Umat manusia telah ditugaskan/diamanahkan untuk memimpin dan bertanggungjawab mewujudkan keamanan sejagat.
Dengan sebab itu Allah s.w.t meggariskan bahawa kepimpinan itu hendaklah diamanahkan kepada orang-orang yang sebenarnya beriman kepada Allah, beramal soleh serta disusuli dengan kecerdasan akal yang mampu mengimbangkan antara keperluan rohani dan jasmani.
Firman Allah s.w.t dalam
surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud :
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai ummat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan meggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." Tanggungjawab Pemimpin
Pemimpin selaku penguasa dan pemerintah di bumi Allah semestinya berkesanggupan untuk memakmur, memperbaiki, menegakkan keadilan, mententeramkan serta berkesanggupan pula untuk meningkatkan ketinggian nilai dan martabat manusia.
antara tanggungjawab seorang pemimpin ialah:
1. Mengislah (memperbaiki) masyarakat melalui kepimpinan. so, pemerintah perlu menetapkan segala urusan pentadbiran dan kepimpinan kepada orang yang lebih layak dan patut serta berkemampuan dalam melaksanakan tugas (bukan kroni tau).
" Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah kehancuran. sahabat bertanya: bagaimana mensia-siakan amanah itu?Rasulullah menjawab: apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya" (Hadis)
2. Menegak Kebenaran Islam. pemimpin wajib tegakkan kebenaran even kebenaran itu menggugat darjat, ketinggian pangkat dan diri sendiri atau pahit, pedih dan susah untuk dilaksanakan.
"Katakanlah kebenaran itu walaupun pahit" (Hadis)
3. Memelihara Karamatul-Insan (nilai kemanusiaan)
4. Memakmurkan bumi Allah. iaitu dalam konteks pertumbuhan, perkembangan ekonomi, pembangunan negara dsb.
selain itu memastikan pengagihan kekayaan negara dapat dirasai seluruh rakyat. dan pastikan juga tiada jurang ekonomi yang besar antara yang kaya dan yang miskin.
5. Menjalankan urusan amra makruf dan nahi munkar. yang ni cuba hayati firman Allah dalam al-Quran
"Mereka itu (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (AL-Hajj : 41)MATLAMAT ASAS KEPIMPINAN1. Pengabdian/perhambaan diri kepada Allah s.w.t
2. Untuk mencapai keredhaan, keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t serta rasulNya
3. Untuk menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran.
4. Untuk mencapai kebahagiaan, kesenangan, kesejahteraan dan keselamatan manusia sejagat di dunia dan di akhirat.
*terbaca kertas kerja tahun
1987(i like this year)
wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment