Wednesday, September 9, 2009

Tumbuhan juga dicipta berpasangan


Sebelum ini manusia tidak mengetahui bahawasanya tumbuh-tumbuhan juga mempunyai perbezaan jantina iaitu jantan dan betina. Ahli botani (kaji tumbuhan) menyatakan yang setiap tumbuhan mempunyai jantinanya sendiri, tidak kira samada tumbuhan itu membiak secara unisexual (tidak melalui persenyawaan) atau pun secara sexual. Elemen perbandingan antara jantan dan betina tetap ada.

“…dan menurunkan dari langit air hujan. Maka Kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis dari tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam. ”
(Thaha 20:53)


Gambar di atas menunjukkan bahagian tumbuhan di mana anther mengandungi debunga dan stigma mengandungi ovul. Debunga (pollen) akan dibawa oleh burung ataupun serangga ke stigma



Buah-buahan

Buah-buahan ialah hasil terakhir dalam proses penghasilan bagi tumbuhan. Fasa kehidupan tumbuhan sebelum buah ialah bunga, yang mana terdiri daripada organ jantan (stamen) dan organ betina (ovul). Apabila debunga (pollen) telah dibawa oleh pembawa seperti burung atau serangga kepada bunga, percantuman tersebut akan menghasilkan buah. Yang mana akan menjadi matang dan membebaskan biji benihnya. Semua buah-buahan menyifatkan kewujudan organ jantan dan betina, fakta yang telah terukir di dalam Al-Quran sejak sekian lama.
“...Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan…”
(Ar-Ra’d 13:3)

Yang dimaksud berpasang-pasangan pada ayat di atas ialah jantan dan betina, pahit dan manis, putih dan hitam, besar kecil dan sebagainya.

Namun dalam sesetengah spesis, buah boleh dihasilkan daripada bunga yang tidak disenyawakan (non-fertilized flowers) iaitu disebut sebagai buah parthenokarpi. Contohnya seperti buah pisang, sesetengah jenis nanas, buah ara, oren, wain dan sebagainya. Mereka ini juga mempunyai ciri sexual yang jelas.

No comments: