Wednesday, December 31, 2008

KEMBALI ke DUNIA setelah MATI..

di Bukit Tursina itulah Nabi Musa diberi peluang bercakap secara terus dengan ALLAH...

namun dia tidakdapat melihatNya kerana ada hijab antaranya dengan ALLAH...
Nabi Musa merasa sangat gembira yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan..
Dari rasa sukanya itu, Nab Musa merasa maih kurang puas dan ingin melihat ALLAH pula..

Tiba2 terkeluarlah perkaaan dari mulut Nabi Musa
"wahai Tuhanku, tampakkanlah diri Engkau kepadaku, supaya aku dapat melihat kepada Engkau..."

"kamu sekali kali tidak akan sanggup melihatKu, tapi pandaglah bukit itu. Maka jika ia tetap kekal pada tempatnya dalam keadaan sedia kala, nescaya engkau dapat melihatKu" firman ALLAH.

ALLAH amat sayangkan Nabi Musa, oleh sebab itulah ALLAH menyuruh Nabi Musa agar memandang sahaja pada sebuah bukit di situ, sebab DIA akan bertajalli(menunjukkan diri) pada bukit itu.

Maha Suci ALLAH, pabila ALLAH bertjalli pada bukit itu, ternyata bukit yang berdiri megah dan begitu kukuh itu hancur berkecai dengan hebatnya, sedang Nabi Musa yang memandannya pun pengsan...

Apabila sedar dari pengsannya, Nabi Musa pun sedar bahawa dirinya tidak akan mampu melihat ALLAH di dunia ini kerana begitu hebatnya Dia..

Nabi Musa bertaubat tidak ingin lagi minta melihat Allah di dunia ini...

"Maha Suci Engkau wahai Tuhan, aku bertaubat kepadaMu dan aku adalah orang yang pertama-tama beriman"

"...setelah itu, Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati, supaya kamu bersyukur"

(Al-Baqarah: 55)

Tuesday, December 23, 2008

laporan lengkap survey CINTA..


ni dia feedback yg ak dpt dari kawan2 aku daripada survey cinta..

apakah pandangan anda tentang bercinta sebelum berkahwin???

jawapan daripada mereka yg bujang dan dara,berusia antara 18-24 tahun..

nama sebenar dan jantina adalah dirahsiakan:

Wrong no?

Normal

Saya rasa xslh bcnta sblm kawin kalo masih dlm batas2 agama. Yg jd slh 2 kalo xkuat
iman smpai wt mnde2 mksiat masa bercinta.Dun u think so?

Bagus..menghalang maksiat..cinta leh pupuk..

xbpe ok..huhu.

Depends pada orang gak.If x mengganggu study n yakin dpt beri komitmen btweeen stud dgn indivdu tersebut,juz go on je la

Pandangan serius

Ada pro n kontra

haha..bergantung pada individu ..ade yg bercinta sblumbrkahwin tdk bahagia slps berkahwin krn suda bosan.tp ad juga yg sbaliknye..

pandangan individu..tp saya susah nak rapat dengan org 2 if xknl..hehehe

hmmm,cm mnarik..:)tp xperlu lama2 kot nt ilang kemanisan bla dh kawin..juz untuk kenai2 b4 wt pilihan t'baik ..Yg selebihnya btul2 bercinta aftr kawin..huhu

aku rase bagus je

patut..sebagai satu langkah utk belajar sebelum idup besame selamanya...

terpulang kepada individu masing2.. hahaha

bes gak wlaupun x perlu sebenarnye..

mungkin xbrape relevan coz agama pn xkasi wt perkara yg mendekati zina

sekian saya melaporkan.

Friday, December 19, 2008

berPOGO di ROCK THE WORLD 8..

a'kum..
soalan pertama...
ape bezanya kalau ditakdirkan mati semasa 'berpogo' kt konsert RTW dengan mati semasa berasak2 untuk menunaikan ibadah tawaf mengelilingi masjidilharam?

mak bapak,atok nenek sibuk berasak untuk tawaf sampai ad kalanya ditolak dan terjatuh semata2 untuk mengelilingi kaabah dengan laungan takbir dan memuji ALLAH,anak2 pula(golongan muda) sibuk 'berpogo' & berasak bersama rakan2 sebaya dengan muzik rock dendangan band2 underground seantero malaya..

ape kejadahnya semua ini?

