dalam dunia yang serba canggih dan dianggap moden ini,
aku yang dilahirkan dan dibesarkan dalam PERSEKITARAN yang aku rasa kurang mengenal erti kebenaran...yang mana kebenaran itu masih ku cari kala ini walau jelas ia di depan mata...namun untuk ku menjadikan apa yg ku fikirkan sebagai amaliyah PERBUATAN amatlah terasa sukarnya...ini pula untuk berjuang bersama sahabat2 yang bagiku telah punyai asas yang kukuh...kata seorang penuntut di pondok pasir tumbuh, ilmu yang paling penting skali ialah ILMU IKAT DI HATI, apa dia? pastilah ilmu MENGESAKAN ALLAH...
bila aku memandang kepada sosok sahabat2 yg begitu menjadikan islam sebagai cara hidup,terutama yg muslimat..soalan pertama yang berlegar dalam kepalaku ialah SIAPA AYAHNYA?
bagaimana pula sahabat2 yang muslimin yang punyai 1001 wawasan dan cita2 tinggi untuk melihat islam kembali gemilang
dalam masa yang sama,diri aku sendiri terus hanyut dalam arus deras keseronokan dunia yang mana aku hanya berpaut di ranting kecil...
ke mana hilangnya sebuah kualiti dan keindahan pada beragama...begitu kuat sekali pengaruh media dan perang pemikiran yang dilancarkan oleh musuh2 ALLAH!
hinggakan segala perkara yang bersangkutan dengan agama perlu diberi 'TANDA NAMA' seperti islam,muslim dan sebagainya...
sungguh kuat sekali hingga masyarakat kala ini terhuyung hayang dalam DULANG KEFANTASIAAN..
ini adalah salah satu daripada tanda JAHILIAH MILENIUM yg membarah dalam setiap urat benak warga kita,umat islam terutamanya...
yang apabila hiburan yang walaupun sedikit namun pelbagai,keindahan dan keseronokan dunia, wanita yg semakin hilang rasa malunya walaupun tak ONE NIGHT STAND, tapi mudah diajak dengan hanya kemana2 dengan hanya bermodalkan sms satu sen sahaja..
siapa pula di kalangan masyarakat ini yang ingin membela agama?
yang akan mengembalikan cara hidup yg TERBAIK dari yang ada sekarang...
yang mana bila dikatakan kenapa kau ni suka BERPOLITIK???!!!
maka katakanlah wahai insan2 yang dihatinya ada walau secebis rasa ingin 'berjihad'
bahawa "INILAH POLITIK ISLAM,POLITIK KAMI UMAT ISLAM,POLITIK MUSLIM ITU ADALAH MENCAPAI KEBAIKAN DI DUNIA & KEMENANGAN DI AKHIRAT".
bukan hanya sekadar omong kosong atau untuk bertanding pilihanraya...namun ROH PERJUANGANnya jauh lebih dari itu....
moga2 amalku dan amalmu IKHLAS...bukan amal yg menambahkan jarak antara makhluk dengan SANG PENCIPTA...
YA LATIFF...kau ikhlaskanlah hati ku dalam mencari jalan menujuMU....AMIIN
No comments:
Post a Comment