Soal jodoh ramai yang keliru. Ada yang menyerahkan pada takdir dan akhirnya menyalahkan takdir. Act, jodoh seperti amalan ikhtiari yang lain adalah pilihan insan.
Ia boleh diusaha dan diikhtiarkan. Ini tidaklah menafikan ‘qada dan qadar’ Allah di penghujungnya setelah puas berusaha. Justeru itu Islam meletakkan beberapa bentuk pilihan pasangan (agama, kecantikan, keturunan dan kekayaan) kerana jodoh boleh dipilih. Islam meletakkan agama sebagai asas pilihan. Memilih pasangan yang tidak memiliki nilai agama adalah satu kesilapan dan perlu ditanggung sendiri risikonya. Tidak boleh menyalahkan takdir.
Ada juga di kalangan pemuda pemudi yang terlibat dalam perjuangan bertanya:
"Saya dah ada pasangan yang saya kenali sebelum mengenali dakwah ini. Bolehkah saya teruskan cinta kami ini?" Dulu saya sering bertanya: "Mana awak sayang, antara perjuangan ini atau memperjuangkan cinta lama?" Pernah ada yang menjawab: "Saya sayang kedua-duanya tapi masalahnya pasangan lama saya itu tidak sefikrah."
tapi membina rumahtangga di penghujungnya atas landasan ‘try & error’ macam keadaan orang berjudi... tak tahu nasib di penghujung.
Cara terbaik sebenarnya, bila sudah memilih seseorang untuk menjadi pasangan hidup, nilailah badan dan akalnya, bahkan akalnya lebih perlu dinilai melebihi badannya. Kalau dah yakin dengan ia, kenapa tidak ikut sahaja perjuangannya? Lagilah kalau kelak ia jadi suami, lambat laun kena ikut juga budaya dan kehendaknya? Bukankah ‘lelaki itu pemimpin wanita dalam keluarga?’
Perjuangan ini hanya untuk orang yang benar-benar meyakini dan sanggup mendahulukannya mengatasi yang lain. Lagipun selagi berada di atas landasan syarak tidak salah berpindah arah... macam Masjid Qiblatain. Walau bagaimanapun, jangan sampai tersasar kiblat hingga akhirnya tidak ke Mekah dan tidak juga ke Aqsa (saya teringat dengan tazkirah seorang pendakwah Arab: 3 punca yang menyebabkan ramai akh futur dalam dakwah, salah pilih pasangan dalam perkahwinan, pangkat dan kuasa).
Bagi pejuang yang benar-benar faham dan yakin, ia tidak akan mendelaykan hasrat berumahtangga setelah memahami hakikat dakwahnya. Bahkan rumahtangga yang ia bina diharap mampu menjadi rumahtangga dakwah yang menjadi asas penting pembinaan mujtama’, daulah dan khilafah.
sumber : copy paste somewhere...
Baba Hussin pondok Dala Fathoni
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment