Friday, January 2, 2009

Pmbangunan modal insan dari prspktif islam...




bila kita kaji mcm mana nak bangunkan modal insan(human capital) ni mengikut acuan dan panduan islam, ada 3 prkara penting yg m'jadi perhatian...

1) Pegangan aqidah yg kukuh

2) Pengalaman kolektif akhlak mulia

3) Wawasan iman dan muamalah.

Firman Allah dalam al-quran yg bermaksud "barangsiapa yg berpegang teguh pada ajaran agama Alllah, pasti diberi hidayah dan bimbingan melalui jalan yg benar"
(Ali Imran:11)

oleh itu pemikir dan pemimpin islam dituntut bagaimana m'hadapi cabaran2 zaman yg semakin hari semakin terasa mencabar dalam kehidupan umat manusia including di kalangan umat islam..jalan keluar perlu dicari bagi permasalahan2 ini sesuai dgn doktrin(ta'alim) dan petunjuk islam.

so,sekarang saya akan jelaskan dgn lebih terprinci 3 prkara penting di atas :

1) PGANGAN AQIDAH YG KUKUH

mengukuhkan aqidah(kyakinan) k atas golongan remaja dgn p'hujahan(dalil) yg nyata dari nas-nas islam yg qat'iy(kuat)...ini kerana masa muda adalah masa kegoncangan jiwa,jadi aqidah pada masa ini prlu kpd pengukuhan dan pembinaan yg sirius
dalam ilmu tauhid(tiologi) diajarkan tiga dimensi kyakinan yg b'kaitan dgn aqidah:

Tauhid al zat wal sifat- yakin sang pncipta adalah Zat yg Tunggal dan punyai kekuasaan mutlak(qudrah mutlaqah).

Tauhid Rububiyyah- yakin yg mngatur,m'tadbir alam ini hanyalah Allah dan apa saja yg t'jadi di alam ini adalah iradah(kbijaksanaan) Allah.

Tauhid Uluhiyyah- rialisasi kdua2 kyakinan di atas,iaitu diwujudkan dalam bntuk ritual(ibadah) yg didasari dgn kbrgantungan hati(mayl al-qalb) dan taqarrub kpadaNya (Ibnu Taimiyah)

2) PENGALAMAN KOLEKTIF AKHLAK MULIA

mnurut kajian Abu Hamid al-Ghazali, akhlak yg plg utama (ummahat al fadhail) dapat dibahagikan kpd 4 bahagian iaitu:
1. Al-Hikmah = bijaksana, keserasian perilaku seseorang antara ilmu dan amalannya
2. Al-'Adlu = jiwa yg dpt m'cegah kemarahan dan hawa nafsu
3. Al-Shaja'ah = keberanian, keteguhan hati dalam m'bela dan m'p'tahankan yg bnar(haqq)
4. Al-Iffah = m'jaga diri dari p'buatan maksiat dan kelakuan yg tidak luhur. amalan harian dipandu akal yg sihat dan hati nurani(nafs mutmainnah)

para ulama' spakat bahawa syariat islam m'punyai maqasid(matlamat) yg telah dikenalpasti sbg:
a)mmlihara agama(ad-din)
b)mmlihara akal
c)mmlihara jiwa
d)mmlihara kturunan dan maruah diri
f)mmlihara harta (Abu Ishaq al-Shatibi)

bagi mewujudkan moral yg tinggi dan akhlak yg mulia dikalangan generasi muda, 4 p'kara mutlak diprlukan:
* jauhkan diri dari fanatik buta (ta'ssub)
* jauhkan diri dari khidupan b'foya-foya (tabziir)
* cgah diri dari b'lagak seperti laki2 pondan (lmbut)
* hindar diri dari p'gaulan bebas. khidupan b'sosial tanpa ada batasan dianggap sbhgn daripada khidupan moden (Qaradawi)

3) WAWASAN IMAN DAN MUAMALAH ISLAMIAH

wawasan iman yg dimaksudkan disini adalah pengalaman kita sbg muslim dalam khidupan seharian. untuk mendapatkan suatu nilai kehidupan yg selari dgn keyakinan agama yg dipegang perlulah adanya motivasi iman yg kukuh dalam lubuk hati setiap insan t'utamanya generasi muda. ini krana iman yg mantap dan ketaqwaan yg menyeluruh mengangkat modal insan ke peringkat yg tinggi dan mulia.

kita sbg masyarakat islam hendaklah menjadi "khayrah ummah"(masyarakat unggul) diharapkan menjadi contoh teladan dalam masyarakat mengatur kehidupan mereka di dunia ini; selalu berusaha berbuat islah (pembaikan) dan menjauhi sifat ifsad (pengrosakan)

Allah menganugerahkan hikmah dan ilmu kepada sesiapa sahaja tanpa membezakan orang islam dan orang bukan islam. akan tetapi anugerah iman merupakan pemberian khusus daripada Allah kepada hamba2Nya yg dicintai....

wallahu a'lam

2 comments:

Anonymous said...

UPDATE R...

fit@blonc said...

sory
ma desktop problem dis last 2,3 weeks..
online pon jarang2..