Wednesday, August 26, 2009

science & al-Quran : makhluk hidup berpasangan..


Aku
hanya aku,
sendiri..

seorang diri
berdiri
dan melangkah kaki
hanya ditemani bayang2
yg ilusi..

jiwa aku sunyi
sepi
dalam varsiti ini
gelanggang hidup ku

mereka
punya agenda sendiri
rentak sendiri
tidak sama dengan aku

biarlah,
biar aku terus sunyi lagi
asal mereka terus tersenyum
meniti hidup menuju ilahi..

Antara hikmah diciptakan makhluk yang bernyawa secara berpasangan adalah untuk memastikan kemandirian spesisnya ( melahirkan keturunan ) terjamin dari generasi ke generasi. Dalam penciptaan manusia Allah telah memerintahkan manusia supaya mencari pasangan dan berkahwin agar keturunan berkembang biak. Malahan Nabi Muhammad s.a.w juga berbangga dengan umatnya yang ramai pada hari akhirat nanti. Nabi telah mengajar kita supaya lelaki berkahwin dengan wanita untuk mendapat zuriat. Selain dapat memenuhi fitrah dan tuntutan manusia itu yang mempunyai nafsu, berkahwin dapat memelihara diri mencari yang halal dan melahirkan anak yang soleh. Manusia pertama ( Nabi Adam ) dicipta daripada tanah sebagaimana firman Allah dalam Surah Ar Ruum ayat ke-20 :
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu menjadi manusia yang berkembang biak”

Menurut kajian sains, manusia ini memang diciptakan dari tanah. Ini kerana kebanyakan unsur yang terdapat dalam badan manusia juga boleh didapati pada komponen tanah itu sendiri. Sebagai contohnya seperti unsur magnesium (Mg), karbon (C), dan kalium (K).
Namun, untuk meneruskan dan menyambung zuriat, manusia perlu berkahwin dan melakukan hubungan kelamin. Untuk menghasilkan individu yang baru (kandungan), kedua pasangan perlu menyumbang benih masing-masing untuk proses persenyawaan. Orang lelaki akan menyumbangkan air maninya (alaqah) manakala perempuan akan memberikan ovum. Namun, hanya sperma yang terpilih sahaja (nutfatul amsyaaj) sahaja yang dapat menembusi dinding ovum. Kemudian sperma itu akan menyalurkan maklumat genetik yang dikandungnya yang mana akan menentukan sifat anak yang bakal lahir itu. Benih yang telah bersenyawa itu kemudiannya akan menempel di dinding uterus (rahim) selama sembilan bulan kandungan. Terdapat tiga fasa dalam kandungan menurut kajian sains iaitu zigot, embrio, dan akhir sekali fetus (mudghah) sebelum proses kelahiran.

“Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. ”
(Al-Mu’minun 23:13-14)
Jadi dalam penciptaan diri manusia itu sendiri Allah s.w.t telah menunjukkan bukti kekuasaanNya yang mana untuk makhluk bergelar manusia ini terus menerajui bukan bumi ini daripada zaman Nabi Adam hinggalah ke hari ini, manusia perlukan pasangan. Tidak mungkin dua orang wanita boleh menghasilkan zuriat dan tidak mungkin juga seorang lelaki boleh mengandungkan anak. Hanya dengan kehadiran kedua-dua individu ini sahajalah yang dapat menyumbang kepada maklumat genetik untuk anak tersebut. Dengan sumbangan kedua belah pihak, maka anak yang lahir itu tidaklah akan menyerupai ayahnya seratus peratus walaupun ia lelaki dan menyerupai ibunya seratus peratus wajah ibunya jika dia seorang perempuan. Ini kerana maklumat genetik daripada kedua-dua induk (ibu dan bapa) akan dicantumkan semasa proses persenyawaan dan menghasilkan individu yang berbeza.

No comments: