Sunday, April 3, 2011

Solo Rider


selesai saja interview peringkat ke-3 pada hari yang sama,
gua pun cabut lari lepas teguk air kopi susu ais mesin yg bernilai 60 sen
sebelum gua stat enjin, kemeja lengan panjang gua senseng sampai siku..panas terik tengahari tu
seperti yg almaklum, minyak moto gua dah sampai takat merah
tadi gua ad tanya guard masa dia pulang lesen
"bang, stesen minyak paling dekat brape kilo?"
bang guard tu selambe menjawab "yang paling dekat pun 7 kilo dik"
giler bisik ati aku
kepala dah menerawang kenangan2 lama tolak moto dari setapak ke chow kit road,
nolak dari subang airport ke petronas yg kt roundbot tu...ish
tanpa membuang masa, trottel gua pulas dengan penuh kaseh sayang sampai simpang tempat kapal the cruise slalu port..
siot la, interview kt kampeny minyak tapi minyak moto gua pulak yg dah kering nie
gua dah get ready untuk sebarang kemungkinan..
lori2 yang memotong dengan kelajuan super menginterferenkan angin laut yg terasa masin di hidung nie..
dah beberapa kilo bergerak, mmg x jumpa stesen minyak lagi sampai la anak mata ni
nangkap papan tanda
BHP petrol stesen
signal gua bagi dah, dan2 baru nak belok sekali stesen minyak ni x start operasi lagi pulak
depan ada flyover tinggi, minyak dah di bawak takat merah
"harap2 kalau enjin ni mati pun biarlar lepas flyover tu" bisik hatiku
xde keje nak menolak moto naik flyover panas2 nie..

alhamdulillah kepada Tuhan yg mencipta matahari, kepanasan, bahang, fatamorgana dan Dia mengambil tahu dan mengetahui segalanya
last2 jumpa jugak gua dengan petronas kt seberang, divider jalan pun wa loncat guna EX nie...
pergh lega rasa mcm baru lepas buang air bila tangki dah penuh minyak 95
senang hati...
exit highway kesas jumpa jusco bukit tinggi, pelan2 moto bergerak..gua nak usha savvy merah kakak gua yg dia slalu letak kt parking manager
x jumpe...x koje ke ari ni
tayar moto gua terus berputar2 mcm tayar motor org lain..
sampai la berenti kat trafic light sepital klang,tempat gua dilahirkan mak gua dan juga tempat gua dikhatankan
depan sikit ada lagi traficlight lagi, merah juga..kanan kubor, kiri ad bus stop yg ad awek free hair yg agak terbaik jika dilihat dari jauh...tapi mata nak noleh belah kiri gak tu..hei la mata, hei la hati

lampu ijau, terus jalan sampai rumah family, fuhh..rehat dan dapat makan masakan bonda...

2 comments:

The Sniper said...

terbaik!

fit@blonc said...

kenapa gua x boleh nak komen post beruk tu,ish..