yang ni adalah komen yg di print skrin dari fb...
......Untuk futsal pulak, jadual pertandingan berubah-ubah dan tak tetap (sebenarnya diorang nie ade buat jadual/perancangan ke tak?).. Seolah-olah penganjur tak membuat persiapan dan perancangan teliti. Pasukan futsal KICKERS MALAYA yang disertai kawan-kawan aku telah bertanding untuk kategori LARUT MALAM, tapi mereka hanya dapat bermain pada TENGAHARI esok nya !! LARUT MALAM kah itu?
4. Kasihan pulak aku tengok banyak peserta-peserta futsal nie berbaring bergelimpangan di sekitar kawasan futsal..sebab menunggu giliran mereka yang agak lambat.. Mungkin ada peserta yang pernah join pertandingan sebelum ini dan tahu tentang keadaan tu, jadi diorang dah bawak khemah awal2 lagi dan berkhemah sekitar kawasan futsal tuh. Penganjur patut sediakan kemudahan yang lebih selesa kepada peserta-peserta nieh..Bukan sikit, berbelas ribu peserta yang datang..tup tup, kena tunggu giliran macam bangang! haihhh...
5. Kemudahan toilet sangat teruk..surau? Tak nampak pun.. Waktu azan pun, pertandingan masih diteruskan seolah-olah tak ada apa-apa berlaku.. Semasa waktu sembahyang Jumaat, ramai lagi yang bersepah kat tempat pertandingan tanpa ada rasa segan atau malu sebab tak pergi sembahyang Jumaat.
Perkara yang sama berlaku di tengah-tengah Putrajaya di mana berlangsungnya HARI BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN. Jalan-jalan utama ditutup, semua tengah sibuk bersiap untuk sambutan tuh. Signboard arah ke MASJID langsung tak kelihatan !! Padahal bukan nye tak tahu, orang dari seluruh Malaysia datang ke Putrajaya nieh, tahu ke diorang nak carik arah ke masjid? Ape tah lagi dengan banyak jalan yang ditutup?
Oh, ramainya BELIA yang TAK PERGI SEMBAHYANG JUMAAT....TAHNIAH laa di atas penganjuran HARI BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN nieh !! Congratz sangat !
6. Super Junior? Okeh, aku tau konsert free, dan tahu-tahu jer la konpem ramai BELIA-BELIA khususnya GADIS-GADIS yang datang ke konsert SuJu nieh. Tanak komen pasal tuh.
7. Tengok Final UEFA Champions League di Dataran Putrajaya bersama PM?? Ribuan orang datang untuk tengok di screen BESAR kat dataran tuh...hakikatnya, takde la besar sangat screen nye pun.. Besar projektor kat kedai-kedai mamak je kot..? Tanak komen lebih-lebih pasal bab nie, bahaya.
Sekian dahulu dari saya, renung-renungkan dan selamat beramal
Rating Rentap Futsal KOSMO :
Tahap Keterujaan : 3/5 (Masuk Malaysian Book Of Records tuh weh !)
Tahap Perkhidmatan : 1/5 (HAMPEH !)
Tahap Pengurusan : 1/5 (HAMPEH v2 !)
Tahap Keselesaan : 0.5/5 (HAMPEH v3 !)
Tahap Kualiti : 1/5 (HAMPEH v4 !)
Tahap Kesedaran : 0/5 (Signboard mana? Surau mana? HAMPEH v5 !)
Tahap Berbaloi : 0.5/5 (Buang masa, tenaga, duit, semua pun buang, HAMPEH v6 !)
Tahap Nak Datang Lagi : 0/5 (Klau camnie la gayanya, tobat taun dpan taknak join dah ! HAMPEH v7 !)
Tahap Kebengangan/Ketakpuasan hati : 5/5
Keseluruhan : 0.5/5
sumber ciplakan dari http://areev19.blogspot.com/
Monday, May 30, 2011
Friday, May 27, 2011
K.I.S.S (Keep It Short And Simple)
Kau Yang Masih Muda
Tingkah Mu yang Melangkahi Saf
Tiada Kisah Dikata Apa
Jujur dan Amanah Hatimu
Pada Ilmu di Dada
Bulat Talam Itu
Bulat Talam Itu
Mengisi Santapan Saban Hari
Buat Si Anak Muda
Terus Berdikari
Pondok Usang
Sinar Mentari Bersinar Memancar
Memalap Suram Cahaya Kalimantang
Kenyit Mataku Untuk Melihat
Dari Dalam Pondok Usang
Tetamu Tak Di undang
Malam Kelam Tiga Pagi
Selimut Membalut Ku Tarik Kemas
Kerna Tetamu Itu Kunjung Tak Pergi
Dalam Pembaringan Aku
Kalam Hati
Wujud Kalam Ini
Buat Menulis Apa Hatiku
Mencoret Cerita Memadam Sepi
Mengarang Kata Mengusir Kelu
Mengukir Indah dan Gelisah
Kongsi Bersama
Thursday, May 26, 2011
IKRAR GURU PASTI
Kami guru-guru PASTI Malaysia
Dengan ini berikrar:
Mendukung terus cita-cita kami
terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti kepada Allah
Masyarakat dan Negara kami
Kami sentiasa menjunjung kedaulatan islam
Dengan mengamalkan Al-Quran dan As-sunnah
Serta prinsip-prinsip rukun iman dan islam
Pada setiap masa
Mendidik dengan ikhlas
Berteraskan amanah dan kejujuran
Mendidik agar berani
Tabah dan berjihad
Kami mencurahkan bakti
Mencorak warna kecemerlangan islam
Bersatu menuju wadah
Menuju matlamat islam
Akhlak yang mulia menjadi terasnya
Kami pendidik berikrar amanah, tabligh dan fathanah
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Wednesday, May 11, 2011
Monday, May 9, 2011
negara berpendapatan tinggi?
PULAU PINANG 26 April – Nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh guna rakyat negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia dengan kadar 140 peratus.
Penasihat Khas kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Dr. Michael Lim Mah Hui ketika mendedahkan perkara itu berkata, kadar tersebut jauh mengatasi Singapura dengan 105 peratus, Amerika Syarikat (123.3 peratus), Korea (101 peratus), Thailand (52.7 peratus) dan Indonesia (38 peratus).
Menurut beliau, pinjaman yang diambil bagi setiap isi rumah di negara ini pula adalah pada kadar 1.4 kali lebih tinggi berbanding pendapatan menyebabkan pendapatan boleh guna menjadi semakin sedikit.
“Nisbah bayar hutang isi rumah juga semakin meningkat iaitu 39.5 peratus pada 2008, 49 peratus (2009) dan menurun sedikit kepada 47.8 peratus pada tahun lalu yang menunjukkan hampir separuh daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membayar hutang.
“Oleh itu, tidak banyak lagi yang tinggal untuk dibelanjakan bagi makanan, pengangkutan, pendidikan dan kecemasan. Bagaimana jika pencari nafkah jatuh sakit atau hilang pekerjaan? Situasi akan menjadi sukar dan ini amat membimbangkan,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Menurut Mah Hui, bahagian terbesar hutang isi rumah di negara ini adalah untuk membayar balik pinjaman perumahan diikuti pinjaman kereta, penggunaan peribadi, pembelian saham dan kad kredit.
Katanya, berbelanja menggunakan dana yang dipinjam boleh meningkatkan ekonomi tetapi ia juga boleh memperlahankan ekonomi apabila isi rumah dipaksa menahan perbelanjaan dalam usaha untuk membayar semula pinjaman mereka.
Justeru, katanya, kerajaan perlu mengetatkan peraturan sedia ada termasuk dalam urusan gadai janji dalam pasaran hartanah dengan meningkatkan bayaran pendahuluan yang minimum selain meningkatkan deposit dan mengurangkan tempoh pinjaman kereta.
“Kerajaan juga perlu menghentikan iklan bagi pinjaman dan kad kredit yang tidak telus mengenai kos yang terlibat. Semua ini mampu meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, sekali gus membendung mereka daripada berhutang terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar,” katanya. – Utusan Malaysia 27 April 2011
** Komen – Kita sedang menuju negara berpendapatan tinggi atau berhutang tinggi?

Subscribe to:
Posts (Atom)