Hari ini
perasmian buku baru tulisan u.ridwan m.n yang dirasmikan oleh ustaz A, seorang MB..19/2/11
KARYA yang diberi judul menerjang badai yg asalnya berharga RM20 dijual semurah RM10
maka
mcm pisang goreng panas lah sambutannya...teringat aku kisah 4 tahun lepas
"ustaz2, berapa harga buku ni?" tanyaku
"RM 15 " balas ustaz walau tercetak di belakang buku itu RM18
" ANTA STUDENT KE?"
"ya ustaz, saya belajar di UM ni"
"mengaji bidang ape?"
"saya ambil biology je ustaz..."
"ohh..,
kalau mcm tu sepuluh ringgit sudah la" ustaz membalas sambil menyebar DAKWAH SECARA HALUS
LAMUNANKU TERSENTAK dek zikir munajat pada tengahari itu
hasbirabbi jallallah....
hari yang terik pantas bertukar redup, angin sepoi2 bahasa berpuput singgah di muka
di satu sudut ruang jalan di hujung sana
seorang gadis kampung berjalan kaki bertongkatkan payung, mahu ke pekan mungkin..
aku merenung jauh jauh sawah bendang menghijau di depan mata yang dilatai bukit bukau yang mengunjur dari selatan ke utara, sambil
alveolusku meratah banyaknya udara yang aku hirup dalam2...
Subhanallah, alhamdulillah...
di bawah sepohon kelapa muda yang boleh aku gapai pelepahnya dengan tangan, aku DUDUK MENULIS, di atas busut tanah beralas kotak kertas minuman..sambil aku mendengar dan memerhati
Di dalam dewan yang
dahulunya pusat bantuan mangsa banjir sudah dipenuhi pemuda2 dari segenap pelusuk tanah air
di luar terik mentari kembali menggigit kulit dan merangsang pigmen mereka yang berjual beli...
Allah, allah, allah ya allah....
tasbih diselangi dengan pengumuman kontijen2 yang datang..kali ini pemuda dari wakaf mempelam pula diminta berkumpul di pintu utama dewan
Jam di telefon bimbit tepat menunjukkan 1.24 tengahari, bermakna lagi 9 minit memasuki waktu zohor
seorang pak cik berdekatan menghembus perlahan asap rokok daun ke atmosfera,
menghasilkan gerakan brown, air di parit mengalir perlahan mengapungkan botol plastik minuman yang terjatuh, di sudut tempat gadis kampung berjalan tadi 7 remaja membuat halaqah..
aku mengambil keputusan bangun untuk berwudhuk..
hingga azamku berbelah bahagi tatkala melihat saf2 panjang berbaris dan langkahan kumatikan di khemah selangor, bertemu semula ahli2 konvoi
ALLAHU Akbar....
Azan bergema di pelusuk kota sarang semut ini, menggetarkan gegendang telinga dan
hati yang takut pada Tuhannya...bayu kembali menerpa, meliuk lentokkan lelalang di pinggir batas, bendera yang dipacak di tengah bendang juga berkibar kencang
kerana terlalu ramainya pemuda di bawah naungan langit luas yang barakah itu, ketua rombongan mengambil keputusan mengumpulkan pulang dahulu
sambil berkumpul, Qamat dilaungkan muazzin..
seornag petugas tuan rumah juga
PEJUANG agama Allah yang tempang kaki kirinya terkial-kial mengutip sampah yang bertaburan di sekitar kawasan khemah..
seorang pemuda gagah menghulur bantuan membantu meringan beban
sewaktu kami beransur pulang masih ramai lagi yang beratur untuk mendapatkan gulai..
HIMPUNAN 3OK kami tinggalkan...
No comments:
Post a Comment