Monday, August 24, 2009

Ramadhan Dalam Membentuk Sebuah Negara Islam


"Ya aiyuhallazi na amanu kutiba 'alaikumussiam kama kutiba 'alallazina min qablikum la 'allakum tattaqun.."
( 2 : 183 )
maksudnya:

"Wahai orang2 beriman,telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah diwajibkan ke atas orang2 sebelum kamu, moga2 kamu bertaqwa"

muslimin muslimat, sahabat2 yg dikasihi..

sepertimana yg kita sedia maklum, puasa adalah salah satu daripada rukun islam, salah satu daripada tiang agama.. tanpa kita melaksanakannya, maka tidak sempurna dan tidak sah lah keislaman seseorang itu..

bukan apabila salah satu dari 5 rukun islam itu ditinggalkan beerti kita ada 4 lagi..
tetapi didalam kita beramal dengan ajaran islam, 5 tolak 1 bukan sama dengan 4

tidak seperti rukun islam yg lain, kewajipan berpuasa sukar untuk dilihat dan dikaitkan dengan pembinaan sesebuah negara..

jika syahadah merupakan intipati atau asas kepada dasar dan pegangan negara,

jika solat merupakan simbolik penyatuan ummat dan lambang ketaatan kepada pemimpin,

jika zakat menyubur dan mengagihkan ekonomi negara kepada rakyat sekaliannya,

dan jika haji merupakan ibadah yg dpt menjana ekonomi dan hubungan antarabangsa,

maka apa pula hubungannya ibadah puasa dengan pembentukan dan pembangunan sesebuah negara islam itu sendiri???

persoalan ini dapat dirungkai dengan halus pabila kita mengaitkan ibadah puasa itu dengan pembentukan diri dan peribadi individu muslim, sepertimana tujuan utama kita berpuasa seperti firman Allah dalam Al-Quran, "...moga2 kamu bertaqwa"(rujuk atas)

sahabat2 sekalian,

tujuan berpuasa itu antaranya adalah agar kita dapat merasai kesusahan dan kelaparan orang2 fakir dan miskin, tetapi orang miskin juga diperintahkan supaya berpuasa...

puasa juga bertujuan untuk merehatkan anggota dalaman kita ini yg saban bulan bekerja untuk memproses makanan, mencerna dan mengasimilasikannya dalam bentuk teringkas agar dapat digunakan oleh badan sebagai sumber tenaga dsb...

namun jangan kita lupa yg puasa juga bertujuan membentuk peribadi seseorang supaya lebih sabar dan dapat mengawal emosi serta hawa nafsu. namun sudah pasti bulan ramadan ini bukan hanya diisi dengan lapar dan dahaga sahaja,tetapi sudah tentulah dengan terawikh, bertadarus (bukan tdo terus), membanyakkan bersedekah dan bangun qiam...

logiknya, individu yg bertaqwa sudah pastilah seorang warganegara yg bertanggungjawab

so, bertitik tolak dari point inilah dapat kita sedari bahawa kewajipan berpuasa itu merupakan salah satu komponen utama dalam membina negara islam

sahabat sekalian,
kita rungkai kembali tirai sirah bilamana Allah s.w.t menurunkan ayat mewajibkan umat islam semuanya berpuasa (rujuk atas), yg mana pada masa itu tahun ke-2 hijrah yg diturunkan di madinah (ayat madaniah) yg mana puasa ini bukan merupakan persoalan aqidah semata2, bahkan sangat berkait rapat dengan pembinaan sesebuah kerajaan islam yg akhirnya empayar islam itu tersebar ke serata dunia dan menerajui dunia ini dengan syariat islam..

wallahu a'lam..

No comments: