"Tidak sanggup ku ingat lagi'
Apa yg telah terjadi,
tragedi oktober,
sesalan aku hanya untuk mu sayang,
ampunilah segala dosa2 ku..."
lagu percintaan slow rock yg terkenal sekitar penghujung 90'an dinyanyikan oleh Awie
1 Oktober 2009 merupakan episod baru dalam hidup ku,
tidak pernah aku merasa secuak ini, nervous lagi gementar..kerna sebentar lagi aku perlu membuat presentation bertajuk 'PROBLEMS ASSOCIATED WITH BIOREMEDIATION' selama 40 minit di dalam kelas..
gementar ku bersebab kerna baru malam tadi kira2 pkul 11 malam aku baru nak start buat slide show..
gler,ni tindakan last minit yg berprofil tinggi dan boleh dikategorikan sbg kes brani mati!!!
nasib baik la malam tu aku boleh stay up sampai subuh (itu pun x siap lagi), nak present pkul 11 pagi..
dalam hati aku ini berkocak satu macam perasaan coz x prepared sangat,aku pun mula berfikir nak cakap ape dalam bahasa inggeris yg saintifik selama 40 minit depan lecturer yg x boleh aku nak kelentong faktanya, dan depan kawan2 yg junior (pasal aku extend)..
bak kata orang kampung aku..I have butterfly in my stomach..
ALHAMDULILLAH coz presentation hari 2 berjalan lancar...
sehingga habis kelas,aku tidak menyedari apa yg berlaku di sekeliling, di bumi Tuhan yg lain..
rupa2nya gelombang 'itu' datang kembali..
dengan kali ini berpunca dari gegaran pada 7.6 skala ritcher...
lebih seribu dijangka terkorban (assumption)
3 ribu lagi masih terperangkap di bawah runtuhan, hampir 800 orang dilapor meninggal (latest),
gelombang TSUNAMI itu hadir betul2 sehari sebelum memasuki bulan OKTOBER..
aku terus teringat rakan baik ku yg belajar di Padang sana,selamatkah dia???
aku terkesima...
x terkata dibuatnya...
terlalu berat ujian ini untuk diterima sesiapa sahaja..sesiapa sahaja..
di sini Tuhan menunjukkan betapa Maha Kuatnya diriNya..
di mana dia genius yg boleh terbang ke angkasa?
di mana orang yg mampu membina bom nuklear?
di mana manusia yg konon mampu meramal cuaca?
mana dia ketua saintis dunia?
mana ahli falsafahnya?
mana manusia yg berjalan sombong atas dunia ini???
inikah dia 'keadilan Tuhan'?
atau gelora petaka ini hasil dari tangan2 kita sendiri..
adakah masih ada lagi pintu taubat untuk kita???
HUSNU ZAN..
bersangka baik lah..
"terutama bersangka baik itu adalah kepada ALLAH...jangan kita bersangka buruk kepadaNya, kita perlu OPTIMIS dalam TAWADHUK, yakin amalan,doa dan rintihan kita didengar olehNya.."
kata2 ustaz haji Salleh dalam mengupas isi kitab pada malam jumaat itu(1 okt 2009) terngiang-ngiang di telingaku...
Masjid Ar-Rahman
tempat persinggahan terbaik
tempat menadah meneguk ilmu
tetap teguh kekal
hasil perjuangan insan terdahulu
megah melahir pembela agama
ahh..
aku terkeletihan yg amat..
terlelap layu..
sebentar kemudian azan isyak melagu merdu...
Baba Hussin pondok Dala Fathoni
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment