Showing posts with label luahan rasa jiwa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa jiwa. Show all posts

Monday, May 30, 2011

ape dah jadi kosmo? belia 1 juta?

yang ni adalah komen yg di print skrin dari fb...










......Untuk futsal pulak, jadual pertandingan berubah-ubah dan tak tetap (sebenarnya diorang nie ade buat jadual/perancangan ke tak?).. Seolah-olah penganjur tak membuat persiapan dan perancangan teliti. Pasukan futsal KICKERS MALAYA yang disertai kawan-kawan aku telah bertanding untuk kategori LARUT MALAM, tapi mereka hanya dapat bermain pada TENGAHARI esok nya !! LARUT MALAM kah itu?

4. Kasihan pulak aku tengok banyak peserta-peserta futsal nie berbaring bergelimpangan di sekitar kawasan futsal..sebab menunggu giliran mereka yang agak lambat.. Mungkin ada peserta yang pernah join pertandingan sebelum ini dan tahu tentang keadaan tu, jadi diorang dah bawak khemah awal2 lagi dan berkhemah sekitar kawasan futsal tuh. Penganjur patut sediakan kemudahan yang lebih selesa kepada peserta-peserta nieh..Bukan sikit, berbelas ribu peserta yang datang..tup tup, kena tunggu giliran macam bangang! haihhh...

5. Kemudahan toilet sangat teruk..surau? Tak nampak pun.. Waktu azan pun, pertandingan masih diteruskan seolah-olah tak ada apa-apa berlaku.. Semasa waktu sembahyang Jumaat, ramai lagi yang bersepah kat tempat pertandingan tanpa ada rasa segan atau malu sebab tak pergi sembahyang Jumaat.

Perkara yang sama berlaku di tengah-tengah Putrajaya di mana berlangsungnya HARI BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN. Jalan-jalan utama ditutup, semua tengah sibuk bersiap untuk sambutan tuh. Signboard arah ke MASJID langsung tak kelihatan !! Padahal bukan nye tak tahu, orang dari seluruh Malaysia datang ke Putrajaya nieh, tahu ke diorang nak carik arah ke masjid? Ape tah lagi dengan banyak jalan yang ditutup?

Oh, ramainya BELIA yang TAK PERGI SEMBAHYANG JUMAAT....TAHNIAH laa di atas penganjuran HARI BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN nieh !! Congratz sangat !

6. Super Junior? Okeh, aku tau konsert free, dan tahu-tahu jer la konpem ramai BELIA-BELIA khususnya GADIS-GADIS yang datang ke konsert SuJu nieh. Tanak komen pasal tuh.

7. Tengok Final UEFA Champions League di Dataran Putrajaya bersama PM?? Ribuan orang datang untuk tengok di screen BESAR kat dataran tuh...hakikatnya, takde la besar sangat screen nye pun.. Besar projektor kat kedai-kedai mamak je kot..? Tanak komen lebih-lebih pasal bab nie, bahaya.

Sekian dahulu dari saya, renung-renungkan dan selamat beramal

Rating Rentap Futsal KOSMO :

Tahap Keterujaan : 3/5 (Masuk Malaysian Book Of Records tuh weh !)
Tahap Perkhidmatan : 1/5 (HAMPEH !)
Tahap Pengurusan : 1/5 (HAMPEH v2 !)
Tahap Keselesaan : 0.5/5 (HAMPEH v3 !)
Tahap Kualiti : 1/5 (HAMPEH v4 !)
Tahap Kesedaran : 0/5 (Signboard mana? Surau mana? HAMPEH v5 !)
Tahap Berbaloi : 0.5/5 (Buang masa, tenaga, duit, semua pun buang, HAMPEH v6 !)
Tahap Nak Datang Lagi : 0/5 (Klau camnie la gayanya, tobat taun dpan taknak join dah ! HAMPEH v7 !)
Tahap Kebengangan/Ketakpuasan hati : 5/5

Keseluruhan : 0.5/5

sumber ciplakan dari http://areev19.blogspot.com/

Wednesday, March 23, 2011

MENERJANG BADAI






Hari ini perasmian buku baru tulisan u.ridwan m.n yang dirasmikan oleh ustaz A, seorang MB..19/2/11
KARYA yang diberi judul menerjang badai yg asalnya berharga RM20 dijual semurah RM10
maka mcm pisang goreng panas lah sambutannya...
teringat aku kisah 4 tahun lepas
"ustaz2, berapa harga buku ni?" tanyaku
"RM 15 " balas ustaz walau tercetak di belakang buku itu RM18
" ANTA STUDENT KE?"
"ya ustaz, saya belajar di UM ni"
"mengaji bidang ape?"
"saya ambil biology je ustaz..."
"ohh..,kalau mcm tu sepuluh ringgit sudah la" ustaz membalas sambil menyebar DAKWAH SECARA HALUS

LAMUNANKU TERSENTAK dek zikir munajat pada tengahari itu
hasbirabbi jallallah....

hari yang terik pantas bertukar redup, angin sepoi2 bahasa berpuput singgah di muka
di satu sudut ruang jalan di hujung sana seorang gadis kampung berjalan kaki bertongkatkan payung, mahu ke pekan mungkin..
aku merenung jauh jauh sawah bendang menghijau di depan mata yang dilatai bukit bukau yang mengunjur dari selatan ke utara, sambil alveolusku meratah banyaknya udara yang aku hirup dalam2...

