Monday, May 30, 2011

ape dah jadi kosmo? belia 1 juta?

yang ni adalah komen yg di print skrin dari fb...










......Untuk futsal pulak, jadual pertandingan berubah-ubah dan tak tetap (sebenarnya diorang nie ade buat jadual/perancangan ke tak?).. Seolah-olah penganjur tak membuat persiapan dan perancangan teliti. Pasukan futsal KICKERS MALAYA yang disertai kawan-kawan aku telah bertanding untuk kategori LARUT MALAM, tapi mereka hanya dapat bermain pada TENGAHARI esok nya !! LARUT MALAM kah itu?

4. Kasihan pulak aku tengok banyak peserta-peserta futsal nie berbaring bergelimpangan di sekitar kawasan futsal..sebab menunggu giliran mereka yang agak lambat.. Mungkin ada peserta yang pernah join pertandingan sebelum ini dan tahu tentang keadaan tu, jadi diorang dah bawak khemah awal2 lagi dan berkhemah sekitar kawasan futsal tuh. Penganjur patut sediakan kemudahan yang lebih selesa kepada peserta-peserta nieh..Bukan sikit, berbelas ribu peserta yang datang..tup tup, kena tunggu giliran macam bangang! haihhh...

5. Kemudahan toilet sangat teruk..surau? Tak nampak pun.. Waktu azan pun, pertandingan masih diteruskan seolah-olah tak ada apa-apa berlaku.. Semasa waktu sembahyang Jumaat, ramai lagi yang bersepah kat tempat pertandingan tanpa ada rasa segan atau malu sebab tak pergi sembahyang Jumaat.

Perkara yang sama berlaku di tengah-tengah Putrajaya di mana berlangsungnya HARI BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN. Jalan-jalan utama ditutup, semua tengah sibuk bersiap untuk sambutan tuh. Signboard arah ke MASJID langsung tak kelihatan !! Padahal bukan nye tak tahu, orang dari seluruh Malaysia datang ke Putrajaya nieh, tahu ke diorang nak carik arah ke masjid? Ape tah lagi dengan banyak jalan yang ditutup?

Oh, ramainya BELIA yang TAK PERGI SEMBAHYANG JUMAAT....TAHNIAH laa di atas penganjuran HARI BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN nieh !! Congratz sangat !

6. Super Junior? Okeh, aku tau konsert free, dan tahu-tahu jer la konpem ramai BELIA-BELIA khususnya GADIS-GADIS yang datang ke konsert SuJu nieh. Tanak komen pasal tuh.

7. Tengok Final UEFA Champions League di Dataran Putrajaya bersama PM?? Ribuan orang datang untuk tengok di screen BESAR kat dataran tuh...hakikatnya, takde la besar sangat screen nye pun.. Besar projektor kat kedai-kedai mamak je kot..? Tanak komen lebih-lebih pasal bab nie, bahaya.

Sekian dahulu dari saya, renung-renungkan dan selamat beramal

Rating Rentap Futsal KOSMO :

Tahap Keterujaan : 3/5 (Masuk Malaysian Book Of Records tuh weh !)
Tahap Perkhidmatan : 1/5 (HAMPEH !)
Tahap Pengurusan : 1/5 (HAMPEH v2 !)
Tahap Keselesaan : 0.5/5 (HAMPEH v3 !)
Tahap Kualiti : 1/5 (HAMPEH v4 !)
Tahap Kesedaran : 0/5 (Signboard mana? Surau mana? HAMPEH v5 !)
Tahap Berbaloi : 0.5/5 (Buang masa, tenaga, duit, semua pun buang, HAMPEH v6 !)
Tahap Nak Datang Lagi : 0/5 (Klau camnie la gayanya, tobat taun dpan taknak join dah ! HAMPEH v7 !)
Tahap Kebengangan/Ketakpuasan hati : 5/5

Keseluruhan : 0.5/5

sumber ciplakan dari http://areev19.blogspot.com/

No comments: