Showing posts with label islam is the way of life. Show all posts
Showing posts with label islam is the way of life. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

Wanita berpurdah dan armsock



"ustaz2, tadi ustazah suruh pakai baju t-shirt lengan panjang untuk aktiviti petang ini"
aku hanya membuang pandang pada wajah anak kecil seusia 8 tahun itu. Mukanya ku tenung sayu.
Maka berkerutlah dahi si comel bakal srikandi islam itu..

"Jadi?" aku berbalah tanya untuk merungkai kekusutan di mindanya

"Saya tak ada baju t-shirt lengan panjang kat rumah la ustaz, saya dah bagi tahu ustazah, tapi ustazah suruh tanya ustaz" jujur si genit ini memperjelas

Pulak dah, kita pula ditanya.. Getus hati ku

"erm..begini lah, kalau awak tak ada baju lengan panjang, awak pinjam lah baju ustazah, mesti dia bagi" aku berbasa basi menjawab usai berfikir sejenak

Makin berkerutlah dahi si cilik ini sambil membayangkan pakaian ustazah yang tentu sahaja tidak sepadan dirinya
"Tapi, baju ustazah besar la ustaz.." ekspresi keluar dari bibirnya

Budak2 kecil pun tahu guna logik akal..adui, macam mana lah nk jadi 'ustaz betul' nie

"Baik, kamu ada armsock x ? kalau ada kamu pakai..lepas tu pakai saje t-shirt lengan pendek kamu tu." sambil aku menggayakan benda yang disarung dilengan itu sebab mungkin ada nama lain, bukan armsock..

Kali ini aku memberi jawapan yang lebih waras namun berisiko.."ijtihad ekspres" kata orang

"Bole ke ustaz?" si kecil minta kepastian

"Bole jer..Tapi minta izin ustazah dulu, tapi kata ustaz yang izinkan"


2 b cont. ...

Wednesday, February 1, 2012

Kereta 5 Roda..


Setiap orang ada sebuah kereta dengan 5 roda tidak kira samada dia sedar ataupun tidak.
Kereta ini adalah satu-satunya kenderaan yang boleh dipandu ke suatu tempat yang namanya Destinasi Abadi.
Walaupun kereta ini pelik kerana beroda 5, namun sama juga fitrahnya seperti kereta lain yang beroda 4, kerna andai rosak atau tidak berfungsi sebiji roda, nescaya kereta itu memang x dapat nak bergerak, nak pulang ke Kampung Halaman.
Jadi sebelum apa2 berlaku, eloklah setiap kali sebelum memulakan perjalanan sehari-hari, periksa dahulu kelima-lima tayar itu..
Andai tiada, perlu dipasang
Kalau kurang angin, kena lah dipam
Jika bocor atau pancit, kena ganti dengan tayar spare..

Lebih elok lagi seandainya di setiap roda kereta itu dihias dengan roda2 kecil sebelum dan selepasnya..

Perjalanan ke Destinasi Abadi iaitu Kampung Halaman setiap orang walaupun singkat tetapi penuh dengan selekoh merbahaya dan keadaan jalan yang teruk. itu tidak kira jalan berbukit dan jalan yang basah selepas hujan.

Masuk sahaja ke Pintu gerbang kawasan Kampung, benda yang pertama akan ditanya sudah tentulah berkenaan penjagaan tayar yang 5 ini, kalau tayarnya masih elok dan dalam keadaan baik setelah perjalanan jauh, maka baik jugalah bahagian kereta yang lainnya.

Thursday, September 22, 2011

Panggilan Bumi Haram...


Panggilan Haji telah tiba lagi..

Hari ini di Malaysia Hari Ini (MHI) Ally dan Wardina mula mengutarakan persoalan haji..

kenapa? kerana Syawal adalah bulan haji, begitu juga Dzulqaedah dan sudah tentu Dzulhijjah..

kata Wardina aspek fizikal perlu diambil berat kerana kita nak jalan jauh, buat ibadah2 rukun yang memerlukan tenaga secara fizikal. Pemakanan juga perlu diambil kira.

Persiapan mental juga sangat penting bagi menghadapi suasana jutaan manusia dan cuaca musim sejuk di makah tahun ini.

"Hari ni dah kena start joging la bakal jemaah haji kita" gurau wardina.

dituliskan di dalam kitab al-jauhur mauhub munbihatul qulub pada bab yang ke-2 pada menyatakan kelebihan Lailahaillallah...

[telah bermimpi] ia akan seorang lelaki setelah letih dia mengutip batu...lalu tertidur ia diperjalanan, bahawa qiamat telah tiba, maka dia telah dihisab dan ditimbang amalannya dihadapan Allah Maha Adil..
Maka adalah wajib ke atas dia akan neraka (nauzubillah)
lalu para malaikat pun menyeret dirinya ke pintu neraka jahannam..

lalu datang seketul batu yg kecil ingin menghumban dirinya (nya=batu) ke neraka untuk mengganti diri lelaki itu..
maka cuba diangkat oleh para malaikat yg gagah, namun tidak terangkat (*x sure nak alih batu or nk humban lelaki tu ke dalam pintu neraka)
lalu pergi malaikat mengheret lelaki itu ke pintu yang lain hingga habis tujuh pintu neraka, namun tidak dapat dicampak lelaki itu kerana ada batu yang menghalang.

lalu di bawa ke arasy Allah...

dari manakah datang batu itu? apakah amalan lelaki itu hingga menghindar dirinya dari neraka?

.....

semasa lelaki itu mengutip batu untuk melontar pada IBADAT HAJI.. dia berkata
"WAHAI BATU, ENGKAU MENJADI SAKSI KEPADAKU BAHAWASANYA AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH, DAN AKU BERSAKSI NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH...."



