Tuesday, October 7, 2008

Jumaat yg dirahmati..

tok bilal melaungkan iqamah tanda solat jumaat akan dimulakan, habis sudah 2 khutbah yg dibaca khatib penuh syahdu..menginsafkan hati yg mendengarnya...bergema imam memberi arahan, "luruskanlah saf, kerna membetulkan saf itu adalah sbhgn drpd kesempurnaan solat". aku dan yg laennya pun tergesa2 bangun dan memenuhi ruang saf yg kosong...
aku bersolat dgn cuba ku mengkhusyukkan diri mengikuti imam (bukan senang sebab solat jumaat hanya hadir sekali seminggu), kesempatan ini perlu ku rebut semahunya..
imam membaca surah al-A'la pd rakaat 1 dan al-Ghasyiah pd rakaat ke-2 sesudah fatihah, seperti selayaknya dan sunnah Nabi kita..
aku larut dalam alunan bacaan imam, hanyut dlm ku cuba menghayati maksud ayat2 Tuhan itu..
seusai solat, ak mengaminkan doa penuh pengharapan "Ya Allah wahai Tuhan kami kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yg Engkau redhai.."
setelah bersalaman dgn jemaah berdekatan, ak solat ba'diyatan utk menampung kelalaianku kala solat fardhu tadi..
namun dalam sorak sorai jemaah yg berpusu keluar, ku terdengar suatu bunyi, memecah penumpuanku di tempat sujud...
ku ingin tahu..namun ku gagahkan juga menghabiskan sunat yg ku kerjakan..
TATKALA RAMAI MULA SURAI SUARA ITU KIAN JELAS..
gelombang yg menggetarkan jiwa....
ah, aku amat kenali, itu Surah Yasiin dari Kitabullah, sebenar-benar perkataan..
aku melangkah kaki menghampiri datangnya suara itu.....

2 B continue...

2 comments:

Head Shot said...

Salam...selamat menulis blog :)

fit@blonc said...

baik
trima kasih..