di Bukit Tursina itulah Nabi Musa diberi peluang bercakap secara terus dengan ALLAH...
namun dia tidakdapat melihatNya kerana ada hijab antaranya dengan ALLAH...
Nabi Musa merasa sangat gembira yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan..
Dari rasa sukanya itu, Nab Musa merasa maih kurang puas dan ingin melihat ALLAH pula..
Tiba2 terkeluarlah perkaaan dari mulut Nabi Musa
"wahai Tuhanku, tampakkanlah diri Engkau kepadaku, supaya aku dapat melihat kepada Engkau..."
"kamu sekali kali tidak akan sanggup melihatKu, tapi pandaglah bukit itu. Maka jika ia tetap kekal pada tempatnya dalam keadaan sedia kala, nescaya engkau dapat melihatKu" firman ALLAH.
ALLAH amat sayangkan Nabi Musa, oleh sebab itulah ALLAH menyuruh Nabi Musa agar memandang sahaja pada sebuah bukit di situ, sebab DIA akan bertajalli(menunjukkan diri) pada bukit itu.
Maha Suci ALLAH, pabila ALLAH bertjalli pada bukit itu, ternyata bukit yang berdiri megah dan begitu kukuh itu hancur berkecai dengan hebatnya, sedang Nabi Musa yang memandannya pun pengsan...
Apabila sedar dari pengsannya, Nabi Musa pun sedar bahawa dirinya tidak akan mampu melihat ALLAH di dunia ini kerana begitu hebatnya Dia..
Nabi Musa bertaubat tidak ingin lagi minta melihat Allah di dunia ini...
"Maha Suci Engkau wahai Tuhan, aku bertaubat kepadaMu dan aku adalah orang yang pertama-tama beriman"
"...setelah itu, Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati, supaya kamu bersyukur"
(Al-Baqarah: 55)
Baba Hussin pondok Dala Fathoni
3 weeks ago
1 comment:
salam..dulu aku pernah dgr ceramah dari seorang prof madya yang tua lagi alim dekat masjid..katanya biarlah kita rasakan yang kehidupan kita ini seolah kita diberi peluang untk hidup semula selepas mati..jadi kita akan rasa betapa berharganya peluang 'kedua' yang diberikan ALLAH>
Post a Comment