*para ilmuwan sila bantu

Wednesday, August 3, 2011

Subject: kepalsuan Hadith kelebihan terawikh!!!


Assalamualaikum..
Artikel ini telah penulis temui beberapa tahun lalu dalam bentuk hard copy..dan pada ramadhan2 yang lepas penulis telah cuba menyebarkan maklumat ini dalam bentuk soft copy...tahun demi tahun Alhamdulillah kenalan penulis bertambah bilangannya, maka izinkan penulis berkongsi sekali lagi cerita ini untuk manfaat bersama..Allahumma faqqihna fiddin


Message: Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:

DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan
Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Lagi Penyayang


Puji-pujian bagi Allah Subhanahu
wata'ala, selawat dan salam keatas
junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu
'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini
satu hadis tentang kelebihan Tarawih
pada malam-malam Ramadan telah tersebar
dengan meluas sekali
. Media elektronik,
cetak serta media massa lain turut
memainkan peranan menyebarkannya melalui
akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah
dan lain-lain dengan harapan semoga
mereka mendapat saham dalam usaha
menggalakkan umat Islam supaya rajin
beramal ibadat, terutamanya dalam bulan
yang diberkati itu. Hadis yang
dimaksudkan itu ialah satu hadis yang
agak panjang kononnya diriwayatkan oleh
Sayyidina Ali r.a.
yang sebahagian
darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa
Rasulullah s.a.w. telah bersabda
berkenaan dengan fadilat sembahyang
Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:


* Malam Pertama: Keluar dosa-dosa
orang mukmin pada malam pertama seperti
mana dia baru dilahirkan (mendapat
keampunan dari Allah Taala).


* Malam Keempat: Mendapat pahala
sebagaimana pahala orang-orang yang
membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan
Al-Quran.


* Malam Keenam: Allah kurniakan
pahala kepadanya pahala
malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat
sekali tawaf), serta setiap batu-batu
dan tanah akan mendoakan supaya Allah
mengampuni dosa-dosa orang yang
mengerjakan sembahyang tarawih pada
malam ini.


* Malam Ketujuh: Seolah-olah dia
dapat bertemu serta menolong Nabi Musa
A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan
Haman.


* Malam Kelapan: Allah mengurniakan
pahala orang sembahyang tarawih
sepertimana yang telah dikurniakan
kepada Nabi Ibrahim A.S.


* Malam kesembilan: Allah kurniakan
pahala dan dinaikkan mutu ibadat
hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.


* Dan kelebihan-kelebihan seterusnya
sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh



Namun begitu setelah diajukan pertanyaan
kepada beberapa tokoh agama tanah air
mengenai kedudukan hadis ini, dari
manakah ianya diambil, semuanya tidak
dapat memberikan penjelasan. Dan setelah
diteliti dalam kitab induk hadis
seperti
Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis
lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga
dalam kitab-kitab hadis palsu
(maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati
hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis
ini merupakan satu hadis yang baru
diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis
dahulu yang menulis tentang hadis
maudhu` pun tidak mengetahui akan
wujudnya hadis ini.
Kita tidak menafikan
kelebihan sembahyang Tarawih dan
kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu
kita tidak mahu umat Islam tertipu
dengan berbagai-bagai janji palsu yang
menyebabkan umat Islam mengerjakan
amalan kebaikan dengan mengharapkan
sesuatu yang sebenarnya tidak akan
diperolehinya. Dengan tersebarnya
hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan
mencemarkan kesucian hadis Rasulullah
s.a.w. yang dipelihara dengan dengan
begitu baik oleh ulama kita dahulu.


Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan
amaran terhadap orang-orang yang
mengadakan pendustaan atas namanya
dengan ancaman yang berat sebagaimana
sabdanya: Barang siapa sengaja
mengadakan dusta atas namaku maka
hendaklah dia menyediakan tempatnya
dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak
sekali sehingga sampai keperingkat
Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala
jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama
ada dengan maksud memberi galakan supaya
rajin beramal ibadat ataupun ancaman
supaya menjauhi segala larangan Allah
(targhib dan tarhib).

Wallahu a'lam..

Sunday, July 31, 2011

HALAL tetapi mudharat


Assalamualaikum w.b.t

Salam satu Ramadhan...

Ramai orang boleh menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa, akan tetapi tidak ramai orang yang dapat menahan diri dari perkara2 yang membatalkan pahala puasa..

terutama makan makanan yang halal TETAPI secara berlebihan..

telah berpesan hujjatul islam imam al-Ghazali di dalam kitabnya Minhajul 'abidin

bahawasanya di dalam membanyakkan makan itu

1) mengeraskan hati dan menghilangkan akan cahayanya

2) fitnah bagi segala anggota

3) sedikit faham dan ilmu

4) sedikit ibadat

5) ketiadaan manis ibadat

6) kebinasaan takut jatuh kepada syubhah dan haram

7) membimbangkan hati dan tubuh untuk:
a. menyediakan makanan
b. memakan ia (makanan)
c. menyelesaikan dan melepaskan ia (makanan) daripadanya (tubuh)
d.
e.

8)
9)
10)

sumber:
kitab minhajul abidin terjemah bahasa melayu / tulisan jawi
muka surat 59-60
(hanya point ditulis, huraian sila rujuk pada halaman kitab)
tips: 1. boleh dapatkan kitab ini di kedai buku bertentangan masjid india.
2. pengajian sebulan sekali di masjid ar-rahman oleh ustaz sidek..

berbukalah seqadarnya..

kata2 hikmah:

berapa ramai orang yang mengutip pahala ibadat Ramadhan pada malam dan siang hari..akan tetapi apabila beliau pergi ke bazar ramadhan selepas asar atau menyediakan hidangan berbuka yang berlebihan, pahalanya hilang bak debu yang ditiup angin..kebanyakannya atau mungkin kesemuanya (pahala puasa)..

Tuesday, July 5, 2011

Bersihkan Hati sebelum ke BERSIH...


Aku tersengguk menunggu giliran..sedar2 jam telah menunjukkan pukul 7.00 malam..

"no.22, siapa no.22?..."

aku mengangkat tangan bak budak sekolah yang diperiksa kehadiran

selesai gunting rambut, motorsikal diarah ke surau kolej..dapat berimamkan orang yang lebih muda...hati rasa tenang sekali...sinar akan terus kekal

dipendekkan bicara yang sedia ringkas, berita tentang BERSIH 2.0 yang tidak akan dilaksanakan di jalanan mengulami makan malam nasi goreng kampung ku...

sudah fitrahnya orang muda..kecewanya bukan kepalang!!!

"Kepimpinan yang mencari redha Allah, pimpin masyarakat untuk memperhambakan diri padaNya...cirinya adalah bersedia menerima kritikan dan membuka segala pintu teguran dari rakyat" tegas ustaz yang membawa kisah perlantikan saidina Umar r.a

"Aku bukan yang terbaik di kalangan kita, jika dapati aku melencong maka tegurlah, jika dapati aku benar maka bantulah"
lalu bangun seorang Badwi memberi reaksi kepada kenyataan Umar
"Seandainya kami dapatikau salah, akan kami betulkan dengan ini (sambil menunjukkan pedangnya).."
dibalas Umar "Alhamdulillah, kerana telah mengurniakan rakyat seperti lelaki ini"

Inilah gambaran kasih sayang sebenar antara pemimpin dan rakyat yang dipimpinnya..
Rakyat yang sayang akan pemimpinnya bukan sekadar taat, bahkan wajib pula memberi teguran untuk membetulkan kepincangan pemimpin...
walhal saidina Umar adalah sahabat Nabi dan khalifah dengan peribadi hebat, namun pengajaran di sini dia mungkin akan melakukan kesilapan dalam kepimpinan kerana ketidakmaksuman dirinya..dan betapa merendah dirinya Umar, hingga kini dengan izin Tuhan namanya disebut2 generasi terkemudian...

Dalam ghairah kita berjuang untuk ke BERSIH 2.0, kadangkala kita perlu mengkoreksi niat kita semula..takut2 dan bimbang2 jika ibadah dan perjuangan kita tidak diterima Allah...takut dan bimbang ini lahir dari keimanan..

Dalam kisah perang badar, Abu Bakr mendengar Nabi menadah tangan (hingga nampak putih ketiaknya) seraya berdoa "Ya Allah, jika kau tidak beri kemenangan kepada kumpulan kecil ini (tentera muslimin), maka tidak ada lagi yang akan menyembahMu.."
(lan ta'buduu)

"Jadi tujuan kita beribadah dan berjuang (dalam konteks zaman Nabi berperang) ini adalah semata2 untuk menyembah Allah (diri dan mengajak orang lain) dengan makna mencari redhaNya..."

Penjelasan dari ustaz dengan kisah2 sirah yang dibawa memberi tenang hati yang sedikit kecewa dan putus asa dengan pengumuman terbaru himpunan 'walk 4 democracy'

"Jihadlah dengan sebenar2 jihad"

Thursday, May 26, 2011

IKRAR GURU PASTI

Kami guru-guru PASTI Malaysia

Dengan ini berikrar:

Mendukung terus cita-cita kami

terhadap tugas kami

Dan menyatakan keyakinan kami

Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti kepada Allah

Masyarakat dan Negara kami

Kami sentiasa menjunjung kedaulatan islam

Dengan mengamalkan Al-Quran dan As-sunnah

Serta prinsip-prinsip rukun iman dan islam

Pada setiap masa

Mendidik dengan ikhlas

Berteraskan amanah dan kejujuran

Mendidik agar berani

Tabah dan berjihad

Kami mencurahkan bakti

Mencorak warna kecemerlangan islam

Bersatu menuju wadah

Menuju matlamat islam

Akhlak yang mulia menjadi terasnya

Kami pendidik berikrar amanah, tabligh dan fathanah

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Saturday, April 30, 2011

Perempuan Dunia VS Bidadari Syurga


Pada suatu ketika, ummul mu'minin saidatina UMMU SALAMAH
bertanya kepada Nabi s.a.w..

Manakah yang lebih mulia? Perempuan dunia atau Bidadari?

Maka dijawab Nabi dengan penuh hikmah
"Laksana lebih mulia pakaian luar dari pakaian dalam.."

ALASAN : Kerana 'amal, Solehahnya, Ta'atnya pada Allah dan suami, dan
Pengorbanannya yang terlalu besar untuk anak2...

Hadith Nabi:
"Tidaklah memuliakan atas perempuan itu melainkan orang yang mulia,
dan Tidaklah yang menghinakannya melainkan orang yang hina juga"

Di zaman jahiliyyah, Kabirah bin Abi Sufyan telah membunuh 4 orang
anak perempuan
..
manakala Qais bin 'Ashim at-Tatimy membunuh 8 orang....

Islam yang datang melalui Nabi Muhammad yang diutuskan meninggikan darjat
kaum wanita ; antara contoh :

1) Nabi menggendong Fatimah berhampiran ka'abah sambil mengucup cium anak kecil itu
sambil berkata "Raihanatun nasyummuha wa rizquha 'alallah"
(Sekuntum bunga harum semerbak, kita cium. Dan rezekinya sudah dijamin Allah)

2)Dalam perang Hunain, tentera Islam menawan Bani Sa'ad
Nabi menghampar jubahnya sendiri kepada saudara sesusuannya yang perempuan
(ibu susu nabi (i)Suaibah-babu pengasuh di rumah Abu Lahab
(ii) Halimahtus Sa'adiah)

lastly, x sure sumbernya hadith or atsar or kata2 ulama':

"Jangan engkau paksa2 anak perempuanmu,
sebab mereka adalah mu'sinah yang mahal sekali"
*mu'sinah = ubat jernih pelerai demam

hope anak buah ke-7 yang bakal lahir very soon ni pun baby girl gak,
boleh kawan ngan Balqish no.5, dan Izzara no.6..(pssstt..senang nk pinjam baju)

wallahu a'lam

Sunday, April 24, 2011

syarat2 saksi >>>'ADIL


syarat saksi yang pertama mestilah saksi itu bersifat 'adil
iaitu 'adil yg menurut neaca islam
bagaimana yg dikatakan 'adil itu?

'adil pada diri sendiri?
KONSEP 'ADALAH ('ADIL)

a) beliau (saksi) tidak mengerjakan dosa besar..atau melakukuan dosa kecil secara yg berterusan

b) sah i'tiqadnya iaitu sah 'aqidahnya..
tidak melakukan bid'ah atau bukan ahli muktadid

c) berkuasa menahan diri ketika marahnya
means kalau masa marah tu nak memaki hamun, mengungkit, mengumpat dan
perkara2 lain yg boleh membawa kepada dosa

d) menjaga kemaluannya... atau dengan kata lain memelihara muruahnya atau
kehormatan dirinya..
dengan tidak melakukan perkara2 yg boleh menjejaskan kehormatan dirinya atau
menjatuhkan nama baiknya
cth : makan sambil berjalan
merokok
bercouple bg yg single
atau lain2 yg dilihat aib oleh masyarakat islam...

al-fadhil Ustaz hj. Salleh hj. Ahmad
kitab Kifayatul Muhtadi
11/06/2009
masjid ar-rahman, UM.

Saturday, March 26, 2011

THO'AT menurut yahya arrazi




mencari diri sendiri.. aku juga ingin menjadi taat.. tapi bagaimana lagi..?

BARU LAST WEEK X SILAP dalam kuliah maghrib ustaz Sidek di Masjid ArRahman
dalam mensyarahkan Perkara kelima daripada 5 perkara penghalang ibadah
iaitu fasal perut, dalam kitab MINHAJUL ABIDIN ini hujjatul islam IMAM AL-GHAZALI memetik kata2 IMAM YAHYA ARRAZI
kata imam yahya arrazi, THO'AT itu merupakan perbendaharaan dalam perbendaharaan ALLAH TA'ALA..
maka KUNCINYA IALAH DOA dan GIGI KUNCINYA ialah MAKANAN YANG HALAL...

Monday, February 14, 2011

Pantun Maulud Nabi...

Selamat Tinggal Rabiul Awali
Menyabutlah Pula Bulan Rabiul Sani
Selmat Bulan Diputerakan Nabi
Sekalian Islam Sudah Mebesari

Wahai Saudara Hendaklah Diingati
Bulan Maulud Kita Memperi
Bulan Yang Mulia Lagi Berseri
Oleh Kelahiran Nurul Muhammadi

Muhammad Itu Utusan Rahman
Mengkhabar Apa Tuhan Berfirman
Ke Alam Dunia Mempermasukkan Iman
Untuk Menimbul Hidup Yang Aman

Susah & Payah Nabi Lakukan
Sedikit Tidak Berasa Segan
Kerana Menghambur Isi Al-Quran
Supaya Umat Dapat Amalkan...

Wednesday, January 19, 2011

4 perkara penghalang ibadat...


segala perkara di kira ibadah jika perkara itu harus dan diniatkan kerana Allah semata2..(semoga diberi kekuatan)
kita lihat sahaja contoh sunnah nabi kita, tiada perkara yg harus yg dilalukan melainkan semuanya kerana Allah dan segala tindakan, perkataan dan diam nabi itu mendapat ganjaran pahala sekaligus menaik tarafkan perbuatan nabi itu daripada harus kepada sunat...(syaratnya ialah niat kerana Allah)

jadi menurut imam al-ghazali, terdapat 4 perkara yg boleh menghalangi ibadah kita kepada ALLAH :

1) Dunia
2) Manusia
3) Syaitan
4) Nafsu...

nafsu inilah yg dikatakan yg paling sukar untuk diatasi dan menjadi halangan utama
ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak
nafsu ini tidak boleh kita buang kerana ia satu juzuk dari diri kita,nak dilayan pun tak boleh kerana nafsu ni sangat cenderung boleh membawa kepada dosa dan maksiat..
namun, kita makan kena guna nafsu, minum, bekerja, belajar, bernikah, beriadah...

situasinya sama la seperti terdapat pencuri di dalam rumah atau dalam bilik sendiri..
sangat licik, kita x perasan dan x sangka pun...
bagaimana kita ingin menanganinya..???

so, untuk mengekang nafsu, 5 perkara perlu dijaga :

1) mata
2) telinga
3) lidah
4) hati
5) perut

Wednesday, January 5, 2011

1 malaysia vs 1 ummat


5 rukun satu ummat :

1) sembah tuhan yang satu

allah allah ni ape dia? tanya tuan guru...pelajar2 senior dan apetah lagi pemuda itu terkebil2 dan memandang antara satu sama lain sambil mencari jawapan yang pasti..

"allah ialah nama bagi dzat yang wajib wujud, yang disembah dengan sebenar-benarnya,
yang terkaya ia (allah) dari segala sesuatu, dan berkehendak kepadanya segala sesuatu" jelas tuan guru.
[untuk huraian takrif bagi allah ini pada post yg lain insyaallah]

kita belajar perkara yang membatalkan solat, wudhuk, puasa dan sebagainya..
namun begitu kita kurang mengaji dan mengkaji perkara yang boleh membatalkan islam, iman dan syahadah!!!
i.e tidak laksanakan hukum allah di muka bumi dan menegakkan kebatilan, menghalalkan yang haram (judi sbg contoh) yang jelas di dalam quran hukumnya. (beriman kpd quran itu rukun iman ke-3).

2) anuti agama yang satu

agama iaitu islam, din iaitu cara hidup dan perundangan mengikut hukum syariat allah

cth : sahabat nabi, abdullah bin salam yg asalnya berbangsa yahudi, nak amal sedikit sahaja kandungan taurat, tetap tidak boleh. walau taurat itu juga dari allah.
tetap perlu masuk islam secara keseluruhannya.
inikan pula nak ikut,patuh atau reda hukum selain syariat allah, seperti undang2 kafir.

3) berpandu kepada kitab yang satu

al-quran adalah kitab yang menjadi petunjuk kepada semua manusia.
tidak boleh baca sahaja,(kena baca) kena hurai isi quran baru quran akan jadi petunjuk.

4) mencontohi nabi yang satu

di sini dikongsi bersama dalil quran
(ahzab : 40)
(ahzab : 21)
(kahfi : 110)
(najm : 3,4)
(anbiya' : 107)

"laqad kaana lakum fi rasulillahi uswatun hasanah"
terus rujuk kepada batang tubuh nabi, bukan pada perkara tertentu sahaja.
cth : hanya contohi nabi pada perkara ibadat sahaja. akan tetapi contohi nabi pada segala hal/bab secara keseluruhannya.
*dalam ibadat, ekonomi, politik, kenegaraan dll..


5) berkiblat yang satu
(2 : 144)

1 ummat maka islam perlu ditegakkan
lihatlah abu ubaidah al-jarrah yang membunuh ayah sendiri dalam perang badar demi menegakkan syariat islam.
bukankah beliau itu salah seorang dari sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga.

idea asal ; u. shahril long, m. arrahman

Thursday, December 30, 2010

Isti’jal (tergesa-gesa)


Isti’jal, satu penyakit yang menimpa umat Islam sama ada individu ataupun jamaah, iaitu mahukan perubahan segera tanpa mengambil kira akibat, keadaan mahupun latar belakang dan tanpa membuat persiapan yang baik dari segi sumber, uslub dan wasilah. (Takrif ini kalau disyarahkan boleh menjawab pelbagai masalah individu dan jamaah).

Isti’jal memang tabiat manusia. Semasa Nabi Adam dicipta dan ditiupkan ruhnya, baginda terus bangun sebelum sempurna peniupan ruh tersebut! Tanda awal bahawa jenis manusia memang suka tergesa-gesa! Allah sendiri perakukan; خلق الإنسان من عجل (Al-Anbiya’: 37) bermaksud; Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru pada serba-serbinya…

Dalam sirah di Makkah, masyhur kalam Nabi SAW kepada Khabbab bin Al-Art apabila beliau meminta nabi berdoa agar dilepaskan umat Islam dari kezaliman Arab Quraisy. Tapi nabi menjelaskan bahawa umat terdahulu diuji lebih dahsyat lagi sehingga ada yang dibelah dengan gergaji tetapi tetap sabar dan nabi akhiri dengan kalamnya ولكنكم تستعجلون maksudnya, tetapi kamu semua tergesa-gesa!

Tanda-tanda isti’jal

1. Menggabungkan individu dalam kafilah dakwah sebelum tauthiq, kenal pasti bakat, kemampuan dan persediaannya. Amal menegakkan Islam tidak boleh dibuat secara borong. Perlu kepada penelitian dan memastikan hanya anasir soleh yang boleh ditarbiah sahaja dibawa bersama. Juga kena ambil kira kekuatan untuk mendidik anasir yang telah dipilih tadi. Jangan sampai kita terpedaya dengan bilangan pengikut yang ramai, tapi mereka tidak boleh menghayati perjuangan Islam yang sebenarnya.

2. Meningkatkan daie ke peringkat lebih tinggi sebelum sampai masanya. Dengan alasan supaya orang tadi cepat meningkat, lebih faham dan produktif untuk dakwah dan jamaah. Sebenarnya ini satu kezaliman, kerana meletakkan seseorang bukan pada tempatnya dan dalam keadaan dia belum bersedia lagi.

3. Melakukan tingkahlaku yang memudharat dan tidak bermanfaat kepada dakwah. Perkara ini biasa berlaku kepada orang yang tiada disiplin amal jamaie atau memang tidak boleh didisiplinkan. Lebih malang lagi apabila tindakan yang dibuatnya mendatangkan mudharat kepada dakwah dan memundurkannya puluhan tahun ke belakang.

Kesan-kesan isti’jal

1. Membawa kepada futur. Futur bermaksud kembali lemah selepas aktif! Boleh jadi seseorang itu asalnya amat aktif dalam amal dan dakwah tetapi sekarang dah malas dan melengah-lengahkan amal, tak aktif lagi. Juga boleh jadi lebih teruk dari itu, langsung berhenti dari amal dan dakwah. Lihatlah keliling kita, sahabt seperjuangan semasa di kolej atau universiti dulu, sama-sama aktif. Tapi bila dah berkahwin dan bekerjaya, tidak sehebat atau selantang dulu, bahkan ada yang senyap tak buat apa-apa, tidak kurang juga yang aktif tapi hanyut bersama pihak yang ditentang dulu!

2. Membantutkan amal, atau memundurkannya puluhan tahun ke belakang. Bayangkan kalau semua orang mengambil langkah drastik dan agresif atas nama amar makruf, nahi mungkar. Kemudian semua yang agresif tadi disumbatkan dalam penjara, siapa lagi yang akan meneruskan perjuangan mereka? Ini merujuk kepada tidak mengambil kira akibat dari amal yang dilakukan. Sebab itu selain dari perlu mengenali mungkar, perlu juga tahu uslub untuk mengubahnya. Faktor masa perlu diambil kira. Sebab itu pada zaman Makkah, nabi tidak mewujudkan sebarang konfrontasi dengan Arab Jahiliah. Selepas berhijrah dan mendapat sokongan Ansar dan Muhajirin, barulah berlaku.