Upcoming Shows

( view all )

Dec 20 2008

2:00P

ROCK THE WORLD 8!! @ Secret Garden, Stadium Merdeka

Kuala Lumpur

Jan 1 2009

8:00P

YOUTH TOUR 2008 @ Port Dickson (++ XPDC, Lefthanded)

Negeri Sembilan Darul Khusus

Jan 14 2009

3:00P

KARYAWAN Press Conference @ Orange Club

Kuala Lumpur

Jan 24 2009

2:00P

PERENNIAL MUSIC FEST 2009 @ MCPA Hall

Kuala Lumpur

Jan 31 2009

4:00P

INDEPENDENT DAY OUT 2 @Dewan Sekolah (Cina) Yuk Choi

Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Feb 8 2009

3:00P

TBC: City Plaza Johor Bahru JB

Johor Darul Takzim

Feb 12 2009

8:00P

BURAPA BIKE WEEK 2009 @ Pattaya

Thailand


orang kalu bertawaf ambil pandangan imam malik dalam bab batal wudhuk(kalu x silap aku la) kerana mudah untuk tersentuh MUHRIM(jemaah yg menunaikan haji) antara laki2 dan perempuan yg bukan MAHRAM(haram dikahwini)...
tapi,kalu di RTW ni agak2 nye macam mane pergaulan antara garlz & boyz?

hehe lu pikir la sendiri..

berapa besar surau kt stadium merdeka 2 dan brape ramai pulak budak2 melayu (islam) yg turun padang?

kalu x silap gua la, idea dan usaha nak buat konsert ROCK THE WORLD ini adalah ilham daripada JASON LO, salah sorang vokalis band lagu omputeh kt m'sia nie..
tyme wa form 5 wa ingat lagi RTW buat kt car park KLCC, gempak sehhh..!!
wa pun tau sikit2 coz baca majalah ROTTW(ROCK of The Third World)
konon2nye nak "tiru" barat la yg buat konsert LIVE8 sampai 2,3 ari non-stop...gler!!!

THE SETLIST: RTW8

R-E-V-E-N-G-E
song by: REVENGE
R-E-V-E-N-G-E lyrics

ROKKU JAPPARENA
song by: REVENGE/ BULMA
Rokku Japparena lyrics

ROK 'N' ROL HERO
song by: DODDIE REVENGE/ AYID REVENGE
Rok 'n' Rol Hero lyrics

LEGENDS OF ROCK 'N' ROLL
song by: AYID REVENGE/ TOPA
Legends of Rock 'n' Roll lyrics

++ Tribute to the late MUNETAKA HIGUCHI, LOUDNESS DRUMMER
HEAVY CHAINS
song by: LOUDNESS
Loudness: Heavy Chains lyrics



"Alhamdulillah, kerana support dan kepercayaan rockers2 semua, muzik HEAVY METAL MELAYU akan berkumandang buat PERTAMA kalinya setelah LAPAN edisi ROCK THE WORLD.. and thanx to MR KATON of WORLD'S thrash metal/punk crossover legendary band, HIRAX for delivering your t-shirt via mail to us PERSONALLY, so AYID can wear it for the festival."
- REVENGE




inikah budaya timur,adab kita orang melayu???
wa xnak koment banyak2..
wa nak tunggu bila pulak majlis fatwa kebangsaan nak bagi status a.k.a memfatwakan konsert ni sebagai ape?

member2 wa pun ramai dah jadi die hard fan & pi tiap2 tahun konsert RTW nie(setiap ujung taun)..
agak2 t-shirt dia taun ni smart x design dia mcm RTW 4 dulu(kalu lawa wa nak kirim selai,hahaha)
wa nak pi tapi tiket RM25,XDE DUET LA BRO...

so,lu orang sume dah besar,ad basic agama (at least tyme skola rendah dulu & subjek pendidikan islam yg wajib tyme skul menengah)..lu orang pikir la sendiri

ni salah satu contoh jer aktiviti mungkar yg dilakukan secara 'berjemaah'

kepada para sahabat, da'ei, mubaligh, muslim, mualim, aktivis, mahasiswa, sama2 la kita fikirkan masalah ummat zaman skarang ni & yg penting cari solution yg paling efektif..




Sunday, December 14, 2008

orang kawin,kita pun nak kawin...

salam semua...

hari nie aku dah anta survey melalui sistem pesanan ringkas(sms) kepada puluhan (mayb ratusan)kawan2 yg guna no. 012/017

reasonnye aku bosan dok lepak2 tyme cuti nie n xtau nak wt pe..lgipun maxis dah bagi 5 rat mesage percuma..so rugi la kalu aku x guna..

ayat dalam survey yg ak sent kt budak2 ni berbunyi lebih kurang mcm ni la..

"so,ape pandangan awak ttg bercinta sebelum kahwin..?"

antara feedback (pandangan)yg aku dpt ialah:

1) salah anta mesej ke ni?(kalu dak laki,pasal aku guna istilah 'saya')
2) pandangan serius
3) pandangan normal
4) bagus la...
5) ok je kalu boleh kawal diri.....agama...bla2...
6) pandangan individu (means terpulang pada individu terbabit)

dan banyak lagi la aku x sempat nak tulis,yg sedihnya ade yg tanya "ni no. sape ye?"
pergh,2 yg buat wa bengang jer..no. member dorang x save..tp xpe wa understanding..

last friday,aku sbg anak soleh terpaksalah ngikut ma & pa p balik kampung (ipoh) coz dua pupu aku kawin...slalu adik bongsu yg kena ikut tp dia dah stat keje plak kali ni(keje lepas spm sambil nak tunggu result)..

malam sblum walimatul'urus aku lepak rumah mak su dulu,dalam pada tengok tv 2 sambil bermesej (dengan muka tersengih2) tiba2 aku kena sound ngan tok andak aku..ape dia habaq

"khairie(nama samaran ak kt kmpung belah ayah)...jangan dok pikir nak bercinta dulu tyme blaja nie,carik keja dulu tolong mak hang ni,jangan jadi mcm abg2 & akak2 hang 2 semua..
lepas grad terus nak kawin.."

tok andak aku adalah bekas ustazah...banyak ilmu dan boleh berbahasa arab...
skali ak tersengih2 layan mesej,dia ingat aku tengah mesej dengan awek daa...
tapi sbnarnya bukan..

walaupun bukan aku tetap terpukul dengan kata2 nya itu...
fuh,mcm mane nie...?
kawan2 yg sebaya dah ade yg bertunang...dah ade calon..
kalu yg dok kampung 2 dah ade yg kawin pon..
orang kata x baik kawin lewat nanti anak kecik lagi kita dah tua, susah la nak jaga..

teringat aku plak dengan kata2 ustaz azhar idrus yg menghuraikan hadis nabi
"bila kita berkahwin ni dapat memejamkan mata,aghaddu ni maksudnya dapat memejamkan mata.bukan pejam mata masa berjalan nanti terlanggar tiang pulak..maknanya dapat menundukkan pandangan,xde la bila muslimat lalu jer..mata kita pun mula la nak scan dari atas sampai bawah"
(hehe,yg ujung 2 campur ayat ak sendiri)

secara peribadinya,aku mmg kalu boleh nak kawin awal la...
tapi bila aku kira2 balik mmg paling tidak dalam tangan kena ade 20 kilo la (kalu kawin ngan graduan & kos walimatul 'urus kt selangor)
so,plg awal pun umur 25 la...

hhmm..tapi sebelum kahwin aku perlu menyelesaikan satu misi terpenting dulu dalam idup aku..

ape dia?

lu pikir la sendiri

bangunan MUCED,
fakulti sains UM,
15:30

Friday, December 5, 2008

iman strength vs cigarro..





salam sahabat2 sekalian...
segala puji bagi Allah yg tidak akan gugur walau sehelai daun di muka bumi ini tanpa pengetahuan-Nya...

hari ni nak share sket ttg story perasaan seorng smoker...

ade la sorang mamat ni, muka nampak baik2 jer tapi sebenarnye dia ni dah jadi smoker selama 7 tahun. bila saya tanya kt dia kenapa dia merokok, dia x dapat nak jawab soalan 2...

"jadi ape gunanya awak merokok kalau awak x tau ape sebabnye?" saya bertanya

mamat 2 termenung seketika..kemudian dia membalas persoalan saya dengan nada yang tenang

"saya mmg la x tau reason saya merokok, tapi saya x bangga yg saya ni seorang perokok. awak tau ke mcm mane caranya nak berhenti merokok ni, faham ke perasaan saya yang fight very hard to stop smoking??"

saya tergamam mendengar hujahnye...

mmg saya ade membaca sajak rekaannye yg lebih kurang begini la..

now i cannot smoke
i lose my lungs
i'm breathless and speechless
coz i luv U not enough
oh ALLAH the most merciful....

mamat 2 dan saya tahu yang dia dah banyak kali cuba berhenti merokok namun gagal di tengah jalan..
ade 7 jam, 2 hari, seminggu, sebulan setengah...tapi akhirnya smoking semula...

antara kejayaan mamat 2 yang saya tahu ialah pada bulan pose yang lepas, dia berjaya hanya menghisap 3 batang rokok jer sepanjang sebulan puasa means equal to 30 days..
mamat 2 ade cakap pada saya

"Allah, hebatnye bulan Ramadhan ni, aku diberikan kekuatan olehNya untuk menahan diri dari merokok...bila nak sampai ramadhan berikutnye,rindunya aku pada rahmatMu ya Allah...."

ready 2 QUIT & be a CHAMP!!!!!

95% of people who try to quit without any help, were unsuccessful. The average smoker takes about 5 to 7 attempts to quit before putting out the cigarette for good. So even if at first you don't succeed, learn from your previous attempts, then try and try again.

ayat di atas menjadi motivasi kepada mamat ni nak berhenti merokok

tapi masalahnya dia termasuk dalam yang 95% 2 coz mmg xde sape nak help dia untuk stop..
why dis happen??
becoz kawan dia yang baek2 ni pun xtau yg dia ni smoker,so cmane nak tegur..kalau nak suruh member2 yg satu kepala,yang sama2 smoker nasihat soh berenti,sampai ke tua la jawabnye xde..

Studies have shown that quitting with medication and support from doctors, pharmacists and LOVED ONES will significantly increase your chances of quitting successfully.

kenapa Allah memilih seseorang itu menjadi perokok?
adakah Dia x sayangkan individu itu...

kata sahabat saya
Allah Maha Pengasih dan Penyayang atas setiap hamba dan makhlukNya including manusia skali la...juz cuma manusia itu yang tidak meletakkan prioriti dalam jiwanya untuk mencintai Allah sebagai yang paling utama

so,kalu macam 2,in case of mamat tadi how he want to stop smoking kalau kekuatan iman dia masih belum sempurna..??

everybody has their own fight!!!

do u have one???

sama2 kita renungkan...

Saturday, November 1, 2008

permainan jiwa remaja....


a'kum...
x boleh tdo la malam ni...maybe hati ini gelisah,jiwa ni gusar dek terkenangkan exam yang bakal menjelang tiba x lama lagi...
preparation mmg sangat kurang pon
bila fikir2 balik penumpuan yg diberikan dalam kelas sewaktu lecturer mengajar sangat sedikit yang saya berikan
namun kesempatan masa yg ade ini perlu la digunakan sebaiknye untuk membetulkan ape yg silap
bukan fikir pasal perempuan...Allahu rabbi... hati ni lemah betul la,lagi2 kalau xde keje nak buat
so,dengan sibuknye study dapat la mengenepikan bisikan2 syaitan ni yg membuatkan diri ni gatal nak berawek-awek..
ape yg penting dalam keadaan agak tertekan ni....al-Quran janganlah ditinggalkan supaya menjadi pegangan diri...insyaallah sahabat di akhirat kelak..

Friday, October 31, 2008

Borang hijau Vs Borang biru...

