Friday, October 31, 2008

Borang hijau Vs Borang biru...

Alhamdulillah..next wik exam dah nak start
semalam baru anta KKD 4 my first & hopefully last project
susah cket nak wt projek fakulti ni rupanya
nak anta KKD kena folow borang biru (kalu projek kolej borang hijau)
KKD perlu dihantar sekali dengan beberapa dokumen:
1) minit mesyuarat exekutif kelab yg melantik saya sbg pengarah projek
2) minit mesy. ajk pelaksana (ad-hoc) - meeting ajk projek la..tp sblm meeting kena isi borang permohonan mengadakan mesy. 48 jam sblm melakukan meeting..
3) penyata kewangan semasa kelab
4) pastu borang ape lg la dh lupe..
tapi...
best gak buat benda2 mcm nie coz dpt banyak pengalaman...
lepas exam ni nak stat run projek la
semoga ASMUM kembali dikenali & menjadi wadah pemangkin mahasiswa muslim..
Insyaallah..

Friday, October 10, 2008

tersungkur di pintu kejayaan...

Alhamdulillah...dapat ku terus menghirup udara segar di bumi Tuhan ini
tanah bertuah negaraku Malaysia
masih bebas untuk kita mengamalkan Islam berbanding dengan tanah air seorang sahabatku
Yusuf namanya..
yusuf ialah pelajar postgraduate yg berasal dari tanah besar cina..
panjang lebar dia bercerita kepadaku ttg bagaimana sukarnya saudara seagama kita
di tanah besar untuk mengamalkan islam sebagai cara hidup
namun, kita di sini semakin lalai dan cuai untuk melaksanakan syiar islam yg plg utama, solat berjemaah....(rabbi yassir)
di sana selepas solat tidak dibenarkan berkumpul untuk belajar agama
tapi di surau kolej ini, dia gembira kerna org islam bebas berkumpul untuk meneguk sedikit ilmu tanpa halangan..mukanya tersenyum penuh syukur tatkal abg ikhwan menterjemahkan
apa yg disampaikan oleh ustaz...
namun kita x pandai menghargai...mungkin terlalu sukar menghadapi ujian dalam
bentuk nikmat ini..
ah..ramadhan berlalu lagi...tapi aku masih begini..
tertewas dengan bayang2 sendiri
benarlah kata Nabi, jihad yg paling utama ialah jihad melawan hawa nafsu!!!
aku mula memahami maksud tersirat di sebaliknya...
langkahan kaki ini..moga diberkati...

Tuesday, October 7, 2008

Jumaat yg dirahmati..

tok bilal melaungkan iqamah tanda solat jumaat akan dimulakan, habis sudah 2 khutbah yg dibaca khatib penuh syahdu..menginsafkan hati yg mendengarnya...bergema imam memberi arahan, "luruskanlah saf, kerna membetulkan saf itu adalah sbhgn drpd kesempurnaan solat". aku dan yg laennya pun tergesa2 bangun dan memenuhi ruang saf yg kosong...
aku bersolat dgn cuba ku mengkhusyukkan diri mengikuti imam (bukan senang sebab solat jumaat hanya hadir sekali seminggu), kesempatan ini perlu ku rebut semahunya..
imam membaca surah al-A'la pd rakaat 1 dan al-Ghasyiah pd rakaat ke-2 sesudah fatihah, seperti selayaknya dan sunnah Nabi kita..
aku larut dalam alunan bacaan imam, hanyut dlm ku cuba menghayati maksud ayat2 Tuhan itu..
seusai solat, ak mengaminkan doa penuh pengharapan "Ya Allah wahai Tuhan kami kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yg Engkau redhai.."
setelah bersalaman dgn jemaah berdekatan, ak solat ba'diyatan utk menampung kelalaianku kala solat fardhu tadi..
namun dalam sorak sorai jemaah yg berpusu keluar, ku terdengar suatu bunyi, memecah penumpuanku di tempat sujud...
ku ingin tahu..namun ku gagahkan juga menghabiskan sunat yg ku kerjakan..
TATKALA RAMAI MULA SURAI SUARA ITU KIAN JELAS..
gelombang yg menggetarkan jiwa....
ah, aku amat kenali, itu Surah Yasiin dari Kitabullah, sebenar-benar perkataan..
aku melangkah kaki menghampiri datangnya suara itu.....

2 B continue...