"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Menciptakan"
"Dan pabila dibacakan Al-Quran, Maka Dengarlah dan Diamlah, Moga2 Kamu Dirahmati"
Hati malas ku berkata-kata
"ah, buat apa nak khatam quran dalam bulan puasa ni..jika dibaca tergopoh gapah dan tak ikhlas, lebih baik baca sedikit2 sambil bertadabbur..lebih baik tidak dikhatamkan 30 juzu' supaya syawal nanti boleh continuous baca dengan tadabbur, x putus bila raya dah khatam, barulah istiqamah.."
ah, ini hanya bisikan jahat, walhal boleh sahaja mengurus masa untuk membaca quran dengan maksudnya sekali paling tidak pun satu juzu' sehari...
Usai salam, aku menghulurkan tangan berjabat dengan tuan imam terawikh masjid itu, lembut tangannya dan berseri wajahnya memang tanda seorang al-hafiz..
terkenang aku kepada 'umar, pelajar dari tanah seberang yang sedang menuntut ilmu di sini di sekolah Tahfiz
"apa cita2 mu umar?" tanyaku
"saya ingin jadi hafiz 30 juzu' quran dan kemudian sambung belajar di mesir bang" jawabnya jujur
perkenalan singkat dengan 'umar begitu bermakna pabila aku dihadiahi senaskah al-Quran hijau dengan nota tulisan tangan jawi
"kepada bang fitri, (arab) bacalah quran kerna ia akan menjadi temanmu di akhirat"
hanya titis2 air mata nasihat sempat aku hulurkan buat bekalan anak2 muda yang suci yang terasing dalam kepompong persekitaran ini menghadapi dunia realiti kelak yg penuh pancaroba...
adik ku 'umar, di mana pun kau berada kini, moga rahmat Tuhan sentiasa bersamamu dan al-Quran menemani mu ke mana sahaja..
No comments:
Post a Comment