Alhamdulillah..next wik exam dah nak start
semalam baru anta KKD 4 my first & hopefully last project
susah cket nak wt projek fakulti ni rupanya
nak anta KKD kena folow borang biru (kalu projek kolej borang hijau)
KKD perlu dihantar sekali dengan beberapa dokumen:
1) minit mesyuarat exekutif kelab yg melantik saya sbg pengarah projek
2) minit mesy. ajk pelaksana (ad-hoc) - meeting ajk projek la..tp sblm meeting kena isi borang permohonan mengadakan mesy. 48 jam sblm melakukan meeting..
3) penyata kewangan semasa kelab
4) pastu borang ape lg la dh lupe..
tapi...
best gak buat benda2 mcm nie coz dpt banyak pengalaman...
lepas exam ni nak stat run projek la
semoga ASMUM kembali dikenali & menjadi wadah pemangkin mahasiswa muslim..
Insyaallah..

Friday, October 10, 2008

tersungkur di pintu kejayaan...

Alhamdulillah...dapat ku terus menghirup udara segar di bumi Tuhan ini
tanah bertuah negaraku Malaysia
masih bebas untuk kita mengamalkan Islam berbanding dengan tanah air seorang sahabatku
Yusuf namanya..
yusuf ialah pelajar postgraduate yg berasal dari tanah besar cina..
panjang lebar dia bercerita kepadaku ttg bagaimana sukarnya saudara seagama kita
di tanah besar untuk mengamalkan islam sebagai cara hidup
namun, kita di sini semakin lalai dan cuai untuk melaksanakan syiar islam yg plg utama, solat berjemaah....(rabbi yassir)
di sana selepas solat tidak dibenarkan berkumpul untuk belajar agama
tapi di surau kolej ini, dia gembira kerna org islam bebas berkumpul untuk meneguk sedikit ilmu tanpa halangan..mukanya tersenyum penuh syukur tatkal abg ikhwan menterjemahkan
apa yg disampaikan oleh ustaz...
namun kita x pandai menghargai...mungkin terlalu sukar menghadapi ujian dalam
bentuk nikmat ini..
ah..ramadhan berlalu lagi...tapi aku masih begini..
tertewas dengan bayang2 sendiri
benarlah kata Nabi, jihad yg paling utama ialah jihad melawan hawa nafsu!!!
aku mula memahami maksud tersirat di sebaliknya...
langkahan kaki ini..moga diberkati...

Tuesday, October 7, 2008

Jumaat yg dirahmati..

tok bilal melaungkan iqamah tanda solat jumaat akan dimulakan, habis sudah 2 khutbah yg dibaca khatib penuh syahdu..menginsafkan hati yg mendengarnya...bergema imam memberi arahan, "luruskanlah saf, kerna membetulkan saf itu adalah sbhgn drpd kesempurnaan solat". aku dan yg laennya pun tergesa2 bangun dan memenuhi ruang saf yg kosong...
aku bersolat dgn cuba ku mengkhusyukkan diri mengikuti imam (bukan senang sebab solat jumaat hanya hadir sekali seminggu), kesempatan ini perlu ku rebut semahunya..
imam membaca surah al-A'la pd rakaat 1 dan al-Ghasyiah pd rakaat ke-2 sesudah fatihah, seperti selayaknya dan sunnah Nabi kita..
aku larut dalam alunan bacaan imam, hanyut dlm ku cuba menghayati maksud ayat2 Tuhan itu..
seusai solat, ak mengaminkan doa penuh pengharapan "Ya Allah wahai Tuhan kami kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yg Engkau redhai.."
setelah bersalaman dgn jemaah berdekatan, ak solat ba'diyatan utk menampung kelalaianku kala solat fardhu tadi..
namun dalam sorak sorai jemaah yg berpusu keluar, ku terdengar suatu bunyi, memecah penumpuanku di tempat sujud...
ku ingin tahu..namun ku gagahkan juga menghabiskan sunat yg ku kerjakan..
TATKALA RAMAI MULA SURAI SUARA ITU KIAN JELAS..
gelombang yg menggetarkan jiwa....
ah, aku amat kenali, itu Surah Yasiin dari Kitabullah, sebenar-benar perkataan..
aku melangkah kaki menghampiri datangnya suara itu.....

2 B continue...

Thursday, September 25, 2008

dari meja la phewiit..

syukur ke hadrat Ilahi kerna dapat ku kecapi lagi Ramadhan pada kali ini walau x sesempurna mana...raya lagi 5 hari dan bebudak kolej pon ramai yg dah balik umah,ak termenung sendirian..kebosanan hingga ak terkenang kisah silam(x silam mane pon,crite ttg awal sem itu ari), so biar ak story cket na..
sesi ni (08/09) ak bangga gak la dapat join gerai konvo la phewitt 4th'08
antara projek yg x penah aku join tyme 1st n 2nd year...
lepak kt grai tiap2 malam, pastu pegi pasar borong selayang ngan atong..ni part yg paling best skali, biar aku story sket..
ari pertama p pasar borong xde sape nak volunteer coz mostly junior
so aku yg ade kelas penoh esoknye (isnin) dgn amali pon memvolunteerkan diri ini...dipendekkan crite pasar borong pukul 4:30 pagi 2 terasa macam pukul 10 pagi, punyelah ramai manusia
boleh pulak on da way nak balik 2 ktorang (atong,romong n aku) cocok kereta bomba...
jeng3..skali kreta bomba 2 pon menghala ke UM da,aku ingat um terbakar skali nak tangkap pencuri besi yang nyorok dalam longkang besar depan masjid ar-rahman la...
malam2 mendatang pon sama je
lepak sampai budak2 ni sume balik (dengan muka keletihannye), aku pon sambung keje jadi pak guard kt grai tok jaga barang2 ditemani abang khai
pastu ktorang bosan2 ktorang maen kad
sape kalah kena buat air..
malam last yg esoknye ari sabtu,aku dan atong dah tertido pengsan tapi nasib baek la si apit 2 kejot ktorang pkul 4.30 pagi untok p beli barang basah n kering..fuh kalau tidak ari sabtu 2 memang x beniaga la gerai 4th jawabnye..
aku dan atong yg menjadi gandingan yg mantap skali lagi memecahkan rekod masa terpantas p beli barang(coz dah ari terakhir,dah expert dah) siap sempat pegi NSK lagi beli roti...
haha,cakap pasal roti ni teringat plak aku dengan roti canai gerai PERMADAH yg dah bukak seawal 7.05 pagi setiap hari..
pompuan dol, pompuan yg tebar roti canainye (2 yg ak slalu beli tiap2 pagi sebelum sapu samapah kt depan gerai)
makan sambil menunggu kehadiran syift pertama budak 4th yg x kunjung tibe kerna dah balon abis kaw2 nye malam tadi..
banyak kenangan pahit dan manis yg ditempuhi bersama dalam projek 'tangkap muat' ni
susah senang bersama dapat mengeratkan hubungan kami...x pernah lagi ak enjoy mcm ni run mane2 projek (iye ke..?) b4
lastly, thanx 2 apit yg jdi pengarah yg spoting abis...tidak lupe juga kepada abang li yg sudi menjadi tukang masak skali gus key player dalam la phewiit dis tyme...
forth college........yyeeezzzaaaa!!!

Wednesday, August 20, 2008

akhirnya hajatku tercapai jua..

a'kum..hahaha..menjelang sudah malam diganti dengan siang..maha suci Tuhan yang menciptakan langit kokoh tidak runtuh, akhirnye aku yang pemalas tahap dewa nak menaip ni berjaya meloloskan diri dari jerangkap samar2 yg selama ini menyelubungi sanubari aku..hoho,merdeka dah dekat tapi x terasa kehangatannye kerna kondisi politik di negara ini lebih panas (bagus la boleh jimat kos nak beli bunga api)..aku pon merdeka dengan berjaya mengcreate blog sendiri...abis selama ni asyik baca blog orang laen jer, mane nak tahan...hah skarang ambo nak solat zohor dulu, jap lagi nak kuar dengan abang ijan,opss..silap2 anas farhan tajudin..c ya