi baik xde awek dari xde air..xde air susah nak buang hajat hoo..tekak pun kering panas2 buta nie...

arghhh..
dengarlah jeritan batinku..

Rasa menang yang salah
Kerana apa yang kau percaya
Sebenarnya palsu
Dan sihir dunia..
Yang mengaburi pancaindera

Aku dipacat, aku dipecat
Potong rambut, semangat x hilang
Hilang satu, ada banyak lagi
Kalimah Tuhan, ada dalam diri

Bantu orang, bantuan tiba
Hilang fokus, jiwa merana
Aku sudah tiada masa
Xde lain selain usaha
Jangan engkau mengaku kalah,
Mohon kekuatan pada yang Esa.

pape pon doakan saudari Atiqah yg. dah dibedah 3 kali akibat ulser perut diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaan yg. diberikan kepadanya, skarang masih kt ICU Hospital Seberang Jaya, Penang...

Monday, February 1, 2010

al-quran & genetik


Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?Fussilat:53.


Seorang ilmuwan yang penemuannya sehebat Gallileo, Newton dan Einstein yang berhasil membuktikan tentang kaitan antara Al Quran dan struktur tubuh manusia adalah Dr. Ahmad Khan. Dia adalah lulusan Summa Cumlaude dari Duke University. Walaupun dia ilmuwan muda yang tengah meningkat, terlihat cintanya hanya untuk Allah dan untuk penelitian kajian dalam memahami genetic manusia.


Ruang kerjanya yang dihiasi kaligrafi, kertas-kertas penghargaan, tumpukan buku-buku kumal dan kitab suci yang sering dibukanya, menunjukkan bahwa ia merupakan kombinasi dari ilmuwan dan pecinta kitab suci. Salah satu penemuannya yang menggemparkan dunia ilmu pengetahuan adalah pertemuaan informasi lain selain struktur Polipeptida yang dibangun dari codon DNA. Ayat pertama yang mendorong penelitiannya adalah Surat “Fussilat” ayat 53 yang juga dikuatkan dengan hasil-hasil penemuan Profesor Keith Moore ahli Embriologi dari Kanada. Penemuannya tersebut diilhami ketika Khatib pada waktu solat Jumaat membacakan salah satu ayat yang ada kaitannya dengan ilmu biologi. Bunyi ayat tersebut adalah sebagai berikut: Kemudian akan Kami tunjukkan tanda-tanda kekuasaan kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahwa ini adalah kebenaran”. Hipotesis awal yang diajukan Dr. Ahmad Khan adalah kata “ayatinaa” yang memiliki makna “Ayat Allah”, dijelaskan oleh Allah bahwa tanda- tanda kekuasaanNya ada juga dalam diri manusia.


Menurut Ahmad Khan ayat-ayat Allah ada juga dalam DNA (Deoxy Nucleotida Acid) manusia. Selanjutnya ia beranggapan bahwa ada kemungkinan ayat Al-Quran merupakan sebahagian dari gen manusia. Dalam dunia biologi dan genetik telah dikenalpasti bahawa banyaknya DNA yang ada dalam tubuh badan manusia yang tidak memproduksi protein sama sekali. Area tanpa produksi ini disebut Junk DNA atau DNA sampah. Kenyataannya DNA tersebut menurut Ahmad Khan jauh sekali dari makna sampah. Menurut hasil hasil kajiannya, Junk DNA tersebut merupakan untaian firman-firman Allah sebagai Maha Pencipta serta sebagai tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. Sebagaimana disindir oleh Allah: “Afala tafakaruun ” (Apakah kalian tidak mahu bertafakur atau menggunakan akal fikiran?)


Dengan kerja kerasnya Ahmad Khan berupaya untuk menemukan huruf Arab yang mungkin dibentuk dari rantai codon pada kromosom manusia. Sampai kombinasi tersebut menghasilkan ayat-ayat Al Qur’an. Akhirnya pada 2 Januari tahun 1999, ia menemukan ayat yang pertama “Bismillah ir Rahman ir Rahiim. “Iqra bismirrabbika ladzi Khalq”, “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”. Ayat tersebut adalah awal dari surat Al-A’laq yang merupakan surat pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad di Gua Hira. Anehnya setelah penemuan ayat pertama tersebut ayat lain muncul satu persatu secara cepat. Sampai sekarang ia telah berhasil menemukan 1/10 ayat Alquran.


Keith Moore adalah ahli Embriologi terkemuka dari Kanada yang mengutip surat An-Nisa ayat 56 yang menjelaskan bahawa luka bakar yang cukup dalam tidak menimbulkan sakit kerana hujung-hujung saraf sensorik (neurons) sudah hilang. Setelah pulang ke Thailand menjelaskan penemuannya kepada mahasiswanya, akhirnya mahasiswanya sebanyak 5 orang menyatakan diri masuk Islam. Bunyi dari surat An-Nisa tersebut antara lain sebagai berkut : “Sesungguhnya orang-orang kafir terhadap ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka, setiap kali kulit mereka terbakar hangus, kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain agar mereka merasakan pedihnya azab. “Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Secara anatomi lapisan kulit kita terdiri atas 3 lapisan iaitu; Epidermis, Dermis, dan Hypodermis (Subcutaneous). Pada lapisan Subcutaneous, banyak mengandungi hujung-hujung pembuluh darah dan saraf. Pada saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus subcutaneous- 3rd Degree Burn) salah satu tandanya iaitu hilangnya rasa deria sakit. Hal ini disebabkan kerana sudah tidak berfungsinya hujung-hujung serabut saraf afferent dan efferent yang mengatur segala fungsi saraf deria rasa (sensory).


Itulah sebabnya Allah menumbuhkan kembali kulit yang rosak pada saat Dia menyeksa hambaNya yang kafir supaya hambaNya tersebut dapat merasakan pedihnya azab Allah tersebut. Maha Besar Allah yang telah menyisipkan firman-firmannya dan informasi sebahagian kebesaranNya pada sel tubuh, kromosom, pembuluh darah, pembuluh saraf dsb. Ya…Allah tidak ada sedikit pun yang Engkau ciptakan itu sia-sia. Dari bahtera menuju Islam, seorang pakar dalam bidang marine menyatakan betapa terpesonanya ia kepada Al Qur’an yang telah memberikan jawapan dari pencariannya selama ini. Prof. Jackues Yves Costeau seorang oceanographer, yang sering muncul di television pada acara Discovery, ketika sedang menyelam menemukan beberapa mata air tawar di tengah kedalaman lautan. Mata air tersebut berbeza dari segi kandungan kimia, warna dan rasanya serta tidak bercampur dengan air laut yang lainnya. Bertahun-tahun ia berusaha mengadakan penelitian dan mencari jawapan misteri tersebut. Sampai suatu hari bertemu dengan seorang profesorMuslim, kemudian dia menjelaskan tentang ayat Al Qur’an Surat Ar-Rahman ayat 19-20 dan surat Al-Furqon ayat 53. Awalnya ayat itu ditafsirkan muara sungai tetapi pada muara sungai ternyata tidak ditemukan mutiara. Terpesonalah Mr. Costeau sampai ia masuk Islam.


۞ وَهُوَ ٱلَّذِى مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ هَـٰذَا عَذۡبٌ۬ فُرَاتٌ۬ وَهَـٰذَا مِلۡحٌ أُجَاجٌ۬ وَجَعَلَ بَيۡنَہُمَا بَرۡزَخً۬ا وَحِجۡرً۬ا مَّحۡجُورً۬ا

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan, yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit, dan Dia jadikan antar-keduanya dinding dan batas yang menghalang”

(Al-Furqon: 53).


Berdasarkan contoh di atas, dapat memberikan gambaran pada kita bahawa ayat suci Al-Quran mampu menjelaskan fenomena Chromosome, Anatomy, Oceanography, dan perubatan. Sebenarnya masih banyak ayat- ayat Al Quran yang menerangkan fenomena evolution and genetic seperti QS As-Sajdah 4, QS al-A’raf 53, QS Yusuf 3, QS Hud 7.


Kajian terhadap genetik manusia menunjukkan hanya 1% daripada keseluruhan set-set gen yang ada dalam sel manusia akan menghasilkan protein…selebihnya hampir 99% masih belum diketahui oleh sesiapa pun, dikenali sebagai ‘junk genes’ atau gene sampah. Dan sebahagian saintis menggelarkan “junk genes” ini sebagai ‘untold history’ yang menjadi misteri hingga kini. .Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Yang pastinya setiap kejadian ciptaanNya tidak akan pernah diwujudkan dengan sia-sia. Rabbana makhalqta hada batila…

Subhanallah! Wallahualam…

http://nurfaisza.wordpress.com

Friday, January 15, 2010

ISLAM & KEUNIKANNYA (apa kata mereka...)


Islam bukanlah agama dalam ertikata yang biasa.
Islam juga bukannya 'religion' yang diertikan sebagai 'a subjective relationship to certain metaphysical extramundane factors'.
Tetapi kawan2, Islam melampaui semua had2 yang tersebut.
Islam adalah lebih jauh dan lebih luas dari itu sebenarnya.

Bagi saya, Islam adalah satu sistem sosial yang lengkap, satu 'civilization', satu falsafah, satu 'culture' secara serentak!!!

Sir Theodore Morrison dalam 'England and Islam'(1919) menyebut:
'In Truth, Islam is more than a creed, it is a complete social system, it is a civilization with a philosophy, a culture and an art of its own'.

sementara H.A.R. Gibb dalam 'Whiter Islam' (m/s 12) menyatakan :
'Islam is indeed much more than a system of theology, it is a complete civilization'.

Lothrop Stoddard pula menyatakan dalam 'Clashing Tides of Colour' :
'Islam is more than a creed, it is a culture and a way of life'.

George Bernard Shaw meramalkan dalam bukunya ' A Collection of writings of some of Eminent Scholars' :
'If any religion has the change of ruling over England, may Europe within the next hundred years it can be Islam'.

Prof. Charles L. Geddes dari American Institute of Islamic Studies menyebut dalam ceramahnya :
Islam has all the characteristics to play a vital role in the affairs of the nations to bring about peace and understanding in the world..the West expects that muslims who had a devine religion and glorious past of their own would explain the basic tenets and philosophy of life to the West..and play their destined role in the world of tomorrow as har bingers of peace.
('Islamic Education',Lahore 1968).

Napoleon Bonaparte menyebut :
I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all the countries and established a uniform regime based on the principles of the Quran which alone are true, which alone can lead men to happiness
(Cherfils,Bonaparte et Islam,Paris,France, page 125)

"Sesungguhnya, ini adalah jalanKu yang lurus,ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu, akan mencerai beraikan kamu dari jalanNya"
(al-An'am : 153)


wallahu a'lam

Tuesday, January 12, 2010

TUNTUTAN BERORGANISASI



Apa yang dimaksudkan dengan organisasi?

Dari segi bahasa ialah kumpulan @ jemaah dimana mempunyai lebih daripada seorang.
Dari segi syara' pula bermaksud satu kumpulan yang menggerakkan dakwah.

Kenapa setiap muslim dituntut untuk berorganisasi?

1. Ia adalah sunnatullah sejak azali lagi.
2. Fitrah manusia itu sendiri berhajat kepada berkumpulan.
3. Manusia yang berperanan sebagai khalifah adalah untuk menjayakan konsep 'hablun minannas'.
4. Misi manusia adalah untuk melakukan kebaikan sesama manusia sebagai bukti kita adalah merupakan insan yang bersyukur.
5. Misi terbesar untuk mendirikan kerajaan Islam sedunia.

Jika dirujuk surah as-saff ayat 4 iaitu :

إن الله يحب الذين يثاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT amat mencintai mereka yang berjuang di jalan-Nya dalam keadaan Saf (berorganisasi) seumpama bangunan yang terbina kukuh."

ini sudah membuktikan bahawa Islam tidak suka akan perpecahan dalam melakukan sesuatu perkara. Cuba kita fikir tanpa adanya organisasi sejauh manakah kualiti dan kuantiti pencapaian dapat dicapai sekirannya ukhuwwah yang dicapai tidak disatukan dalam kehidupan organisasi ISLAM.


CIRI-CIRI ORGANISASI ISLAM?
1. Mempunyai matlamat yang jelas.
2. Sasaran amal tepat iaitu membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.
3. Perjuang ISLAM secara menyeluruh.
4. Bersedia menghadapi banyak ibtila' (ujian)
5. Kewujudan berterusan iaitu kerja yang sentiasa terus-menerus dan tidak dihapuskan. kata-kata IMAN SYAHID AL-BANNA ''kita ini bagaikan rantai-rantai perjuangan,tiada permulaan,tiada akhir".kalau boleh kerja dakwah ini sentiasa mekar sampai kiamat.
6. Tidak menjadi kesalahan jika kerja yang dilakukaan ia bercampur antara lelaki dan perempuan cuma batas-batas haruslalah dijaga, jangan sampai menimbulkan fitnah terhadap organisasi islam yang hendak diketengahkan dan sekali gus memburukan imej islam.




Dalam suruh al-Fatihah ayat 6 :
"tunjukilah kami jalan yang lurus".

Sila fokus kepada perkataan "KAMI" yang merujuk kepada ramai dan perkataan "SAYA" tidak digunakan kerana ALLAH cintakan hambaNYA yang berjemaah. Oleh itu umat Islam perlu bersatu di bawah satu organisasi supaya syiar Islam dapat dikembalikan. Cuba kita fikir tanpa organisasi sejauh manakah nilai kekuatan ukhuwwah dapat diikat jika nilai ukhuwwah yang dicari mempertikaikan kepentigan beroganisasi???
Adakah anda dapat bayangkan jika organisasi-orgasasi ISLAM tidak ada di muka bumi ini? Adakah objektif, misi dan visi yang diwarwarkan dapat diperjelaskan. Jadi marilah kita fahami mengenali apa itu organisasi islam yang sebenarnya:


Tuntutan Berorganisasi

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memimpin umat Islam sebagai satu jemaah dan satu kesatuan serta mendirikan kerajaan Islam yang pertama bersama mereka. Ini diikuti oleh Khulafa' ar-Rasyidin di atas manhaj yang sama. Imam as-Syahid Hasan al Banna di Mesir juga telah mengikuti manhaj yang sama dan melihat perlunya suatu jemaah untuk mencapai tuntutan ini dengan tujuan mendirikan kerajaan Islam dan mengembalikan khilafah Islamiah. Lalu beliau mengasaskan pertubuhan Jamaah Ikhwanul Muslimin yang mana antara tujuannya yang paling penting ialah untuk mendirikan Negara Islam yang akan menguatkan agama Allah dimuka bumi.

Seruan kepada kewajipan berorganisasi ini adalah berdasarkan dalil naqli (Al Quran dan Hadis)

Surah as-Saff ayat 14 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman,jadikanlah diri kamu pembela (agama Allah) sebagaimana (keadaan penyokong) Nabi Isa Ibnu Maryam (ketika)berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalanan) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?
"Penyokong-penyokong Nabi Isa menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah.('Setelah Nabi Isa tidak berada bersama mereka')maka sepuak daripada kaum Bani Israel beriman dan sepuak lagi tidak beriman.Lalu kami memberikan pertolongan kepada orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya ,jadilah mereka orang yang menang."

Islam mendidik kita melaksanakan ibadah dan syiar agamanya secara berjemaah.Tanggungjawab kita untuk melaksanakan kebaikan juga diperintahkan supaya menjauhi laranganNya.Semua ini adalah tidak lain dan tidak bukan wajib dilaksanakan secara berkumpulan atau berjemaah.
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Huzaifah Bin al-Yaman radhiyallahu anhu berkata Rasulullah s.a.w:
"Wajib kamu bersama-sama jemaah muslimin dan pemimpin mereka."
(Muttafaqun alaih)

