IMP vs GMP
GMP ialah singkatan dari
Good Manufacturing Process iaitu untuk tujuan kawalan dan pengurusan kualiti makanan, produk farmasi, dan peralatan perubatan.
GMP adalah guideline yang akan menentukan dari segi aspek penghasilan dan mutu sesuatu produk. ianya digunapakai
secara global dan menjadi asas kepada quality control.
apa pula IMP??IMP
[Islamic Manufacturing Practice] iaitu satu komuniti Amalan Pengilangan Islam yang lahir dari cetusan dan satu kesedaran untuk mewujudkan satu
piawaian Halalan Thoyyiba dan jaringan perniagaan berasaskan hukum-hukum syarak Islam yang melibatkan pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.
Hari ini ummah Islam seluruh dunia terdedah kepada produk makanan yang tidak selamat dan mengadungi pelbagai bahan serta kontiminasi haram yang boleh menjurus ke arah kelemahan ummah dari segi akidah, intelektual, kesihatan dan ruhani. Surah Al Baqarah ayat 168 menjelaskan bahawa umat manusia dikehendaki memakan makanan yang Halal Lagi Baik [Halalan Thoyyiba].
IMP tidak hanya tertumpu kepada pemasaran produk, tetapi juga menfokus kepada pendidikan yang bermula dari makanan yang halal lagi baik dan kuliah agama bermula dengan
"kepentingan Syahadah".
IMP meliputi 4 aspek utama iaitu pengilangan, pemasaran, pengurusan dan motivasi.
"
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ” (Al-Baqarah:168).
for more info, please go to www.imp.my
No comments:
Post a Comment