Assalamualaikum w.b.t...
Kalimahnya khabar, tetapi membawa makna doa..so, kena ucap betul2..baru buleh pahala bila di niatkan sebagai ibadat, bukan adat semata...
bila bagi salam di dalam sembahyang pun macam itu gak la...salam ni kan rukun ke-12 solat dan termasuk rukun Qauli.. so antara syaratnya ialah memelihara akan segala kalimahnya...kalimah di sini bersandar kepada pemahaman ulama' tajwid yg membawa makna
menjaga setiap hurufnya..kalau tak, tidak sah la sembahyang tu..sebab syarat2 nya(salam) tidak dipenuhi..pasal tu kena blaja ngaji Quran nie..
"x sampai sifat huruf tu" teringat teguran tok ayah yg mentasmik
"ana dulu talaqqi quran kena hafal ribu2 matan" cerita ustaz amru
bukankah sah itu "barang yang
terkumpul di dalamnya rukun dan syarat"?
manakala rukun itu satu juzuk daripadanya dan syarat itu bukan satu juzuk daripadanya..
ape guna sembahyang elok2 tapi akhirnya masa bagi salam salah tajwidnya..?
"x de ape la kamu nie.." tuntas tok guru
teringat jambu M.L pulak "ape pon x boleh"..haha
post ni bukan nak cerita pasal salam atau sembahyang..tapi kalu nk blaja, better pi ngaji ngan ustaz, dengar kuliah kat masjid baru "barakah"
x pun paling tidak layari la
website2 yang lebih bercredibiliti oleh penulis yg lebih berautoriti dari sumber yg lebih tepat dan sohih, dengan dalil yg lebih boleh meyakinkan...guru yg mursyid
"satu keluarga, kena cari
at least satu orang ustaz yg mursyid (boleh dipercayai) sebagai rujukan untuk ape2 hal" pesan ustaz yazid aku ingat buat bekalan untuk bergelar suami kelak..
nak syarah sikit makna barakah nie --
ziadatul khoir...bertambah-tambah/ terlebih kebajiakan atau kebaikan...
contoh x barakah : banyak duet tapi lalai solat, banyak ilmu tapi sikit praktisnya.. mudah
x masuk lagi ni maksud nak post blog nie...
sebenarnya seperti dulu2 juga...aku slalu kata kat sahabat baik aku.. "i'm lost again" but this time
really2 lost la...kepala dah pening, jiwa kacau, waktu keje kat ofis aku gunakan untuk menaip entry nie...
sambung sat nanti...
ok...hujan turun di luar, sangat lebat..
menidakkan ramalan cuaca ciptaan ilmu manusia..
pisang goreng yang di beli kak Ros dah pun ku jamah..
semangat nak lengkapkan report last month sedikit kendur..
sedar aku dah lost terlalu jauuuhhh dan lama...pun bersyukur..
coz Tuhan masih
bagi peluang nak kembali kepadaNya..
Alhamdulillah, segala puji2 an hanyasenya layak bagi Allah semata2
"puji tu ada 4 jenis :
pertama puji makhluk kepada makhluk yang lain (x kira la satu orang tu puji individu lain ke, puji kecantikan alam ke..)
yang ke-dua, puji makhluk kepada Tuhan
yang ke-tiga puji Tuhan kepada makhluk
dan ke-empat puji Tuhan kepada diriNya sendiri
dan
kesemua ke-empat2 puji ini hakikatnya hanya untuk Allah jua.."
kita ni bila di puji sikit dah kembang kempis hidung x ingat Tuhan kepada makhluk yg memujinya...
lidah kata kita bersyukur tapi pada batinnya tidak...atau tidak seluruhnya ikhlas
tak boleh la
nak compare kita nie dengan Amirul Mukminin Khalifah pertama saidina Abu Bakr AS-SIDDIQ r.h
kerna hati dia selari dengan perbuatannya
contoh ; seperti peristiwa isra' mikraj la, w/out hesitate dia membenarkan segala cerita2 dari mulut Nabi...
pasal tu Abu Bakr boleh sedih sampai bercakap-cakap dengan kibas yang diikat semasa lalu untuk ke pasar Madinah...
lost again (3x).....
ishhhh, sahabat dulu kau dekat namun sekarang kau jauh..dan
jurang kita semakin ketara...jikalau kau boleh menyuntik kembali bius kata2 buat menenang hatiku yang resah....
ah, biarlah aku berjuang sendiri walau tewas sudah berkali..kubur kan asing2..
'Aku dah jemu tewas dalam perjalanan ini, namun
andaikan itu syaratnya Tuhan..aku rela terus berjuang...hingga Kau SELARIkan ZAHIR & BATIN ku....