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil.Maka jangan kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjemaah dan mencampuri orang ramai seperti menghadiri masjid."
(Hadis riwayat Ahmad Bin Hambal)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Barangsiapa yang memisahkan dirinya daripada jemaah sekadar sejengkal,sesungguhnya dia telah meninggalkan Islam daripada lehernya,sekalipun dia bersembahyang , berpuasa dan menyangka dirinya seorang Islam."
(riwayat al-Tarmidzi,al-Nasai, dan Ibnu Hibban.Dan berkata al-Hakim:Sahih menurut syarat al Bukhari)

Konsep Berorganisasi

1. Hendaklah ahli-ahlinya memahami dengan jelas Islam sebagai satu cara hidup. Bukan memahami Islam dalam bentuk-bentuk tertentu seperti ekonominya sahaja, pendidikan atau sebarang juzu’ daripada Islam. Kemudian, dengan kefahaman yang benar terhadap Islam, maka ia perlu menjadikan matlamat organisasi yang didokongnya ke arah Islam.

2. Mencapai matlamat badan dakwah yang telah disepakati. Sebarang usaha mencapai matlamat selain itu, maka ia akan memberi kesan kepada badan dakwah sendiri.

3. Menghormati ketua dan wala’ kepadanya. Tanpa wala’, akan timbul perpecahan di kalangan ahli dan menyebabkan matlamat tidak tercapai. Bahkan lebih teruk daripada itu mengakibatkan permusuhan.

4. Mempunyai pembahagian tugas dalam melaksanakan sebarang bentuk program. Ia penting agar semua ahli dapat memberi sumbangan dalam menjayakannya dan tidak timbul masalah mereka yang ‘escapisme’.

5. Mempunyai sikap bantu-mambantu antara satu sama lain.

6. Tidak mempunyai penyakit-penyaki hati seperti riya’, bangga, sombong, pentingkan diri sendiri, dengki dan menjatuhkan orang lain.

7. Mempunyai ukhuwwah yang mantap di kalangan ahli.

8. Selalu berbincang apabila timbul sebarang masalah.

9. Berkorban masa, tenaga, buah fikiran, harta dan sebagainya untuk membantu organisasi.


Nilai berorganisasi
“Setiap muslim dituntut mendengar dan mentaati pemimpin dalam perkara yang mereka suka ataupun benci melainkan jika disuruh melakukan maksiat, dan ketika itu tidak ada lagi tuntutan untuk dengar dan taat.”
Dalam waqi’ mahasiswa-mahasiswi yang jauh dari keluarga, persatuan adalah keluarga terdekat. Persatuan menjaga maslahah mereka dari segala sudut seperti tarbiah, akademik, kebajikan dan seumpamanya. Tugas persatuan adalah melaksanakan dan menjamin perpaduan di atas teras iman dan islam.
Di dalam berpersatuan, terdapat adab-adab yang perlu dijaga demi kejayaan persatuan yang diterajui. Di antara adab-adab tersebut ialah: memperbanyakkan memberi salam, demi mengukuhkan ukhuwah sesama anggota. Ukhuwah yang erat terbina sudah pasti membantu perjalanan sesebuah persatuan. Selain itu, anggota di dalam sebuah persatuan juga perlulah menjauhi sangkaan buruk sesama ahli dan ketua. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
”Dan jauhilah dari kebanyakan prasangka sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa.”
{Surah Al-Hujurat: 12}
Ketaatan yang jitu perlu diberikan terhadap ketua yang telah diberi amanat untuk memimpin. Kepincangan di dalam organisasi akan berlaku sekiranya tidak ada ketaatan kepada pemimpin. Allah s.w.t telah berfirman:
"Taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kepada Rasulnya dan juga pemimpin di kalangan kamu".
Seterusnya, adab yang perlu dijaga khususnya dalam mengawal perpaduan sesebuah organisasi adalah: memastikan kebenaran sesuatu khabar yang sampai kepada seseorang. Seseorang itu tidak boleh terus percaya khabar berita yang negatif yang boleh menggugat perpaduan yang sedang dibina. Firman Allah s.w.t:
”Wahai mereka yang beriman jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, periksalah dengan lebih teliti dahulu.”
{Suran Al-Hujurat: 6}.
Persaudaraan di antara kaum Ansar dan Muhajirin merupakan contoh terbaik bagi penggerak dan pendukung perjuangan. Perpaduan di kalangan mereka telah menatijahkan kekuatan untuk Islam sehingga terbinanya Negara Madinah yang merupakan contoh kepada pembinaan negara rabbani.


Berbeza dengan dunia Islam di hari ini yang telah diuji dengan serangan dari musuh-musuhnya. Musuh-musuh islam dengan rakusnya telah menyerang umat Islam seperti mana yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan Palestin. Apa yang paling menyedihkan kita adalah, apabila terapat di kalangan negara-negara sesama Islam sendiri telah bertindak songsang dengan menyokong serangan ini.
Semoga Allah menguatkan perpaduan kita dan sudah pasti perpaduan ini bermula dari komuniti yang kecil. Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-cerai (pecah-belah dari kebenaran).”
{Surah Al-Imran: 102}.

disediakan untuk tatapan semua.

wallahu a'lam

Monday, January 11, 2010

Kepimpinan & Iman -satu muhasabah diri.


Umat manusia telah ditugaskan/diamanahkan untuk memimpin dan bertanggungjawab mewujudkan keamanan sejagat.
Dengan sebab itu Allah s.w.t meggariskan bahawa kepimpinan itu hendaklah diamanahkan kepada orang-orang yang sebenarnya beriman kepada Allah, beramal soleh serta disusuli dengan kecerdasan akal yang mampu mengimbangkan antara keperluan rohani dan jasmani.

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud :
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai ummat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan meggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."

Tanggungjawab Pemimpin

Pemimpin selaku penguasa dan pemerintah di bumi Allah semestinya berkesanggupan untuk memakmur, memperbaiki, menegakkan keadilan, mententeramkan serta berkesanggupan pula untuk meningkatkan ketinggian nilai dan martabat manusia.
antara tanggungjawab seorang pemimpin ialah:

1. Mengislah (memperbaiki) masyarakat melalui kepimpinan.
so, pemerintah perlu menetapkan segala urusan pentadbiran dan kepimpinan kepada orang yang lebih layak dan patut serta berkemampuan dalam melaksanakan tugas (bukan kroni tau).
" Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah kehancuran. sahabat bertanya: bagaimana mensia-siakan amanah itu?Rasulullah menjawab: apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya" (Hadis)

2. Menegak Kebenaran Islam.
pemimpin wajib tegakkan kebenaran even kebenaran itu menggugat darjat, ketinggian pangkat dan diri sendiri atau pahit, pedih dan susah untuk dilaksanakan.
"Katakanlah kebenaran itu walaupun pahit" (Hadis)

3. Memelihara Karamatul-Insan (nilai kemanusiaan)

4. Memakmurkan bumi Allah.
iaitu dalam konteks pertumbuhan, perkembangan ekonomi, pembangunan negara dsb.
selain itu memastikan pengagihan kekayaan negara dapat dirasai seluruh rakyat. dan pastikan juga tiada jurang ekonomi yang besar antara yang kaya dan yang miskin.

5. Menjalankan urusan amra makruf dan nahi munkar.
yang ni cuba hayati firman Allah dalam al-Quran
"Mereka itu (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (AL-Hajj : 41)

MATLAMAT ASAS KEPIMPINAN

1. Pengabdian/perhambaan diri kepada Allah s.w.t

2. Untuk mencapai keredhaan, keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t serta rasulNya

3. Untuk menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran.

4. Untuk mencapai kebahagiaan, kesenangan, kesejahteraan dan keselamatan manusia sejagat di dunia dan di akhirat.

*terbaca kertas kerja tahun 1987(i like this year)

wallahu a'lam

Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru yang tak pasti...

Dalam gelita kelam malam
Puas aku berperang
dengan diri sendiri
Hingga terbawa ku
Ke dalam jaga

Getar jemari ini
Menurut degup jantung
Menepis telunjuk amarah

Hati ini harus tersuntik
dengan iman
yang tiada dapat aku rasakan manisnya kala itu

Duhai sang hati
serasa ku kau keras amat
bagai keluli konkrit
yang aku cuba mencairnya
dengan sumbu iman, lilin taqwa, pelita zikir
tapi nyata nyalanya malap
kian...dihembus badai nafsu menderu

gelisah,
kesah,
dan lelah..menunggu tahun baru
yang aku belum pasti
masih mampu berdiri lagi.

Andai iman mu tertidur kawan,
Biarlah nafsu mu turut lena sama.

"Wahai Tuhan kami, kami memohon dengan hak al-Fatihah yg. diagungkan
iaitu 7 ayat yg. diulang-ulang, dan al-Quran yg. agung,
bukakanlah bagi kami segala perkara kebaikan,
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan,
jadikan kami dari golongan yg. baik,
dan perlakukan kami seperti mana perlakuanMu terhadap insan yg. baik,
Pelihara kami dalam agama kami, diri kami, harta kami, anak2 kami, ahli keluarga kami, sahabat2 kami, serta semua yg. kami sayangi
dari segala kesengsaraan, fitnah, kesedihan, dan kesengsaraan.

Engkaulah pelindung segala kebaikan,
Engkau mengurnia segala kebaikan,
Wahai Maha Pengasih dari segala yg. mengasihani."

(DOA RATIB AL-HADDAD IMAM ABDULLAH)

Tuesday, December 29, 2009

Nak kahwin dah? part two...

Soal jodoh ramai yang keliru. Ada yang menyerahkan pada takdir dan akhirnya menyalahkan takdir. Act, jodoh seperti amalan ikhtiari yang lain adalah pilihan insan.
Ia boleh diusaha dan diikhtiarkan. Ini tidaklah menafikan ‘qada dan qadar’ Allah di penghujungnya setelah puas berusaha. Justeru itu Islam meletakkan beberapa bentuk pilihan pasangan (agama, kecantikan, keturunan dan kekayaan) kerana jodoh boleh dipilih. Islam meletakkan agama sebagai asas pilihan. Memilih pasangan yang tidak memiliki nilai agama adalah satu kesilapan dan perlu ditanggung sendiri risikonya. Tidak boleh menyalahkan takdir.

Ada juga di kalangan pemuda pemudi yang terlibat dalam perjuangan bertanya:
"Saya dah ada pasangan yang saya kenali sebelum mengenali dakwah ini. Bolehkah saya teruskan cinta kami ini?" Dulu saya sering bertanya: "Mana awak sayang, antara perjuangan ini atau memperjuangkan cinta lama?" Pernah ada yang menjawab: "Saya sayang kedua-duanya tapi masalahnya pasangan lama saya itu tidak sefikrah."
tapi membina rumahtangga di penghujungnya atas landasan ‘try & error’ macam keadaan orang berjudi... tak tahu nasib di penghujung.

Cara terbaik sebenarnya, bila sudah memilih seseorang untuk menjadi pasangan hidup, nilailah badan dan akalnya, bahkan akalnya lebih perlu dinilai melebihi badannya. Kalau dah yakin dengan ia, kenapa tidak ikut sahaja perjuangannya? Lagilah kalau kelak ia jadi suami, lambat laun kena ikut juga budaya dan kehendaknya? Bukankah ‘lelaki itu pemimpin wanita dalam keluarga?’

Perjuangan ini hanya untuk orang yang benar-benar meyakini dan sanggup mendahulukannya mengatasi yang lain. Lagipun selagi berada di atas landasan syarak tidak salah berpindah arah... macam Masjid Qiblatain. Walau bagaimanapun, jangan sampai tersasar kiblat hingga akhirnya tidak ke Mekah dan tidak juga ke Aqsa (saya teringat dengan tazkirah seorang pendakwah Arab: 3 punca yang menyebabkan ramai akh futur dalam dakwah, salah pilih pasangan dalam perkahwinan, pangkat dan kuasa).

Bagi pejuang yang benar-benar faham dan yakin, ia tidak akan mendelaykan hasrat berumahtangga setelah memahami hakikat dakwahnya. Bahkan rumahtangga yang ia bina diharap mampu menjadi rumahtangga dakwah yang menjadi asas penting pembinaan mujtama’, daulah dan khilafah.

sumber : copy paste somewhere...

Sunday, December 27, 2009

Nak kahwin dah?

"Kau ni dah benar-benar bersedia ke nak kahwin?"
Ia seperti pelajar-pelajar yang lain menjawab: "Saya memang nak kahwin tapi itu bergantung pada keputusan keluarga, kalau mereka izinkan, saya akan berkahwin."
Tanya saya: "Kalau tak pasti lagi bila nak kahwin, buat apa cari calon?"
Katanya: "Saja nak kenal-kenal dulu."
Jawab saya: "Kalau macam itu awak carilah sendiri, saya selalunya akan carikan orang yang benar-benar saya kenal dipasangkan dengan orang yang juga sangat saya kenali."

Memang perkahwinan banyak terikat dengan restu keluarga. Itu lelaki, apatah lagi kalau perempuan, ia terikat dengan kebenaran walinya. Sepatutnya pemuda-pemudi itu bertanya keluarga dahulu, barulah buat keputusan untuk mencari calon. Bukan apa, bila sudah ada calon dan jarak masa perkahwinan tidak pasti, selalunya mendatangkan banyak masalah dan gangguan. Kemungkinan calon yang dipilih tidak dipersetujui keluarga. Mungkin mereka sudah ada pilihan sendiri. Apatah lagi bila dah ada pasangan, perasaan pun mula berubah. Putik-putik cinta pasti akan bertunas dan lama kelamaan membuahkan khayalan dan mimpi.

Tradisi orang bercinta zaman sekarang sukar untuk dibataskan. Sekurang-kurangnya ziarah-menziarahi melalui SMS dan call menjadi perkara biasa. Bermula dari panggilan akh dan ukh akan berpindah kepada abang dan adik... lama-lama sayang yang kehilangan S. Ermm, waktu itu dah terpaksa belajar memujuk bila merajuk, jiwa mula belajar hakikat rindu, mimpi malam dihiasai igauan wajah. Ermm, kalau jelas hujungnya dan tahu tarikh tamat ‘dunia khayalan indah’ tersebut, tahu juga penyudah dosa-dosa kering tersebut (kering dan ringan di sisi hamba, berat di sisi pencipta). Bagaimana dengan yang tak pasti penghujungnya, tak pasti nasibnya, tak pasti tempoh penantiannya? Umpama orang membeli bahan binaan, tapi tapak rumah belum tersedia. Lama-lama bahan binaan tersebut reput begitu sahaja. Begitulah juga cinta yang tak ‘bertarikh’ pelayarannya. Mulalah merungut pasal ‘lemah iman’, tak khusyuk solat dan macam-macam lagi.

Sesetengah pelajar bila memikirkan perkahwinan sekadar menjadikannya bahan mainan atau hikayat lucu. Mungkin juga untuk menguji nasib dan meraih simpati. Bila betul-betl diajak berkahwin, mulalah bagi banyak alasan... belajar tak abis lagilah, mak bapa tak bagilah, PTPTN tak abis bayar lah, kerja belum dapatlah, nak jaga keluarga dululah. Dulu bila mula memancing ‘cinta’ tak berfikir panjang dan tak memikirkan semua risiko tersebut. Kesian dengan pihak yang benar-benar bersungguh.

Bagi mereka yang memandang kehidupan ini penuh dengan perjuangan, memperjuangkan kisah cinta yang kabur itu amat membuang masa. Kecualilah yang bermazhabkan Romeo dan Juliet. Cinta begitu patut dikuburkan bila ‘tarikh sah/lakunya’ telah tamat. Kalau diteruskan ia akan meracun iman dan perjuangan. Justeru itu selalu saya nasihatkan, agar putuskan saja hubungan bila pelayaran tidak menampakkan halatuju dan pelabuhan. Cinta Ilahi lebih bernilai dari cinta insan yang tak pasti, yang akhirnya lebih banyak melalaikan iman dari membekalkan kekuatan. Memang keputusan begitu selalunya sukar.

to be cont...