"ustaz2, tadi ustazah suruh pakai baju t-shirt lengan panjang untuk aktiviti petang ini"
aku hanya membuang pandang pada wajah anak kecil seusia 8 tahun itu. Mukanya ku tenung sayu.
Maka berkerutlah dahi
si comel bakal srikandi islam itu..
"Jadi?" aku berbalah tanya untuk merungkai kekusutan di mindanya
"Saya tak ada baju t-shirt lengan panjang kat rumah la ustaz, saya dah bagi tahu ustazah, tapi ustazah suruh tanya ustaz" jujur si genit ini memperjelas
Pulak dah, kita pula ditanya.. Getus hati ku
"erm..begini lah, kalau awak tak ada baju lengan panjang,
awak pinjam lah baju ustazah, mesti dia bagi" aku berbasa basi menjawab usai berfikir sejenak
Makin berkerutlah dahi si cilik ini sambil membayangkan pakaian ustazah yang tentu sahaja tidak sepadan dirinya
"Tapi, baju ustazah besar la ustaz.." ekspresi keluar dari bibirnya
Budak2 kecil pun tahu guna logik akal..adui, macam mana lah nk jadi 'ustaz betul' nie
"Baik, kamu ada armsock x ? kalau ada kamu pakai..lepas tu pakai saje t-shirt lengan pendek kamu tu." sambil aku menggayakan benda yang disarung dilengan itu sebab mungkin ada nama lain, bukan armsock..
Kali ini aku memberi jawapan yang lebih waras namun berisiko.."
ijtihad ekspres" kata orang
"Bole ke ustaz?" si kecil minta kepastian
"Bole jer..Tapi minta izin ustazah dulu, tapi
kata ustaz yang izinkan"
2 b cont. ...
No comments:
Post a Comment