Assalamualaikum w.b.t
Salam satu Ramadhan...
Ramai orang boleh menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa, akan tetapi tidak ramai orang yang dapat menahan diri dari
perkara2 yang membatalkan pahala puasa..
terutama makan makanan yang halal TETAPI secara berlebihan..
telah berpesan hujjatul islam imam al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul 'abidin
bahawasanya di dalam membanyakkan makan itu
1)
mengeraskan hati dan menghilangkan akan cahayanya
2)
fitnah bagi segala anggota
3)
sedikit faham dan ilmu
4)
sedikit ibadat5)
ketiadaan manis ibadat6)
kebinasaan takut jatuh kepada syubhah dan haram7)
membimbangkan hati dan tubuh untuk:
a. menyediakan makanan
b. memakan ia (makanan)
c. menyelesaikan dan melepaskan ia (makanan) daripadanya (tubuh)
d.
e.
8)
9)
10)
sumber:
kitab minhajul abidin terjemah bahasa melayu / tulisan jawi
muka surat 59-60
(hanya point ditulis, huraian sila rujuk pada halaman kitab)
tips: 1. boleh dapatkan kitab ini di kedai buku bertentangan masjid india.
2. pengajian sebulan sekali di masjid ar-rahman oleh ustaz sidek..
berbukalah seqadarnya..
kata2 hikmah:
berapa ramai orang yang mengutip pahala ibadat Ramadhan pada malam dan siang hari..akan tetapi apabila beliau pergi ke bazar ramadhan selepas asar atau menyediakan hidangan berbuka yang berlebihan,
pahalanya hilang bak debu yang ditiup angin..kebanyakannya atau mungkin kesemuanya (pahala puasa)..
2 comments:
kalau pergi masjid dan habiskan lauk pauk kat sana? mengeraskan hati x agak2nye?
huhuhu..just wnder~
kalau banyak lauk yg dihidang, ambillah sekadarnya untuk diri sendiri, ikut atas kapasiti masing2..
kalau dah sendawa tu, berhenti lagi baik..
kalau perut penuh, maybe kita still rajin buat ibadat tp imam ghazali at-tusi nasihat manis ibadat (yg x boleh dibeli dengan wang) tu jadi kurang la...
ada satu cerita di utara tanah air, di mana seorang hamba Allah ni berpuasa sepanjang tahun dan hanya berbuka dengan sebiji tamar yang dikulum dan kemudian disimpan untuk dimakan ketika bersahur.. (ikut akal logik kaa)
selang beberapa ketika dia menanam 99 biji benih durian yg disirami dan dibajai dengan baik, namun kesemuanya mati, tidak menjadi
hingga datang yakin dari Allah sebiji durian tumbuh di atas batu..
maka ingatlah HATI lelaki itu bahawasanya Allah jualah yg berhak menumbuh, menghidup dan mematikan..
Post a Comment