"Kau ni dah benar-benar bersedia ke nak kahwin?"
Ia seperti pelajar-pelajar yang lain menjawab: "Saya memang nak kahwin tapi itu bergantung pada keputusan keluarga, kalau mereka izinkan, saya akan berkahwin."
Tanya saya: "Kalau tak pasti lagi bila nak kahwin, buat apa cari calon?"
Katanya: "Saja nak kenal-kenal dulu."
Jawab saya: "Kalau macam itu awak carilah sendiri, saya selalunya akan carikan orang yang benar-benar saya kenal dipasangkan dengan orang yang juga sangat saya kenali."
Memang perkahwinan banyak terikat dengan restu keluarga. Itu lelaki, apatah lagi kalau perempuan, ia terikat dengan kebenaran walinya. Sepatutnya pemuda-pemudi itu bertanya keluarga dahulu, barulah buat keputusan untuk mencari calon. Bukan apa, bila sudah ada calon dan jarak masa perkahwinan tidak pasti, selalunya mendatangkan banyak masalah dan gangguan. Kemungkinan calon yang dipilih tidak dipersetujui keluarga. Mungkin mereka sudah ada pilihan sendiri. Apatah lagi bila dah ada pasangan, perasaan pun mula berubah. Putik-putik cinta pasti akan bertunas dan lama kelamaan membuahkan khayalan dan mimpi.
Tradisi orang bercinta zaman sekarang sukar untuk dibataskan. Sekurang-kurangnya ziarah-menziarahi melalui SMS dan call menjadi perkara biasa. Bermula dari panggilan akh dan ukh akan berpindah kepada abang dan adik... lama-lama sayang yang kehilangan S. Ermm, waktu itu dah terpaksa belajar memujuk bila merajuk, jiwa mula belajar hakikat rindu, mimpi malam dihiasai igauan wajah. Ermm, kalau jelas hujungnya dan tahu tarikh tamat ‘dunia khayalan indah’ tersebut, tahu juga penyudah dosa-dosa kering tersebut (kering dan ringan di sisi hamba, berat di sisi pencipta). Bagaimana dengan yang tak pasti penghujungnya, tak pasti nasibnya, tak pasti tempoh penantiannya? Umpama orang membeli bahan binaan, tapi tapak rumah belum tersedia. Lama-lama bahan binaan tersebut reput begitu sahaja. Begitulah juga cinta yang tak ‘bertarikh’ pelayarannya. Mulalah merungut pasal ‘lemah iman’, tak khusyuk solat dan macam-macam lagi.
Sesetengah pelajar bila memikirkan perkahwinan sekadar menjadikannya bahan mainan atau hikayat lucu. Mungkin juga untuk menguji nasib dan meraih simpati. Bila betul-betl diajak berkahwin, mulalah bagi banyak alasan... belajar tak abis lagilah, mak bapa tak bagilah, PTPTN tak abis bayar lah, kerja belum dapatlah, nak jaga keluarga dululah. Dulu bila mula memancing ‘cinta’ tak berfikir panjang dan tak memikirkan semua risiko tersebut. Kesian dengan pihak yang benar-benar bersungguh.
Bagi mereka yang memandang kehidupan ini penuh dengan perjuangan, memperjuangkan kisah cinta yang kabur itu amat membuang masa. Kecualilah yang bermazhabkan Romeo dan Juliet. Cinta begitu patut dikuburkan bila ‘tarikh sah/lakunya’ telah tamat. Kalau diteruskan ia akan meracun iman dan perjuangan. Justeru itu selalu saya nasihatkan, agar putuskan saja hubungan bila pelayaran tidak menampakkan halatuju dan pelabuhan. Cinta Ilahi lebih bernilai dari cinta insan yang tak pasti, yang akhirnya lebih banyak melalaikan iman dari membekalkan kekuatan. Memang keputusan begitu selalunya sukar.
to be cont...
Baba Hussin pondok Dala Fathoni
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment