Showing posts with label Hati ini berkata. Show all posts
Showing posts with label Hati ini berkata. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Kereta 5 Roda..


Setiap orang ada sebuah kereta dengan 5 roda tidak kira samada dia sedar ataupun tidak.
Kereta ini adalah satu-satunya kenderaan yang boleh dipandu ke suatu tempat yang namanya Destinasi Abadi.
Walaupun kereta ini pelik kerana beroda 5, namun sama juga fitrahnya seperti kereta lain yang beroda 4, kerna andai rosak atau tidak berfungsi sebiji roda, nescaya kereta itu memang x dapat nak bergerak, nak pulang ke Kampung Halaman.
Jadi sebelum apa2 berlaku, eloklah setiap kali sebelum memulakan perjalanan sehari-hari, periksa dahulu kelima-lima tayar itu..
Andai tiada, perlu dipasang
Kalau kurang angin, kena lah dipam
Jika bocor atau pancit, kena ganti dengan tayar spare..

Lebih elok lagi seandainya di setiap roda kereta itu dihias dengan roda2 kecil sebelum dan selepasnya..

Perjalanan ke Destinasi Abadi iaitu Kampung Halaman setiap orang walaupun singkat tetapi penuh dengan selekoh merbahaya dan keadaan jalan yang teruk. itu tidak kira jalan berbukit dan jalan yang basah selepas hujan.

Masuk sahaja ke Pintu gerbang kawasan Kampung, benda yang pertama akan ditanya sudah tentulah berkenaan penjagaan tayar yang 5 ini, kalau tayarnya masih elok dan dalam keadaan baik setelah perjalanan jauh, maka baik jugalah bahagian kereta yang lainnya.

Wednesday, October 12, 2011

Bermimpi Si Gadis Jelita


Suatu tengah malam, aku bangun dikejutkan mimpi sendiri..
seorang wanita yang cantik jelita mendatangi aku..
namun, sugul dan sedih sahaja air mukanya yang manis itu..
lalu aku bertanya "Siapa anda?"
lantas wanita itu menjawab "akulah solat mu"
tersentak...
"kenapa kamu bersedih hati?" (x boleh tengok perempuan cantik sedih2 ni..)

"aku bersedih kerana kamu melaksanakan diriku seolah2 kerana terpaksa, seperti aku ini tiada harga diri..kamu anggap diri ku sebagai beban yang menyusahkan bagi mu.."

terkesima..

"kamu mendirikan aku lebih kerana ingin 'membalas' jasa Tuhan memberi kamu kehidupan"

"tapi..itukan aku ingin bersyukur.."

"kau tidak ikhlas!"

erm..jadi, wahai gadis jelita lagi perawan, bagaimana bisa aku mengembalikan senyum di wajah mu itu?" lantas aku bertanya mencari solusi

"yaitu kau mendirikan daku dan memelihara akan diriku dengan khusyuk ya'ni tetap hati mu padaku, kemudian tiap2 sudah kau mendirikanku, bercita-cita pula dirimu hendak mengerjakan diri ku buat kali yang keduanya...
dan demikianlah selama-lamanya..."

Tuesday, June 7, 2011

Selari Zahir & Batin..


Assalamualaikum w.b.t...

Kalimahnya khabar, tetapi membawa makna doa..so, kena ucap betul2..baru buleh pahala bila di niatkan sebagai ibadat, bukan adat semata...

bila bagi salam di dalam sembahyang pun macam itu gak la...salam ni kan rukun ke-12 solat dan termasuk rukun Qauli.. so antara syaratnya ialah memelihara akan segala kalimahnya...kalimah di sini bersandar kepada pemahaman ulama' tajwid yg membawa makna menjaga setiap hurufnya..kalau tak, tidak sah la sembahyang tu..sebab syarat2 nya(salam) tidak dipenuhi..pasal tu kena blaja ngaji Quran nie..

"x sampai sifat huruf tu" teringat teguran tok ayah yg mentasmik

"ana dulu talaqqi quran kena hafal ribu2 matan" cerita ustaz amru

bukankah sah itu "barang yang terkumpul di dalamnya rukun dan syarat"?
manakala rukun itu satu juzuk daripadanya dan syarat itu bukan satu juzuk daripadanya..

ape guna sembahyang elok2 tapi akhirnya masa bagi salam salah tajwidnya..?
"x de ape la kamu nie.." tuntas tok guru

teringat jambu M.L pulak "ape pon x boleh"..haha

post ni bukan nak cerita pasal salam atau sembahyang..tapi kalu nk blaja, better pi ngaji ngan ustaz, dengar kuliah kat masjid baru "barakah"
x pun paling tidak layari la website2 yang lebih bercredibiliti oleh penulis yg lebih berautoriti dari sumber yg lebih tepat dan sohih, dengan dalil yg lebih boleh meyakinkan...guru yg mursyid

"satu keluarga, kena cari at least satu orang ustaz yg mursyid (boleh dipercayai) sebagai rujukan untuk ape2 hal" pesan ustaz yazid aku ingat buat bekalan untuk bergelar suami kelak..

nak syarah sikit makna barakah nie -- ziadatul khoir...bertambah-tambah/ terlebih kebajiakan atau kebaikan...
contoh x barakah : banyak duet tapi lalai solat, banyak ilmu tapi sikit praktisnya.. mudah

x masuk lagi ni maksud nak post blog nie...

sebenarnya seperti dulu2 juga...aku slalu kata kat sahabat baik aku.. "i'm lost again" but this time really2 lost la...

kepala dah pening, jiwa kacau, waktu keje kat ofis aku gunakan untuk menaip entry nie...

sambung sat nanti...

ok...hujan turun di luar, sangat lebat..menidakkan ramalan cuaca ciptaan ilmu manusia..

pisang goreng yang di beli kak Ros dah pun ku jamah..
semangat nak lengkapkan report last month sedikit kendur..

sedar aku dah lost terlalu jauuuhhh dan lama...pun bersyukur..
coz Tuhan masih bagi peluang nak kembali kepadaNya..

Alhamdulillah, segala puji2 an hanyasenya layak bagi Allah semata2

"puji tu ada 4 jenis :
pertama puji makhluk kepada makhluk yang lain (x kira la satu orang tu puji individu lain ke, puji kecantikan alam ke..)
yang ke-dua, puji makhluk kepada Tuhan
yang ke-tiga puji Tuhan kepada makhluk
dan ke-empat puji Tuhan kepada diriNya sendiri

dan kesemua ke-empat2 puji ini hakikatnya hanya untuk Allah jua.."

kita ni bila di puji sikit dah kembang kempis hidung x ingat Tuhan kepada makhluk yg memujinya...
lidah kata kita bersyukur tapi pada batinnya tidak...atau tidak seluruhnya ikhlas

tak boleh la nak compare kita nie dengan Amirul Mukminin Khalifah pertama saidina Abu Bakr AS-SIDDIQ r.h
kerna hati dia selari dengan perbuatannya
contoh ; seperti peristiwa isra' mikraj la, w/out hesitate dia membenarkan segala cerita2 dari mulut Nabi...
pasal tu Abu Bakr boleh sedih sampai bercakap-cakap dengan kibas yang diikat semasa lalu untuk ke pasar Madinah...

lost again (3x).....
ishhhh, sahabat dulu kau dekat namun sekarang kau jauh..dan jurang kita semakin ketara...jikalau kau boleh menyuntik kembali bius kata2 buat menenang hatiku yang resah....
ah, biarlah aku berjuang sendiri walau tewas sudah berkali..kubur kan asing2..

'Aku dah jemu tewas dalam perjalanan ini, namun andaikan itu syaratnya Tuhan..aku rela terus berjuang...hingga Kau SELARIkan ZAHIR & BATIN ku....