Thursday, December 31, 2009

Tahun Baru yang tak pasti...

Dalam gelita kelam malam
Puas aku berperang
dengan diri sendiri
Hingga terbawa ku
Ke dalam jaga

Getar jemari ini
Menurut degup jantung
Menepis telunjuk amarah

Hati ini harus tersuntik
dengan iman
yang tiada dapat aku rasakan manisnya kala itu

Duhai sang hati
serasa ku kau keras amat
bagai keluli konkrit
yang aku cuba mencairnya
dengan sumbu iman, lilin taqwa, pelita zikir
tapi nyata nyalanya malap
kian...dihembus badai nafsu menderu

gelisah,
kesah,
dan lelah..menunggu tahun baru
yang aku belum pasti
masih mampu berdiri lagi.

Andai iman mu tertidur kawan,
Biarlah nafsu mu turut lena sama.

"Wahai Tuhan kami, kami memohon dengan hak al-Fatihah yg. diagungkan
iaitu 7 ayat yg. diulang-ulang, dan al-Quran yg. agung,
bukakanlah bagi kami segala perkara kebaikan,
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan,
jadikan kami dari golongan yg. baik,
dan perlakukan kami seperti mana perlakuanMu terhadap insan yg. baik,
Pelihara kami dalam agama kami, diri kami, harta kami, anak2 kami, ahli keluarga kami, sahabat2 kami, serta semua yg. kami sayangi
dari segala kesengsaraan, fitnah, kesedihan, dan kesengsaraan.

Engkaulah pelindung segala kebaikan,
Engkau mengurnia segala kebaikan,
Wahai Maha Pengasih dari segala yg. mengasihani."

(DOA RATIB AL-HADDAD IMAM ABDULLAH)

Tuesday, December 29, 2009

Nak kahwin dah? part two...

Soal jodoh ramai yang keliru. Ada yang menyerahkan pada takdir dan akhirnya menyalahkan takdir. Act, jodoh seperti amalan ikhtiari yang lain adalah pilihan insan.
Ia boleh diusaha dan diikhtiarkan. Ini tidaklah menafikan ‘qada dan qadar’ Allah di penghujungnya setelah puas berusaha. Justeru itu Islam meletakkan beberapa bentuk pilihan pasangan (agama, kecantikan, keturunan dan kekayaan) kerana jodoh boleh dipilih. Islam meletakkan agama sebagai asas pilihan. Memilih pasangan yang tidak memiliki nilai agama adalah satu kesilapan dan perlu ditanggung sendiri risikonya. Tidak boleh menyalahkan takdir.

Ada juga di kalangan pemuda pemudi yang terlibat dalam perjuangan bertanya:
"Saya dah ada pasangan yang saya kenali sebelum mengenali dakwah ini. Bolehkah saya teruskan cinta kami ini?" Dulu saya sering bertanya: "Mana awak sayang, antara perjuangan ini atau memperjuangkan cinta lama?" Pernah ada yang menjawab: "Saya sayang kedua-duanya tapi masalahnya pasangan lama saya itu tidak sefikrah."
tapi membina rumahtangga di penghujungnya atas landasan ‘try & error’ macam keadaan orang berjudi... tak tahu nasib di penghujung.

Cara terbaik sebenarnya, bila sudah memilih seseorang untuk menjadi pasangan hidup, nilailah badan dan akalnya, bahkan akalnya lebih perlu dinilai melebihi badannya. Kalau dah yakin dengan ia, kenapa tidak ikut sahaja perjuangannya? Lagilah kalau kelak ia jadi suami, lambat laun kena ikut juga budaya dan kehendaknya? Bukankah ‘lelaki itu pemimpin wanita dalam keluarga?’

Perjuangan ini hanya untuk orang yang benar-benar meyakini dan sanggup mendahulukannya mengatasi yang lain. Lagipun selagi berada di atas landasan syarak tidak salah berpindah arah... macam Masjid Qiblatain. Walau bagaimanapun, jangan sampai tersasar kiblat hingga akhirnya tidak ke Mekah dan tidak juga ke Aqsa (saya teringat dengan tazkirah seorang pendakwah Arab: 3 punca yang menyebabkan ramai akh futur dalam dakwah, salah pilih pasangan dalam perkahwinan, pangkat dan kuasa).

Bagi pejuang yang benar-benar faham dan yakin, ia tidak akan mendelaykan hasrat berumahtangga setelah memahami hakikat dakwahnya. Bahkan rumahtangga yang ia bina diharap mampu menjadi rumahtangga dakwah yang menjadi asas penting pembinaan mujtama’, daulah dan khilafah.

sumber : copy paste somewhere...

Sunday, December 27, 2009

Nak kahwin dah?

"Kau ni dah benar-benar bersedia ke nak kahwin?"
Ia seperti pelajar-pelajar yang lain menjawab: "Saya memang nak kahwin tapi itu bergantung pada keputusan keluarga, kalau mereka izinkan, saya akan berkahwin."
Tanya saya: "Kalau tak pasti lagi bila nak kahwin, buat apa cari calon?"
Katanya: "Saja nak kenal-kenal dulu."
Jawab saya: "Kalau macam itu awak carilah sendiri, saya selalunya akan carikan orang yang benar-benar saya kenal dipasangkan dengan orang yang juga sangat saya kenali."

Memang perkahwinan banyak terikat dengan restu keluarga. Itu lelaki, apatah lagi kalau perempuan, ia terikat dengan kebenaran walinya. Sepatutnya pemuda-pemudi itu bertanya keluarga dahulu, barulah buat keputusan untuk mencari calon. Bukan apa, bila sudah ada calon dan jarak masa perkahwinan tidak pasti, selalunya mendatangkan banyak masalah dan gangguan. Kemungkinan calon yang dipilih tidak dipersetujui keluarga. Mungkin mereka sudah ada pilihan sendiri. Apatah lagi bila dah ada pasangan, perasaan pun mula berubah. Putik-putik cinta pasti akan bertunas dan lama kelamaan membuahkan khayalan dan mimpi.

Tradisi orang bercinta zaman sekarang sukar untuk dibataskan. Sekurang-kurangnya ziarah-menziarahi melalui SMS dan call menjadi perkara biasa. Bermula dari panggilan akh dan ukh akan berpindah kepada abang dan adik... lama-lama sayang yang kehilangan S. Ermm, waktu itu dah terpaksa belajar memujuk bila merajuk, jiwa mula belajar hakikat rindu, mimpi malam dihiasai igauan wajah. Ermm, kalau jelas hujungnya dan tahu tarikh tamat ‘dunia khayalan indah’ tersebut, tahu juga penyudah dosa-dosa kering tersebut (kering dan ringan di sisi hamba, berat di sisi pencipta). Bagaimana dengan yang tak pasti penghujungnya, tak pasti nasibnya, tak pasti tempoh penantiannya? Umpama orang membeli bahan binaan, tapi tapak rumah belum tersedia. Lama-lama bahan binaan tersebut reput begitu sahaja. Begitulah juga cinta yang tak ‘bertarikh’ pelayarannya. Mulalah merungut pasal ‘lemah iman’, tak khusyuk solat dan macam-macam lagi.

Sesetengah pelajar bila memikirkan perkahwinan sekadar menjadikannya bahan mainan atau hikayat lucu. Mungkin juga untuk menguji nasib dan meraih simpati. Bila betul-betl diajak berkahwin, mulalah bagi banyak alasan... belajar tak abis lagilah, mak bapa tak bagilah, PTPTN tak abis bayar lah, kerja belum dapatlah, nak jaga keluarga dululah. Dulu bila mula memancing ‘cinta’ tak berfikir panjang dan tak memikirkan semua risiko tersebut. Kesian dengan pihak yang benar-benar bersungguh.

Bagi mereka yang memandang kehidupan ini penuh dengan perjuangan, memperjuangkan kisah cinta yang kabur itu amat membuang masa. Kecualilah yang bermazhabkan Romeo dan Juliet. Cinta begitu patut dikuburkan bila ‘tarikh sah/lakunya’ telah tamat. Kalau diteruskan ia akan meracun iman dan perjuangan. Justeru itu selalu saya nasihatkan, agar putuskan saja hubungan bila pelayaran tidak menampakkan halatuju dan pelabuhan. Cinta Ilahi lebih bernilai dari cinta insan yang tak pasti, yang akhirnya lebih banyak melalaikan iman dari membekalkan kekuatan. Memang keputusan begitu selalunya sukar.

to be cont...

Kelebihan Zikir Kepada Allah

Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:

Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26

“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” Surah 7: Al A’raf, Ayat 205

“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191

“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.” Surah 20 Ta Ha Ayat 14

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.



Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:


“Dari mana kamu datang?”

Malaikat menjawab:


“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”

Allah s.w.t berfirman:


“Apakah yang mereka pohonkan.?”

Para Malaikat menjawab:


“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”

Allah berfirman:


“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”

Para Malaikat menjawab:


“Belum, wahai Tuhan.”

Allah berfirman:


“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”

Malaikat berkata lagi:


“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”

Allah berfirman:


“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”

Malaikat menjawab:


“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”

Allah berfirman:


“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”

Malaikat menjawab:


“Belum.”

Allah berfirman:


“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”

Malaikat terus berkata:


“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”

Allah berfirman:


“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”

Malaikat berkata lagi:


“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”

Allah berfirman:


“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”

www.alhawi.net

satu dari tanda2 qiamat..

hilang menteri,pemimpin bersilih ganti..

aku,
lihat dia terketar2 kakinya
lalu kudrat ku hulukan
matanya tidak bisa melihat lagi
hanya lidah menjadi indera,
ini gula, ini garam, ini kicap

namun hatinya jaga, tetap...
mengajar muda, tua kalam2 suci Tuhan

jamahnya hanya setengah keping roti dan suku cawan air
jernih air mukanya detik aku tenung pada cermin sisi

tapi, masanya sudah tidak lama,
siapa mampu menggantinya?mewaris apa yg ada di dalam dada?

hanya tangan yg dapat ku jabat,
menumpang berkat pewaris nabi, ULAMA' yang kian tandus...

"datang la lagi kalau senang" sapanya seraya aku dan sahabat memimpinnya ke muka tangga.

"INSYAALLAH" balasku dengan hati berbunga-bunga, syukur...

Wednesday, December 2, 2009

mencari yg tiada jual belinya...

hari ini...
aku tersua lagi dengannya..
cantik, kali ini lebih cantik..
sudah lama dia tidak mengenakan baju kurung..
rindu ku pada dirinya yg dahulu terubat...
kan bagus baju kurung, dari pakai seluar jeans denim dan t-shirt
erm...

jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan,
bertemu memang selalu...tak aku rancang pun..
namun jodoh...
kau telah memilih jalan sendiri..
mungkin ucapan ku lama dulu itu jika masih kau ingat, hanya bebenang halus yg mengikat diri mu..
rapuh dan hampir x terlihat..

dunia2...

tergelak lucu dalam hati bila zul tercungap2 selepas menunda moto aku dari BHP ke blok 21..
boleh pulak skuter tu x idup lepas aku pi pam tayar...
bateri kong kot...
penat aku bukak sane sini, namun enjin x idup...

teringat aku sehari sebelumnya, kt sg. buloh kt blakang pej. PPK kuala slangor tempat kak sepupu aku bekerja, ade sebijik moto RXZ ni yg cuba menunda kereta saga lama...
pergh, x berasap2 pulak ekzos dia muntah..
aku rasa kalau ade pertandingan 'mat rempit soleh' la, mamat tu boleh jadi finalis...

lpas pulang jer dari kelantan beraya aji kt sana,
esok harinya aku terus tegak ke kuala.
keluar pintu P.J, lalu 16, naik NKVE enter damansara, trun exit setia alam/meru, tembus kapar straight sampai pekan sg. buloh, masuk lorong kanan sebelum petronas,jalan kecik sebelah bengkel
rumah ade bendera malaysia plus umno...

berehat...
kemudian makan..
ah, dah lama x rasa masakan kampung macam nie, cuma xde sambal belacan jer..
segan pulak nak mintak..
"nah, ni rezeki korang la kali ni, makan ye mak masak..adik2 ko ni xpe diorang dah slalu makan.."
bicara ibu angkat berbahasa
"baik, trima kasih mak..." balas kami berdua serentak..
sup kaki lembu yang menggoda sudah di depan mata..air liur kami meleleh...(sebenarnye x, cuma nak sedapkan cerita jer..)
nasi dan lauk lain yg telah dihidang oleh ucu dan uda tadi kami jamah bersama sup gear box.

erm...sedapnyer...nikmat rezki Tuhan beri bulan2 haji nie...
"ucu yang masak ker?" uji aku sewaktu dia mengemas meja makan...
adik angkat perempuan ku ini yg sedang menunggu keputusan PMRnya pantas saja menjawab
"bukanlah, mestilah mak yg masak"

petang itu....
lagi kak long pula menjemput ke rumahnya, nak celebrate ari jadi anaknya yg ke-4,si kecil hero sorang nie..
dijamu pula mihun, kek dan dilayan mcm VIP pula...ape tidaknye tetamu2 lain adalah berempat belas kanak kanak berumur bawah 14..aku dan jay saje yg jadi kanak-kanak purba..

2 be con..