Assalamualaikum..
Artikel ini telah penulis temui beberapa tahun lalu dalam bentuk hard copy..dan pada ramadhan2 yang lepas penulis telah cuba menyebarkan maklumat ini dalam bentuk soft copy...tahun demi tahun Alhamdulillah kenalan penulis bertambah bilangannya, maka izinkan penulis berkongsi sekali lagi cerita ini untuk manfaat bersama..Allahumma faqqihna fiddin
Message: Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:
DARUL QURAN WAS-SUNNAHLot 1499, Taman Seri Demit, Jalan
Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Lagi PenyayangPuji-pujian bagi Allah Subhanahu
wata'ala, selawat dan salam keatas
junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu
'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini
satu
hadis tentang kelebihan Tarawih
pada malam-malam Ramadan telah tersebar
dengan meluas sekali. Media elektronik,
cetak serta media massa lain turut
memainkan peranan menyebarkannya melalui
akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah
dan lain-lain dengan harapan semoga
mereka mendapat saham dalam usaha
menggalakkan umat Islam supaya rajin
beramal ibadat, terutamanya dalam bulan
yang diberkati itu. Hadis yang
dimaksudkan itu ialah
satu hadis yang
agak panjang kononnya diriwayatkan oleh
Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian
darinya adalah seperti berikut,
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa
Rasulullah s.a.w. telah bersabda
berkenaan dengan fadilat sembahyang
Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
*
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa
orang mukmin pada malam pertama seperti
mana dia baru dilahirkan (mendapat
keampunan dari Allah Taala).
*
Malam Keempat: Mendapat pahala
sebagaimana pahala orang-orang yang
membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan
Al-Quran.
*
Malam Keenam: Allah kurniakan
pahala kepadanya pahala
malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat
sekali tawaf), serta setiap batu-batu
dan tanah akan mendoakan supaya Allah
mengampuni dosa-dosa orang yang
mengerjakan sembahyang tarawih pada
malam ini.
*
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia
dapat bertemu serta menolong Nabi Musa
A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan
Haman.
*
Malam Kelapan: Allah mengurniakan
pahala orang sembahyang tarawih
sepertimana yang telah dikurniakan
kepada Nabi Ibrahim A.S.
*
Malam kesembilan: Allah kurniakan
pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
* Dan kelebihan-kelebihan seterusnya
sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan
kepada beberapa tokoh agama tanah air
mengenai kedudukan hadis ini, dari
manakah ianya diambil, semuanya tidak
dapat memberikan penjelasan. Dan
setelah
diteliti dalam kitab induk hadis seperti
Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis
lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga
dalam kitab-kitab hadis palsu
(maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati
hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis
ini
merupakan satu hadis yang baru
diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis
dahulu yang menulis tentang hadis
maudhu` pun tidak mengetahui akan
wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan
kelebihan sembahyang Tarawih dan
kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu
kita tidak mahu umat Islam tertipu
dengan berbagai-bagai janji palsu yang
menyebabkan umat Islam mengerjakan
amalan kebaikan dengan mengharapkan
sesuatu yang sebenarnya tidak akan
diperolehinya. Dengan
tersebarnya
hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan
mencemarkan kesucian hadis Rasulullah
s.a.w. yang dipelihara dengan dengan
begitu baik oleh ulama kita dahulu.Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan
amaran terhadap orang-orang yang
mengadakan pendustaan atas namanya
dengan ancaman yang berat sebagaimana
sabdanya: Barang siapa sengaja
mengadakan dusta atas namaku maka
hendaklah dia menyediakan tempatnya
dalam neraka.
(Bukhori, Muslim)Hadis ini diriwayatkan dengan banyak
sekali sehingga sampai keperingkat
Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala
jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama
ada dengan maksud memberi galakan supaya
rajin beramal ibadat ataupun ancaman
supaya menjauhi segala larangan Allah
(targhib dan tarhib).
Wallahu a'lam..