Tuesday, September 1, 2009

makhluk berpasangan : part 2



DNA ganda dua

Acid nukleik atau deoxyribonucleic acid (DNA) ialah unit asas bagi semua benda hidup termasuklah manusia, haiwan, tumbuhan, bacteria dan virus. DNA ini menyimpan segala maklumat genetic tentang sesuatu hidupan itu. Apabila proses persenyawaan berlaku, induk akan mewariskan maklumat genetik dalam bentuk DNA yang akan diterjemahkan kemudiannya untuk memberi ciri tertentu kepada individu. DNA terletak di dalam nukleus sel dan saiznya amat kecil sekali. Apa yang menariknya, DNA ini wujud dalam keadaan ganda dua. Setiap kromosom mengandungi dua bilah DNA. Bilah DNA ini bercantum dengan ikatan hidrogen (hydrogen bond) antara dua nukleotide yang komplimen. Apabila bersebelahan antara satu sama lain, base purin dan pirimidin boleh menjalankan ikatan hidrogen. Ikatan hidrogen yang paling stabil ialah apabila guanin (G) membentuk ikatan hidrogen dengan cytosin (C) dan pabila adenin (A) membentuk ikatan hidrogen dengan thymin (T) yang mana pasangan ini komplimen antara satu sama lain. Kewujudan DNA secara berpasangan (ganda dua) adalah untuk memastikan kestabilan struktur tersebut dan supaya DNA itu dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan.

No comments: