Saturday, March 31, 2012

Wanita berpurdah dan armsock



"ustaz2, tadi ustazah suruh pakai baju t-shirt lengan panjang untuk aktiviti petang ini"
aku hanya membuang pandang pada wajah anak kecil seusia 8 tahun itu. Mukanya ku tenung sayu.
Maka berkerutlah dahi si comel bakal srikandi islam itu..

"Jadi?" aku berbalah tanya untuk merungkai kekusutan di mindanya

"Saya tak ada baju t-shirt lengan panjang kat rumah la ustaz, saya dah bagi tahu ustazah, tapi ustazah suruh tanya ustaz" jujur si genit ini memperjelas

Pulak dah, kita pula ditanya.. Getus hati ku

"erm..begini lah, kalau awak tak ada baju lengan panjang, awak pinjam lah baju ustazah, mesti dia bagi" aku berbasa basi menjawab usai berfikir sejenak

Makin berkerutlah dahi si cilik ini sambil membayangkan pakaian ustazah yang tentu sahaja tidak sepadan dirinya
"Tapi, baju ustazah besar la ustaz.." ekspresi keluar dari bibirnya

Budak2 kecil pun tahu guna logik akal..adui, macam mana lah nk jadi 'ustaz betul' nie

"Baik, kamu ada armsock x ? kalau ada kamu pakai..lepas tu pakai saje t-shirt lengan pendek kamu tu." sambil aku menggayakan benda yang disarung dilengan itu sebab mungkin ada nama lain, bukan armsock..

Kali ini aku memberi jawapan yang lebih waras namun berisiko.."ijtihad ekspres" kata orang

"Bole ke ustaz?" si kecil minta kepastian

"Bole jer..Tapi minta izin ustazah dulu, tapi kata ustaz yang izinkan"


2 b cont. ...

Wednesday, February 1, 2012

Kereta 5 Roda..


Setiap orang ada sebuah kereta dengan 5 roda tidak kira samada dia sedar ataupun tidak.
Kereta ini adalah satu-satunya kenderaan yang boleh dipandu ke suatu tempat yang namanya Destinasi Abadi.
Walaupun kereta ini pelik kerana beroda 5, namun sama juga fitrahnya seperti kereta lain yang beroda 4, kerna andai rosak atau tidak berfungsi sebiji roda, nescaya kereta itu memang x dapat nak bergerak, nak pulang ke Kampung Halaman.
Jadi sebelum apa2 berlaku, eloklah setiap kali sebelum memulakan perjalanan sehari-hari, periksa dahulu kelima-lima tayar itu..
Andai tiada, perlu dipasang
Kalau kurang angin, kena lah dipam
Jika bocor atau pancit, kena ganti dengan tayar spare..

Lebih elok lagi seandainya di setiap roda kereta itu dihias dengan roda2 kecil sebelum dan selepasnya..

Perjalanan ke Destinasi Abadi iaitu Kampung Halaman setiap orang walaupun singkat tetapi penuh dengan selekoh merbahaya dan keadaan jalan yang teruk. itu tidak kira jalan berbukit dan jalan yang basah selepas hujan.

Masuk sahaja ke Pintu gerbang kawasan Kampung, benda yang pertama akan ditanya sudah tentulah berkenaan penjagaan tayar yang 5 ini, kalau tayarnya masih elok dan dalam keadaan baik setelah perjalanan jauh, maka baik jugalah bahagian kereta yang lainnya.