Sebab-sebab isti’jal

1. Dorongan hawa nafsu dan semangat yang tidak dikawal. Iman kita naik dan turun. Masa iman naik, seseorang itu akan bersemangat untuk beramal dan mencegah kemungkaran. Tapi jika tidak dikawal dan terburu-buru, pastinya musibah yang menimpa. Contoh terdekat ialah membakar gereja dalam isu kalimah Allah. Ada orang akan terbakar semangatnya…

2. Kurang merujuk kepada sirah nabawiyah, sunnah Allah dan perjalanan dakwah para dua’t. Sunnah Allah terhadap alam; Allah sendiri menegaskan bahawa alam ini dicipta dalam masa enam hari. Bukan dengan sekelip mata, biarpun Allah mampu dengan kun fayakun. Sunnah Allah dalam pensyariatan; arak diharamkan secara berperingkat. Bukan sekaligus. Para qudama’ (veteran) dalam amal dakwah pun mengambil masa yang lama, keluar masuk penjara, tapi tetap thabat sampai akhir hayat kerana memahami bahaya isti’jal. Maka pengalaman orang lain dan jamaah lain perlu diambil kira supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang sama. Semangat golongan muda perlu diimbangi dengan hikmah para qudama’.

3. Tidak tahan dengan cabaran dan beban dakwah, juga mahukan hasil yang cepat. Perlu ingat, kita tidak dipertanggungjawabkan kepada hasil atau natijah. Tapi kita akan disoal terhadap apa yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah. Kita mesti berusaha, kemudian serahkan kepada Allah. Mengapa nabi tidak berdoa sahaja ketika diminta oleh Khabbab? Sedangkan doa baginda mustajab. Jawapannya, nabi nak ajar kita bahawa kemenangan agama ini perlu dengan tangan manusia sendiri, bukan dengan Kun Fayakun!

Pesanan Hasan Al-Banna


Sebagai pemimpin kepada gerakan Islam masa kini yang menjadi rujukan pelbagai pihak, mari kita telusuri kata-kata Hasan Al-Banna ini;

“Wahai kaum muslimin, khasnya yang bersemangat dan tergesa-gesa! Sesungguhnya jalan dakwah kamu ini, langkah-langkahnya telah disusun, sempadannya telah ditentukan, aku tidak akan menyanggahi sempadan yang aku amat yakin sebagai lebih selamat untuk sampai kepada matlamat. Memang jalannya panjang, tapi tiada jalan lain selain daripadanya… Siapa dari kalangan kamu hendak memetik buah sebelum masaknya… aku tidak bersamanya. Lebih baik dia mencari jalan dakwah yang lain. Siapa yang bersabar dengan aku sehingga benihnya bercambah, pokoknya tumbuh dan buahnya elok sampai masa untuk dipetik, maka ganjarannya di sisi Allah, kita sama-sama akan mengecapai ganjaran para muhsinin: sama ada mendapat kemenangan atau kepiminan, dan sama ada mendapat syahadah atau sa’adah.”

Perlu difahami, kalau semua persiapan dan sumber dah sempurna, kajian sebab dan akibat telah dibuat, maka jangan bertangguh lagi. Teruskan amal, itu bukan isti’jal…

Wallahu a’lam.

Oleh: Ustaz Azzahar bin Abd. Aziz,

Saturday, November 20, 2010

anda bijak jauhi zina




para sahabat yang berada di sekeliling nabi marah mendengar ucapan pemuda tersebut...

namun nabi dengan penuh hikmah dan kasih sayang bertanya kembali
kepada pemuda itu..

"seandainya ada orang ingin berzina dengan ibumu,adakah engkau izinkan?

"tidak!" jawab pemuda itu,tegas

"jika saudara perempuanmu?"

"jika anak perempuanmu?"

"jika ibu saudaramu?" tanya nabi lagi

dan jawapan pemuda itu semuanya 'tidak'

kemudian nabi meletakkan tangannya pada (kepala) pemuda itu lantas seraya berdoa "ya allah ampunilah dosanya,sucikanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.."

Sunday, October 31, 2010

alahai puteri umNO




1443 tahun dahulu,fatimah yang baru lahir dikendongnya berhampiran ka'bah,lalu dikucup ciumnya anak itu sambil menyatakan raihanatun nasyummuha wa rizquha 'alaiha tatkala masyarakat ketika itu begitu jijik dengan kelahiran anak wanita,
53 tahun selepas 'merdeka' pula,inikah bakal pemmpin yang ingin kita pilih mentadbir diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama kita????

lihatlah bagaimana islam datang melalui lidah nabiNya membawa rahmat ke seluruh alam dalam setiap aspek dan meninggikan martabat kaum wanita...
perhatikan juga qudwah bil hal yang ditunjukkan muhammad pesuruh Allah bagaimana menghormati wanita pada awal2 kerasulannya...

baca kembali bagaimana nabi menghormati saudara sesusuannya yang wanita dalam satu peperangan, membuka serbannya lalu menghamparkannya sebagai lapik saudaranya itu...

dan ingat lagi kita di zaman khalifah di mana seorang pemuda membunuh seorang kafir yg memasang perangkap hingga terbuka hijab seorang wanita yg berniaga di pasar...walau pemuda itu tidak mengenali dan dengan hanya atas nama Islam....

lebih 1200 tahun kerajaan islam terbina kukuh di persada dunia, dengan segala hukum sistem pentadbiran meliputi sosial, ekonomi, jenayah, jual beli, kekeluargaan, pendidikan, pembangunan, masyarakat majmuk, import export, dasar luar dan segalnya yg berlandaskan syariat islam...
dan banding pula dengan apa yang dimilik selepas 53 tahun 'merdeka'...

mana satu pilihan kita...???
undi kita...pemimpin kita

(gambar atas: fesyen wanita/puteri umNO pada perhimpunan agung 2010)

Friday, June 11, 2010

Orang yang Beradat


Orang yang Beradat Berjaya Dalam Kehidupannya

Tiada Sumbang Pada Kelakuannya

Kemajlis Dialah Jemputan

Kepenghadapan Dialah Panggilan

Dipelayaran Dialah Keterangan

Nombor Bilik Rumah Perhentian Dialah Bilangan

Bersahabat sahabat Dialah Pengenalan

Kejalan Allah Dialah Teman

Monday, May 24, 2010

Tanda-tanda hati yang sihat


Hati adalah raja kepada seluruh anggota badan. Tindakan anggota zahir melambangkan keadaan hati batin yang tidak dapat dilihat. Ada hati yang sakit, tetapi tidak disedari oleh tuannya. Bahkan ada yang sampai hatinya mati pun tuannya masih tak tahu tentang kematian tersebut ataupun tanda-tandanya.

Berikut disenaraikan sebahagian tanda hati yang hidup secara sihat. Kalau tanda ini tiada pada kita, ‘mafhum mukhalafah’nya hati kita sudah mula sakit.

1. Faham dan menghayati bahawa dunia ini adalah sebagai ladang untuk dituai hasilnya pada akhirat kelak.

Banyak orang tahu dan faham bahawa dunia ini adalah tumpangan dan akhirat kelak yang kekal abadi. Itu belum memadai jika tidak disertakan pembuktian bahawa kita tidak terjebak dengan perangkap dunia yang sentiasa mempesona. Pesanan Nabi; dunia ini indah menawan. Allah tempatkan kamu di sana supaya dia melihat bagaimana kamu beramal. Takutilah dunia dan takutilah wanita. Kerana fitnah pertama menimpa Bani Israil adalah pada wanita.

2. Rasa gelisah apabila tidak dapat menyempurnakan amalan dan wirid harian.

Sebagai muslim yang mengharapkan keredhaan Allah, setiap orang daripada kita perlu ada wirid harian yang menjadi amalannya. Sebagai contoh, membaca doa-doa yang ma’thur (sahih datangnya dari Nabi Muhammad SAW) pagi dan petang, membaca beberapa muka ayat al-Quran, beristighfar sebanyak seratus kali, berselawat ke atas Nabi SAW dsb. Ada orang menyediakan senarai semak atau muhasabah harian untuk memastikan amalan hariannya dipatuhi.

Kalau kita boleh mendisiplinkan diri kita untuk membeli dan membaca surat khabar dan menonton TV setiap hari selama berjam-jam, mengapa tidak boleh kita khususkan beberapa ketika untuk berzikir, istighfar, tilawah al-Quran dsb. kerana Allah. Perlu diingat, tidak semestinya kita duduk atas sejadah sahaja untuk zikir dan wirid tadi. Ada orang tidak sempurna harinya jika tidak membaca akhbar harian, tetapi langsung tidak tersentuh hati atau rasa bersalah jika tidak sempat membaca al-Quran. Pernah sekali saya menegur orang begini, dia menjawab; baca Quran tu bukan wajib! Subhanallah! Bukan saya nak menghukum, tetapi kita boleh soal balik; baca surat khabar tu wajib ke? Dalam masa yang sama, nilai dan hukumlah di mana letaknya diri kita sendiri?

3. Tidak reda masanya terbuang dengan perkara yang sia-sia.

Pentingnya masa sampaikan Allah bersumpah dengannya dalam al-Quran; Demi masa, demi fajar, demi dhuha, demi malam… Nabi sendiri pernah berpesan; rebutlah masa lapang sebelum datang masa sibuk. Pepatah Arab menyebut; waktu itu umpama pedang, jika engkau tidak memotongnya, ia akan memotong engkau. Tidak ketinggalan juga pepatah Melayu kita; waktu itu umpama emas. Manakala mujaddid kurun kedua puluh mengingatkan; waktu itu adalah kehidupan. Maka, jika kita mensia-siakan masa yang dianugerahkan Allah, bermakna kita telah mensia-siakan kehidupan kita sendiri!

Membuang masa sama ada dengan membiarkannya berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengisian, atau membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Sama ada manfaat dunia mahupun akhirat. Sama ada manfaat itu untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Andaikata membaca coretan ini membuang masa, tinggalkanlah. Andaikata kita menaip sesuatu yang tiada manfaat, tinggalkanlah. Kerana ia menjadi indikator kesihatan hati kita!

4. Putus hubungan dengan dunia semasa solat bahkan merasa nikmat dan rehat ketika menunaikannya.

Bila kita mengangkat takbir ‘Allahu Akbar’ kita telah mengagungkan Allah Taala dan meletakkan dunia dan isi kandungnya di belakang. Tidak dibawa sama dalam solat. Sebab itu antara adab solat ialah memastikan kita betul-betul bersedia dari segi mental dan fizikal. Makruh solat dalam keadaan makan sudah terhidang sebagaimana makruh juga solat jika menahan kencing, kentut dsb. Rasulullah SAW menjadikan solat sebagai ‘ruang rehat’ baginda ketika bersabda kepada Bilal; rehatkanlah kami (dengan solat) wahai Bilal!

Kalau kita tidak memahami makna perkataan dalam solat (walaupun dah dua puluh tahun solat!), masih sempat mencongak bajet keluarga bagi tahun 2010 dalam solat, masih sempat mencari destinasi percutian hujung tahun dsb., maka akuilah bersama bahawa hati kita masih belum sihat.

5. Tidak jemu berzikir kepada Allah dan berkhidmat kepadaNya, dan lebih suka bersahabat dengan orang yang menunjuk dan mengingatkannya kepada zikir dan khidmat tadi.

Jika kita tahu kedudukan kita sebagai hamba Allah, nescaya kita tidak akan jemu untuk berzikir kepadanya. Jika kita tahu peranan kita sebagai khalifah Allah, nescaya akan kita akan berusaha menunaikan amanah tersebut. Juga kita lebih suka mendampingi individu, majlis atau organisasi yang boleh membimbing kita berkhidmat untuk agama Allah. Kalaulah matlamat hidup kita sekadar memuji Allah, nescaya Allah tidak jadikan kita, sebab para malaikat lebih banyak zikir, tahmid dan tasbih mereka kepada Allah. Tapi Allah cipta kita berkhidmat sebagai khalifah di atas muka bumi ini, satu amanah yang amat berat. Kita tentu akan lebih cenderung mendampingi dan didampingi orang-orang yang akan membimbing, membantu dan mendorong penyempurnaan amanah tadi. Berbalik kepada tajuk, jika kita langsung tidak memikirkan tugas sebagai khalifah tadi dan berusaha menyempurnakannya, akuilah bahawa hati kita kurang sihat.

6. Tumpuan lebih diberikan kepada memperbaiki amal daripada memperbanyakkan amal.

Orang yang bijak sentiasa memuhasabah amalnya supaya diterima Allah. Bukannya banyak beramal tetapi ditolak oleh Allah. Jauh lagi, kalau hanya banyak bercakap, pandai komplen dan mempertikaikan tindakan orang lain, tapi diri sendiri tidak menyumbang apa-apa. Secara khusus, aspek yang perlu sentiasa diperbaiki ialah dari segi ikhlas, jauh dari ujub dan sum’ah, melaksanakan nasihat, muhasabah diri, ihsan dan merasa kurang dalam menunaikan hak Allah. Sebab itu ilmu dan berdamping dengan orang berilmu adalah perlu supaya amal sentiasa diterima Allah.

Moga Allah perlihatkan kelemahan diri kita sendiri supaya kita sedar dan berusaha memperbaikinya. Tidak kiralah kelemahan tersebut ditunjukkan oleh siapa, yang penting kita mengakui kelemahan diri dan membaikinya.

Salah silap saya mohon maaf dan sedia terima teguran. Wallahu a’lam.

Oleh: Ustaz Azzahar bin Abd. Aziz

Thursday, May 20, 2010

tersesat di jalanan


pulang dari membanci kereta,
aku menunggang seorangan..
hujan yang kadang lebat kadang renyai ku tempuh
sasarannya untuk bermaghrib sahaja di rumah, malas hendak singgah2

dalam hari yang kian kelam,bersuluh lampu jalan dan kenderaan lain,
aku terlepas simpang, tersesat ke jalan jauh
ah, aku rasa seperti aku seorang sahaja yang kehujanan
hujan itu bagai hendak membawa aku ke sesuatu tempat...

signboard menunjuki 'cheras'
aku mengambil keputusan pantas untuk melalui kawasan sekolah menengahku dahulu
kali ni pasti x sesat
hujan kian lebat..
aku menunda perjalanan dan memasuki kawasan masjid saidina uthman..
masjid yang penuh sentimental value buat diriku..
5 tahun kenangan yang bermacam...huhu

baju basah kuyup
namun aku terus ke tempat wudhuk tanpa melihat tanda arah..
solat di luar dewan sembahyang, aku letak beg sandang di hadapan..

seusai fardhu,
hujan masih berkunjung..
aku mencuri2 dengar kuliah yang disampaikan ustaz yang kebetulan ada

terdengar sebuah hadis nabi, mungkin qudsi...yang menginsafkan....
memang tepat mengena diri dan hati sang pemilik...
mungkin hujan itu memandu arahku dalam sesat tadi hingga ke sini......

Wednesday, May 19, 2010

pandangan mata yang menipu...


dua malam sudah aku bertandang ke sebuah rumah
corner lot dua tingkat, kereta mercedes parkir di garaj
"sekejap ya,pakcik saya ke masjid,lagi 5 minit balik la dia"

erm,ok...

"saya pun dulu belajar di um,ambil usul fiqh..tapi x pernah mengajar pun..terus buat bisnes ni

kalau nak cross bidang untuk master or phd, kena ada basic yang kukuh,

sama juga la kalu nak buat apa2 pun,tapak mesti kuat, kerana bila kita dah diatas, walaupun ada sokongan yang kuat,tapi kalau tapak x kuat,dia akan roboh,xkan stabil.."

yup

"ambil contoh tarikat la, bla3...."

pagi, aku terbangun dari lena

meneruskan kehidupan di kotaraya ini,

teringat hadis yg. aku baca lepas subuh tadi,
'memandang kepada tempat yang elok daripada tubuh perempuan itu seperti anak panah yang beracun daripada anak panah iblis.maka barangsiapa meninggalkan dia kerana takut akan Allah Ta'ala nescaya memperasa akandia oleh Allah Ta'ala akan kesedapan amal ibadah yang menyukakan ia akandia'
oleh al-hakam daripada huzaifah r.a dengan sanad sohih

erm, menundukkan pandangan...pagi tadi dah terlambat nak ke ofis boleeh la,x dan nak toleh kiri kanan
coz nonton MHI jemput u.hasrizal discuss pasal keluarga vs kerjaya.

pesan ustaz
"ibubapa kena slalu cakap dengan anak,and have a qualiti time dalam kesempitan masa dan tekanan kerja"
kata sorang penerima noble prize..how to make the world in peace?
the answer is "go back your home and love your family"

sabit dengan hadis sohih, sebaik2 kamu ialah yang baik terhadap keluarganya..