Subhanallah, alhamdulillah...
di bawah sepohon kelapa muda yang boleh aku gapai pelepahnya dengan tangan, aku DUDUK MENULIS, di atas busut tanah beralas kotak kertas minuman..sambil aku mendengar dan memerhati

Di dalam dewan yang dahulunya pusat bantuan mangsa banjir sudah dipenuhi pemuda2 dari segenap pelusuk tanah air
di luar terik mentari kembali menggigit kulit dan merangsang pigmen mereka yang berjual beli...

Allah, allah, allah ya allah....
tasbih diselangi dengan pengumuman kontijen2 yang datang..kali ini pemuda dari wakaf mempelam pula diminta berkumpul di pintu utama dewan
Jam di telefon bimbit tepat menunjukkan 1.24 tengahari, bermakna lagi 9 minit memasuki waktu zohor

seorang pak cik berdekatan menghembus perlahan asap rokok daun ke atmosfera, menghasilkan gerakan brown, air di parit mengalir perlahan mengapungkan botol plastik minuman yang terjatuh, di sudut tempat gadis kampung berjalan tadi 7 remaja membuat halaqah..
aku mengambil keputusan bangun untuk berwudhuk..
hingga azamku berbelah bahagi tatkala melihat saf2 panjang berbaris dan langkahan kumatikan di khemah selangor, bertemu semula ahli2 konvoi

ALLAHU Akbar....
Azan bergema di pelusuk kota sarang semut ini, menggetarkan gegendang telinga dan hati yang takut pada Tuhannya...bayu kembali menerpa, meliuk lentokkan lelalang di pinggir batas, bendera yang dipacak di tengah bendang juga berkibar kencang

kerana terlalu ramainya pemuda di bawah naungan langit luas yang barakah itu, ketua rombongan mengambil keputusan mengumpulkan pulang dahulu
sambil berkumpul, Qamat dilaungkan muazzin..
seornag petugas tuan rumah juga PEJUANG agama Allah yang tempang kaki kirinya terkial-kial mengutip sampah yang bertaburan di sekitar kawasan khemah..
seorang pemuda gagah menghulur bantuan membantu meringan beban

sewaktu kami beransur pulang masih ramai lagi yang beratur untuk mendapatkan gulai..

HIMPUNAN 3OK kami tinggalkan...

Sunday, March 21, 2010

membina keyakinan diri...


last weekend aku dipelawa untuk menjadi moderator forum...
aku tidak menolaknya..
ahhhh..betulkah itu bukan aku yang aku..
aku yang aku sekarang tak suka buat 'keje2' mcm nie..biasanya la kalu diminta i'll refuse the request like dat...
walaupun tidak aku nyatakan persetujuan...erm...perlukah mengubah polisi diri sekali sekala??
dulu, bukan x pernah pegang microfon..
skolah rendah johan bercerita tyme darjah 4, kisah nabi nuh..tapi aku dah cakap awal2 x nak wakil sekolah kalu menang, pastu ustazah tyme tu paksa gak aku pi bertanding, soh naik van ngan pakcik parlan (tukang kebun skolah yg. mmg otai) utk pi bertanding..
konon mewarisi bakat akak aku la..
tapi...
aku telah menumbuk ustazah yg memegang lenganku kala itu (minta maaf ustazah walau di mana kau berada, walau namamu tidak ku ingat tetapi wajah kecewamu x pernah ku lupa,hahaha..)
x sakit pun aku tumbuk, time tu kecik lagi, ustazah pulak pakai baju berjela-jela..
aku plak terus ke padang nak main bola ngan kawan coz waktu tu waktu PJK

"ko x pegi ke fit?"

"ah, malas la aku..baik main bola"

dua tahun berselang, aku darjah 6..
kali nie kena wakil skolah dalam pidato piala diraja pulak..
nak x nak kena gak terima ajakan cikgu syaifudin yang garang tu..aduih nanti dia repot kak mak aku susah la, dah la rotan membe aku yang isap rokok selambe jer..
dah kantoi,(padan muka darjah 6 dh isap rokok kt skolah sape suruh?)
training punya training,
tup2 hari pertandingan dapat undi pertama da aku...cis, tangan cikgu memang xde 'ong' la cabut undi tadi...
ape lagi, lintang pukang gak la isi aku, lagi2 time bahagian 'pidato spontan'
erm..
skolah menengah..terlalu ramai budak2 yang power, dah nama pun skolah asrama..
tapi ade gak la aku try siket2 join forum, pantun, dan bahas..tapi x wakil sekolah la..
lagi best main takraw & bola keranjang, kalah tapi puas....
paling best dah mendebarkan jiwa..jadi hero plak dalam video klip 'up town girl' and 'all or nothing'...pergh, dak2 ni memang nak kenakan aku la..bagi alasan nak fokus dalam pertandingan inovasi reka boat solar la..hape la..
last2 aku gak yang jadi presiden kelab fizik...
next level..
kat PLKN plak terjadi pengarah sketsa..dah semua mati kutu, buntu idea..
sketsa nak kena persembah petang, pagi tu group BRAVO x de pape lagi...
masuk pulak UM...
aku lagi suka jadi krew teknikal..
hah, 1st year dah jadi 'mangsa' senior2 rakam ucapan NC, dato' rafeah salim, aku rasa itulah ucapan dia yang paling best dan paling x boring yang pernah aku dengar
ye la, ade suruh rakam sejam xguna stand...terpaksa lah aku fokus...
dll ade la........malas nak story..
so macam mane, terima ke tolak???
kawan2 seangkatan, sebaya..
dah keluarkan kertas kerja, jadi motivator untuk warga emas, dijemput bagi kuliah di sekolah, tubuh konsultan, daftar syarikat, daftar ngo...
erm, skali sekala ape salahnye kot..hehe belum cuba belum tau...

Friday, February 12, 2010

Nilai Sekeping Gambar Perempuan..

berteka teki tekuk aku semasa mengikuti pengajian kitab feqah...
boleh ke simpan gambar perempuan dalam dompet dengan alasan saje2?
kalau gambar mak atau family boleh la kot...
x per..sebagai langkah berjaga2, aku buangkan jugak gambar 'si dia'
dan juga kertas seringgit lipatan berbentuk hati dengan nota yang tercalit dari dalam dompetku..

"fit,
tolong amikkan gambar beberapa orang dan beberapa tempat di blok lelaki" pinta Ayu (bukan nama sebenar)

"haaahh"

"boleh x ni fit?"

"eh, boleh2 xde hal la, kawan2 kan.." balasku bersahaja

"tapi...fit jangan tengok tau isinya..ada gambar2 ktorang dalam bilik"

'"hek elehhh, transfer la dulu dalam komputer..nanti aku 'ter'tengok kang payah pulak"

"ala..xpe la..ayu percayakan fit"

sambil menghulurkan kamera digital sony 8.0 MPnya kepadaku, ayu berpesan semula
"jangan tengok tau fit, ni amanah yea"

"ok2,baiklah cik ayu.."bagai nak x nak sahaja aku membalas

tugas yang begitu mudah dan ringan sahaja bagiku yg memang meminati hal2 teknikal ini,
tapi satu amanah yang berat la untuk aku tidak menekan anak panah ke kiri dalam mode 'saved pitcure' kamera minah nie..
ye la, nak amik gambar kena la godek2 dulu kamera..dah tau funtion baru la boleh dapat gambar yg. terbaik..
kerja2 mengambil gambar aku buat sepantas mungkin, bilik demi bilik individu yang dikehendaki aku datang..mane yang terbongkang tidur lagi atas katil aku candid je gambar dorang, nasib la kalu masuk internet pon, haha..xde keje lain ke hujung minggu selain tidur..

memberi barang amanah

petang itu aku on da way nak ke padang untuk bermain rugbi
nak pi padang kena lalu blok ayu..so aku decide nak pass je kamera dia ni, malas aku nak pegang lama2 barang orang...dah la ada 'benda' berharga dalam tu
ttuuttt,ttuutt..tuuttt, telefon berbunyi dan mesej masuk..
"ok, saya tunggu depan blok sekarang.."

dengan memakai t-shirt smss10 2003, aku berjalan ngan kawan2 ke padang, kali ni aku melencong siket amek jalan jauh..

"aku ade hal siket la bro, korang gerak dulu.."

"hah, fit..sini la" ayu memanggil aku

"nah, saya dah amik sume gambar budak2 nie..dah la nak pi padang"

"eh, nanti dulu..gambar fit ade x?"

"ish, mane la ade, mcm mane pulak nak amik gambar sendiri, kata jangan bagi sape2 pinjam"

"erm, xpe la, biar ayu tangkap gambar fit skarang, kejap je.."

"eeehhhh, kenapa gambar ni mcm senget jer, cuba ambik skali lagi ayu" pintaku bila aku check kt screen kamera gambar yg. dia amik tu x berapa bagus.

dan... sekali lagi, gambar yang lebih kurang sama ayu tangkap..
'eerm, nak buat macam mane, kamera dia nie' gumal aku dalam hati, dan tiba2 baru aku terperasan persamaan kedua2 gambar yang ayu tangkap dan kaitannye dengan pakain aku pada petang tu..
aku hanya berseluar 'short basketball' sahaja..short team 'shark' waktu aku kt skul dulu, memang aku suka pakai buat maen..
walau short tu bawah lutut, tapi..hehe,

dipendekkan cerita, malam tu layan mesej la aku ngan minah tu dari tengah malam sampai la ke subuh...
dia study, pasal minggu tu study week,aku pulak melepak ngan kawan2..
antara mesej terakhir aku,
"ayu, kamera tu amik la gambar fajar sodiq..cantik tau waktu2 sebelum subuh nie, nampak gambar kubah masjid berlatarbelakangkan cahaya kekuningan itu"
"nanti bagi fit tengok ye gambar tu"

ddaaa......

Wednesday, February 10, 2010

Muslimat yang solat disebelahku...



salam.......
Tyme aku kecik2 dulu pas balik skolah, mak aku (mak cik yang bela aku) suka sound aku
"jangan lalu tepi orang perempuan yang tengah sembahyang"
atau
'jangan masuk bilik waktu mak tengah sembahyang zohor"
itulah kata2 mak aku yg slalu dia cakap..
tapi...aku slalu x ikut coz aku nak cross blakang dia nak salin baju untuk pergi sekolah petang pulak (fardhu ain)
buat ape nak cepat2 pi skolah agama??mestilah jawapannye kalu datang awal bleh maen ngan kawan2 dulu..
ustazah masa aku darjah satu pulak pernah pesan..bila orang laki2 sembahyang, orang perempuan jangan ada kat depan atau lalu depan laki2 tu (yg boleh dilihat la..
erm...bila dah besar baru aku faham akan maksud ustazah tu...
kisah waktu aku remaja dulu...
di satu tempat bernama PUDURAYA..
setelah aku dan kawan2 lain turun dari bas yg datang dari selatan tanah air...
aku membawa diri mengikut langkahan kaki..
pape pon aku tuju surau dulu, nak lepas penat n terus solat asar..
lepas solat asar kt tingkat atas, aku pun cepat2 turun balik nak cari siti (bukan nama sebenar), aku memang dah nekad, kali nie mau x mau aku kena ayat gak minah ni sampai dapat..hehe
siti yang juga turun bas dari selatan tanah air nie rumahnye satu daerah je ngan rumah aku..cadang nak naik bas sama2 dari pudu sambil aku luahkan rasa hati ini..hihi
pusing punye pusing wajah siti x kelihatan dalam gelora lautan manusia yang meramai tu..
aleh2 bila aku panjang2kan leher tetiba terperasan pulak NUR ada di hadapan aku..
maka bermulalah bibit2...ops silap, bermulalah perbualan kami
"nur, siti mana?" tanyaku dengan dahi berkerut
"oh..siti dah balik tadi dengan Su, diorang amik bas ke klang" balas nur

"fit tak balik rumah ke?"

"eh,mestilah..ni nak balik la nie, nur?"

"erm..sebenarnye nur patut balik ngan bas ekspress,tiket pkul 5 ptg,tapi bas tu dah terlepas la fit.."

'la, mcm mane boleh terlepas pulak..ish"

"xpe la..nur balik naik bas lompat jer, nur amik bas ke kuala"

"oh, ok la kalu camtu"

perbualan terhenti seketika, aku pergi ke kedai memilih limpahan komik yg tersusun di kedai buku...

"eh, buat ape lagi kt sini nur?" tanya aku

"eh,saya tunggu bas ke kuala la"

"la kat sini bas nak pi singapore n JB jer..tunggu kt depan tu la nur..mari la saya temankan"

"eh, rumah fit pun kalau lalu kuala boleh sampai kan? ape kata fit temankan nur je, kita balik sama2"

bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, SITI terlepas dapat pulak NUR

"mmm..boleh tu boleh la, tapi jalan jauh, kena patah balik siket nanti..ok lah x kisah pun" jawapan yg mungkin menenangkan hati nur, agaknye dia mmg x biasa naik bas lompat nie...

dipendekkan cerita, dalam bas..

"fit dah solat asar?" tanya nur

" dah la, nape tanya?"

"tak la, nur x solat lagi ni, nak solat sekarang la"

"sekarang?erm,dalam bas nie..kenapa x solat kt puduraya je tadi?kan senang."

"erm..tadi nur naik ke surau, surau mcm tengah renovation, so nur ingat surau tutup, bila turun bawah pulak dah terlepas bas, pastu su n siti mesej yang dorang dah naik bas, pastu nasib baik terserempak dengan fit tadi"

dalam keadaan trafik kat kay el pada petang itu, bas pun macam jalan x jalan jer..
nur menghulurkan aku walkmannye untuk aku dengar sambil dia ingin bersolat..
dalam walkman tu ada keset indigo or ruffedge yg memang tyme tu aku x layan..
tyme tu layan lagu mcm Blink182, System, Good Charlotte dan yg sewaktu denganye..
ruffedge...layankan je la...pelik jugak dalam hati aku, minah yg baik ni layan ruffedge, aku ingat ade kaset in-team ke nasyid pape...haha, x kisah la yg penting nur fikir benda ni dapat mengalihkan penumpuanku darinya..mungkin..

bagi aku, tudungnya cukup labuh untuk dia solat..

"nur dah amik wudhuk tadi kt pudu, skang nak solat, fit jangan pandang tau!!"

nur yg duduk disebelah kerusiku dibahagian dalam memberi 'arahan'

"baik lah" jawabku jujur kali ini..

entah berapa lama dan ketika, berapa lagu yg sudah ku dengar, namun yg pasti jarak perjalanan baru sedikit kerana kesesakan untuk keluar dari kawasan lembah kelang ini.

"fit, terima kasih tau.."
tiba2 suara nur memecah gegendang telinga ni.

"oh, dah habis solat ya.."jawabku..

"dah, alhamdulillah....terima kasih la fit"

aku memang x tengok dia solat tadi, x elok rasanya pandang anak dara orang solat, walaupun dia hanya duduk di atas bangku..erm, jeling pun tidak (erm,nafsu kata 'rugi jugak' x jeling, dia bukan perasan pun kalau aku jeling)
lagi pun kerusi yg aku duduk tu dah rosak siket, x boleh nak tegak..
so sepanjang perjalanan yg mengambil masa lebih 2 jam tu aku mmg x pernah bersandar..
kalu aku bersandar nanti dia x selesa pulak coz aku boleh pandang dia dari sudut yg lebih menarik, haha..
perbualan berterusan pada hal2 semasa hingga bas sampai ke kuala selangor tanpa aku bertanya mcm mane kaifiat dia solat tadi, nak tanya segan plak coz aku ni sape la..
nur tu pulak ala2 muslimat gitu, Muslimat yang solat disebelahku...

Tuesday, February 9, 2010

Wanita Bertudung & Futsal..



teringat aku awal tahun 2010 nie...event yang membuatkan aku sibuk dan mensibukkan diri ini dengan perkara2 duniawai (menurut pandangan sesetengah)
sukmum 2010...
tyme tu final futsal kategori garls, 5th college yg diwakili player UM menentang 6th college yg maybe dak2 medic. yg bertudung...dan berseluar panjang of coz..
walau team wanita bertudung ni kalah 5-0 kepada lawan, mcm NIZAR vs zambry or porstmouth vs MAN U....tapi dorang tetap menang sorak...
persamaan NIZAR vs zambry dan porstmouth vs MAN U ialah di mana man u menang malam tu dengan 3 own goal yg. dijaringkan pihak lawan sendiri, manakala bagi kes perak nie ada 3 katak yg. x boleh dipercayai mempengaruhi keputusan mahkamah...haha
semalam,
pi tengok final rugbi sukmum, seperti dalam ramalan, 5th lawan 12th..
boleh pulak 5th menang besar 29-5 (kalu x silap aku la) walau 12th yg buat try dulu..
itulah, jangan mengaku kalah..
bak kata muhammad Ali la, kenal x sape? THE WILL MUST BE BIGGER THAN SKILLS!!!
ape teruk sangat 12th maen daaa..siap import player dari UKM pun kalah banyak lagi
erm...
semalam juga,
pi pink junction..tengok dak2 maen bowling...double dpt gangsa (shila n nad)
tahniah2...
berbalik semula pasal tajuk...bukan sekali dua aku pernah tengok penudung (wanita yg menudungkan dirinya) bermain futsal..b4 this penah gak tengok pertandingan MASUM futsal di mana USIM pun ade amik bahagian..
dah nama pun USIM, sah2 la bertudung..n 'stailo' gak la selaku pelajar usim dengan armsock yg berbelang2...
actually, pendapat aku wanita x sesuai bermain futsal untuk pertandingan, mayb sebagai riadah boleh kot..ape lagi nak maen rugbi or bola sepak macam mia hem...
perempuan elok la blajo memasak n menjahit baju, nanti senang kalo orang masuk meminang (ini ayat lama da...tapi masih releven)
bukan, bukan bola keranjang juga coz basketball act among the rough game...
so yg sesuai maen bola jaring je la..dan congkak bagi menjimatkan kalori yg diguna pakai..hihi
pape hal pun tudung mesti pakai..
baru la boleh masuk list...

Wednesday, February 3, 2010

sokonglah atas dasar imannnn....


baru malam tadi ada sahabat mengadu yang sudah seminggu wireless UM x berfungsi stat pkul 7.30 malam dan membawa kepada keesokan paginya..
fenomena ini bermula lepas PRK bermula khamis lepas (skang dh khamis balik)
sahabat aku yang taksub dengan internet ni mmg hangin satu badan la, dia ada ajak sape2 yg nak join dia boikot pengarah baru PTM...(katanya gaji mahal tapi ape pasal perkhidmatan cam haram?)

"kalau nk jimatkan kos,baik potong wireless waktu siang,waktu budak2 pi kelas,mlm orang nak guna"
sungut sahabat aku yg telah 5 tahun bermastautin kt UM nie..

semalam juga keputusan rasmi PRK UM telah diumumkan secara rasminya oleh NC di IPS.. aku x dpt nak join coz sakit mata, dapat MC 3 hari..wahh...mmg terbaik lah doktor tu...
seperti yg. aku jangkakan, tiada perubahan pada result p/raya yg. diumum NC secara x rasmi pada petang khamis lepas dalam DTC sebelum bantahan dibuat...
tapi lawan tetap lawan..haha..sokonglah atas dasar kefahaman dan keyakinan yg. sebenar, cari kebenaran dengan ilmu..insyaAllah Allah bukak hijab bagi kita faham dan nampak yg. hak.

ceritanye hari nie nak menumpang basuh motor kt kolej, tup2 dtg kolej air pulak xde, bukan motor je yg xleh nak basuh, nak basuh muka amik wudhuk pun susah..dah la wireless disekat pada malam hari,
siangnya pula bekalan air seperti dicatu..
ah, lagi baik xde awek dari xde air..xde air susah nak buang hajat hoo..tekak pun kering panas2 buta nie...

arghhh..
dengarlah jeritan batinku..

Rasa menang yang salah
Kerana apa yang kau percaya
Sebenarnya palsu
Dan sihir dunia..
Yang mengaburi pancaindera

Aku dipacat, aku dipecat
Potong rambut, semangat x hilang
Hilang satu, ada banyak lagi
Kalimah Tuhan, ada dalam diri

Bantu orang, bantuan tiba
Hilang fokus, jiwa merana
Aku sudah tiada masa
Xde lain selain usaha
Jangan engkau mengaku kalah,
Mohon kekuatan pada yang Esa.

pape pon doakan saudari Atiqah yg. dah dibedah 3 kali akibat ulser perut diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaan yg. diberikan kepadanya, skarang masih kt ICU Hospital Seberang Jaya, Penang...

Friday, October 2, 2009

Tragedi Oktober ~Gelombang Petaka???

"Tidak sanggup ku ingat lagi'
Apa yg telah terjadi,
tragedi oktober,
sesalan aku hanya untuk mu sayang,
ampunilah segala dosa2 ku..."

lagu percintaan slow rock yg terkenal sekitar penghujung 90'an dinyanyikan oleh Awie

1 Oktober 2009 merupakan episod baru dalam hidup ku,
tidak pernah aku merasa secuak ini, nervous lagi gementar..kerna sebentar lagi aku perlu membuat presentation bertajuk 'PROBLEMS ASSOCIATED WITH BIOREMEDIATION' selama 40 minit di dalam kelas..
gementar ku bersebab kerna baru malam tadi kira2 pkul 11 malam aku baru nak start buat slide show..
gler,ni tindakan last minit yg berprofil tinggi dan boleh dikategorikan sbg kes brani mati!!!
nasib baik la malam tu aku boleh stay up sampai subuh (itu pun x siap lagi), nak present pkul 11 pagi..
dalam hati aku ini berkocak satu macam perasaan coz x prepared sangat,aku pun mula berfikir nak cakap ape dalam bahasa inggeris yg saintifik selama 40 minit depan lecturer yg x boleh aku nak kelentong faktanya, dan depan kawan2 yg junior (pasal aku extend)..
bak kata orang kampung aku..I have butterfly in my stomach..
ALHAMDULILLAH coz presentation hari 2 berjalan lancar...

sehingga habis kelas,aku tidak menyedari apa yg berlaku di sekeliling, di bumi Tuhan yg lain..
rupa2nya gelombang 'itu' datang kembali..
dengan kali ini berpunca dari gegaran pada 7.6 skala ritcher...
lebih seribu dijangka terkorban (assumption)
3 ribu lagi masih terperangkap di bawah runtuhan, hampir 800 orang dilapor meninggal (latest),
gelombang TSUNAMI itu hadir betul2 sehari sebelum memasuki bulan OKTOBER..
aku terus teringat rakan baik ku yg belajar di Padang sana,selamatkah dia???
aku terkesima...
x terkata dibuatnya...
terlalu berat ujian ini untuk diterima sesiapa sahaja..sesiapa sahaja..
di sini Tuhan menunjukkan betapa Maha Kuatnya diriNya..
di mana dia genius yg boleh terbang ke angkasa?
di mana orang yg mampu membina bom nuklear?
di mana manusia yg konon mampu meramal cuaca?
mana dia ketua saintis dunia?
mana ahli falsafahnya?
mana manusia yg berjalan sombong atas dunia ini???

inikah dia 'keadilan Tuhan'?
atau gelora petaka ini hasil dari tangan2 kita sendiri..
adakah masih ada lagi pintu taubat untuk kita???

HUSNU ZAN..
bersangka baik lah..
"terutama bersangka baik itu adalah kepada ALLAH...jangan kita bersangka buruk kepadaNya, kita perlu OPTIMIS dalam TAWADHUK, yakin amalan,doa dan rintihan kita didengar olehNya.."

kata2 ustaz haji Salleh dalam mengupas isi kitab pada malam jumaat itu(1 okt 2009) terngiang-ngiang di telingaku...

Masjid Ar-Rahman
tempat persinggahan terbaik
tempat menadah meneguk ilmu
tetap teguh kekal
hasil perjuangan insan terdahulu
megah melahir pembela agama

ahh..
aku terkeletihan yg amat..
terlelap layu..
sebentar kemudian azan isyak melagu merdu...

Gelombang yg Menggetar Jiwa..

continue from 'jumaat yg dirahmati' posted oktober 2008.

TATKALA RAMAI MULA SURAI SUARA ITU KIAN JELAS..
gelombang yg menggetarkan jiwa....
ah, aku amat kenali, itu Surah Yasiin dari Kitabullah, sebenar-benar perkataan..
aku melangkah kaki menghampiri datangnya suara itu.....

suara itu, dan lagunya, dengan lenggok suara..dan yg paling penting BAIT-BAIT perkataan yg dilafazkan itu..indah, sungguh indah, terlalu indah..
tentulah, kerna itu adalah KALAM TUHAN, tiada siapa mampu sebandingnya.. (rujuk al-Quran m/s 5)

lelaki itu separuh umur,berjubah putih berjanggut tipis panjang sejengkal..duduklah dirinya bersimpuh di atas jalan tar di bawah terik mentari jumaat itu..
di hadapannya dibentangkan kain putih untuk siapa yg ingin menghulurkan 'saham akhirat' masing2..

ada yg melihat,ada yg menghulur dan ada pula yg kurang percaya..bagi aku, aku terus memerhati keadaan itu..SUBHANALLAH, sungguh hebat MUKJIZAT ini, dapat ku rasakan tempiasnya..
benarlah janji Allah, inilah mukjizat ila akhir zaman..benarlah kata Nabi, inilah kitab yg terpelihara, jadi panduan hidup para ummat, pasti tidak tersesat!!!

Hati ku tersentuh kala telingaku menangkap bait-bait bicara sang pembaca,gelombang bunyinya memecah rehat gegendang telingaku, lalu menghantar IMPULS ke otak ku lalu mentafsir..

dengan secara spontan, aku bernafas dengan menyedut nikmat udara percuma yg dikurniakan Tuhan,
sampai ke alveolus,diserap ke dalam saluran darah terus menghantar ke otakku, sesampainya di otak, udara yg ku kenali sebagai OXYGEN itu pun meresap ke dalam sel2 otak untuk sel2 itu BERESPIRASI, bila terdapatnya ATP sebagai sumber tenaga langsung dari pembekalan oksigen itu,
barulah otakku dapat berfungsi dan mentafsirkan GELOMBANG itu tadi..

baru ke sedari betapa peri pentingnya wujudnya makhluk bernama gelombang..
walau aku,kau dan semua orang pun tidak namapak..namun dia tetaplah makhluk (creature) yg ta'at menurut perintah Tuannya (the Obligate Creator) atau Wajibal Wujud, Allah pencipta alam..

semua makhluk di dunia ini bertasbih kepada Allah,cuma insan sahajalah yg selalu leka dan alpa
semut umpamanya, merembeskan bahan kimia untuk berkomunikasi, juga mengetuk sarang menggunakan ekornya untuk memberi isyarat
begitu juga halnya dengan lebah, terbang dengan mengalunkan 'TARIAN' indah (round dance) dan sebagainya bagi menyampaikan gelombang informasi..
termasuk juga MAKHLUK HALUS seperti bakteria, yg berkomunikasi melalui QUARUM SENSING (rujuk wikipedia kalau x tahu dan ingin tahu)
tidak ketinggalan bukit bukau,gunung ganang,batu batan dan bintang di langit,
semuanya bertasbih, cuma kita manusia yg tidak mendengar gelombang tasbihnya (rujuk al-isra':44)

Tuesday, September 29, 2009

Theory of the Soul


Mighty Creature,
Tiny Chemical Processors,
With Unlimited Powers,
Working Together
To Clean Up
The Messed of Man

THERE ARE EVERYWHERE!!!
juz like a woman...huhu
but woman are more powerful,they are 'reactive substance' to me
me which is a 'GUY' in my 'DNA FINGERPRINTING' card,like ID card..

but these creature is very2 small,
til i can't see with my naked eyes (plus my glasses also [-430])
so dat do the 'GRAM STAIN' juz to be able to know their 'charge' +ve or -ve, remain PURPLE or chance to PINK in colour..
dats only after 10 times 100x of microscopic by 'OIL IMMERSION' helps
buts...

it justificallly can't be compare to da heart of mine...
when SHE 'rejecteed' me at dat night...
still i remember dat 1.30 a.m in the morning of 17 Ramadhan
with juz a 'simple' telephone message, she leave me here nothing at all
however,still 'ok' coz dats is malam NUZUL QURAN...

2 b c...

part 2

my 'holy intention' is/are/was (aku pun xtau lah,dh pening kepala ni) juz ignored by her INSTINCT which turn off the REALITY..
her beautiful mind no more tally to my relevent thinkering

feel solitary again and again..like thermous aquaticus dat live in deep sea...very deep,no light,very silent..

she become no more who i recognize herself b4..unpredictable..dangerous like ebola or nipah virus in BSL-4 laboratory standard procedure...
she is stranger,new person...such as 99% others m/o that haven't found yet in dis colourful world with unthinkable application maybe...
nobel bacteria..
but thats not her fault,totally not for sure...
not also the fault of anthrax spp. in the letter...
maybe someone else,something else..
juz beware of THEM!!

Monday, February 2, 2009

salam saya kembali berblog..

pertama
perbetulkan niat@nawaitu datang ke universiti malaya ni (hehehe,kalau x pernah pasang niat,pasang sekarang pun sempat lagi kot)

semua kerja
semua amalan
semua projek
semua study
kita niatkan ibadah hanya kepada Allah..

coz dunia ni ada konsep "mengambil hasil" mcm hadith nabi

ad-dunya mazra'atul akhirah which mean dunia ni ladang bagi akhirat
yg mana kt akhirat la nanti kita nak tuai hasil, nak petik buah amalan or ibadah yg kita buat kt dunia ni

kalau banyak yg baiknya,so banyak la ganjarannya

hhmm..

ada orang yg beramal@beribadah kerana :-
1) inginkan syurga Allah
2) takut akan azab neraka Allah
3) mencari redha Allah semata-mata(lillahi ta'ala)

jadi ketiga-tiga ini betul...
cuma yg pertama dan kedua itu mcm kita ni anak kecil yg takut akan perintah bapanya
kita buat sesuatu itu kerna dapat ganjaran atau ayah belikan gula2...kita tinggalkan sesuatu itu sebab takut kena pukul@rotan dengan ayah...begitulah seerusnya...

tapi kalu yg ketiga ini adalah yg terbaik sekali
seperti kata2 kita dalam doa iftitah "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah Tuhan sekalian alam"

ok la..
x bleh tulis panjang2...ni pinjam desktop pian ni(pian sedang tdo)
nanti wa story lagi (fuh lega dapat tulis blog setelah sebulan x update)

kalu lu orang nak tau crita wa tyme pilihanraya kampus ari 2...lu orang bukak la blog wa yg lagi satu ni..

www.clunkbadboy.blogspot.com

Friday, December 5, 2008

iman strength vs cigarro..





salam sahabat2 sekalian...
segala puji bagi Allah yg tidak akan gugur walau sehelai daun di muka bumi ini tanpa pengetahuan-Nya...

hari ni nak share sket ttg story perasaan seorng smoker...

ade la sorang mamat ni, muka nampak baik2 jer tapi sebenarnye dia ni dah jadi smoker selama 7 tahun. bila saya tanya kt dia kenapa dia merokok, dia x dapat nak jawab soalan 2...

"jadi ape gunanya awak merokok kalau awak x tau ape sebabnye?" saya bertanya

mamat 2 termenung seketika..kemudian dia membalas persoalan saya dengan nada yang tenang

"saya mmg la x tau reason saya merokok, tapi saya x bangga yg saya ni seorang perokok. awak tau ke mcm mane caranya nak berhenti merokok ni, faham ke perasaan saya yang fight very hard to stop smoking??"

saya tergamam mendengar hujahnye...

mmg saya ade membaca sajak rekaannye yg lebih kurang begini la..

now i cannot smoke
i lose my lungs
i'm breathless and speechless
coz i luv U not enough
oh ALLAH the most merciful....

mamat 2 dan saya tahu yang dia dah banyak kali cuba berhenti merokok namun gagal di tengah jalan..
ade 7 jam, 2 hari, seminggu, sebulan setengah...tapi akhirnya smoking semula...

antara kejayaan mamat 2 yang saya tahu ialah pada bulan pose yang lepas, dia berjaya hanya menghisap 3 batang rokok jer sepanjang sebulan puasa means equal to 30 days..
mamat 2 ade cakap pada saya

"Allah, hebatnye bulan Ramadhan ni, aku diberikan kekuatan olehNya untuk menahan diri dari merokok...bila nak sampai ramadhan berikutnye,rindunya aku pada rahmatMu ya Allah...."

ready 2 QUIT & be a CHAMP!!!!!

95% of people who try to quit without any help, were unsuccessful. The average smoker takes about 5 to 7 attempts to quit before putting out the cigarette for good. So even if at first you don't succeed, learn from your previous attempts, then try and try again.

ayat di atas menjadi motivasi kepada mamat ni nak berhenti merokok

tapi masalahnya dia termasuk dalam yang 95% 2 coz mmg xde sape nak help dia untuk stop..
why dis happen??
becoz kawan dia yang baek2 ni pun xtau yg dia ni smoker,so cmane nak tegur..kalau nak suruh member2 yg satu kepala,yang sama2 smoker nasihat soh berenti,sampai ke tua la jawabnye xde..

Studies have shown that quitting with medication and support from doctors, pharmacists and LOVED ONES will significantly increase your chances of quitting successfully.

kenapa Allah memilih seseorang itu menjadi perokok?
adakah Dia x sayangkan individu itu...

kata sahabat saya
Allah Maha Pengasih dan Penyayang atas setiap hamba dan makhlukNya including manusia skali la...juz cuma manusia itu yang tidak meletakkan prioriti dalam jiwanya untuk mencintai Allah sebagai yang paling utama

so,kalu macam 2,in case of mamat tadi how he want to stop smoking kalau kekuatan iman dia masih belum sempurna..??

everybody has their own fight!!!

do u have one???

sama2 kita renungkan...

Saturday, November 1, 2008

permainan jiwa remaja....


a'kum...
x boleh tdo la malam ni...maybe hati ini gelisah,jiwa ni gusar dek terkenangkan exam yang bakal menjelang tiba x lama lagi...
preparation mmg sangat kurang pon
bila fikir2 balik penumpuan yg diberikan dalam kelas sewaktu lecturer mengajar sangat sedikit yang saya berikan
namun kesempatan masa yg ade ini perlu la digunakan sebaiknye untuk membetulkan ape yg silap
bukan fikir pasal perempuan...Allahu rabbi... hati ni lemah betul la,lagi2 kalau xde keje nak buat
so,dengan sibuknye study dapat la mengenepikan bisikan2 syaitan ni yg membuatkan diri ni gatal nak berawek-awek..
ape yg penting dalam keadaan agak tertekan ni....al-Quran janganlah ditinggalkan supaya menjadi pegangan diri...insyaallah sahabat di akhirat kelak..