Dalam dunia hari ini, perlulah kita membentuk suatu sistem pelajaran yang baru yang bersesuaian dengan 'aqidah umat islam dan dasar-dasar hidupnya, tujuannya dan kepentingan-kepentingannya, dan mengeluarkan dari dalamnya semua roh-roh kebendaan, membersihkannya dari semangat menentang hukum-hukum Allah.
Disamping melaksanakan suatu revolusi pemulihan akhlak.
Membersihkan penyembahan terhadap benda, dan meniupkan roh taqwa dan kembali kepada Allah dan penentuan hidup di akhirat, belas kasihan sesama manusia seluruhnya.
Pembersihan pemikiran barat dari ilmu bahasa, sastera, falsafah, ilmu jiwa, ilmu pembangunan ekonomi dan politik. semua ini hendaklah dikuasai dan diletakkan di bawah roh-roh ilmu yang membanteras pengaruh barat terhadap pemikiran ummat dan menentang kepimpinan dan ketuanannya.
Demikian jugalah segala ilmu-ilmu barat dan teori-teorinya dijadikan sebagai topik-topik yang akan dipelajari dan dikaji secara sungguh-sungguh, diterangkan kepada anak-anak islam kenapa ia merupakan satu jenayah orang-orang barat dan bagaimana ia bleh menguasai manusia dan tamadunnya. Segala ilmu-ilmunya sekalipun diletakkan du suatu makmal kajian, tetapi ilmu itu mestilah dipelajari dengan penuh keberanian da kebebasan. Ia dikira sebagai bahan mentah yang masih boleh kita buat apa yang kita kehendaki sesuai dengan keyakinan 'aqidah kita dan kebudayaan kita.
tUgas ini sekalipun akan menemui beberapa rintangan dan kesulitan dalam melaksanakannya dan sekalipun mereka itu mengambil masa panjang untuk melihat natijahnya?
Tetapi itulah satu-satunya cara penyelesaian bagi menghadapi trend taghut yang telah menajisi dunia islam dari timur ke barat.
Trend pembaharuan dan pembaratan yang mencabar alam pemikiran islam dan penyusunan masyarakatnya. Ia terus menjadi ancaman terhadap kehidupan dan kewujudan umat ini.
Natijah dari sistem pelajaran yang ditekankan kepada kanak-kanak islam itu akhirnya akan menjadikan semangat mereka, pengorbanan mereka, keikhlasan dan kesetiaan mereka (yang kesemua ini adalah sebagai asas secara langsung untuk menegakkan negara islam dan membebaskan negara-negara terjajah) malap berhadapan dengan kemaraan api pembaharuan pembaratan, akhirnya mereka diheret ke mana sahaja oleh barat secara tidak mereka sedari.
Sesungguhnya itulah rahsia kejayaan kerajaan inggeris di India mahupun di Malaysia, iaitu dengan meneruskan wujudnya ketua-ketua, pegawai-pegawai tinggi dan hakim-hakim yang terdidik dengan pendidikan barat tulin, mereka menjadi orang-orang yang ta'at.
Mereka paksakan peraturan dan perundangan barat untuk negeri ini, hal berlangsung terus hingga berpuluh tahun menurut kehendak tuan-tuan mereka dari negara asing itu, dan menurut fikiran dan kebudayaan mereka.
Oleh itu, jalan untuk mengubah negara-negara islam dari terbiar, yang akan menghanyutkannya sekarang ialah dengan kembali semula kepada cara hidup secara islam, dan mementingkan pengajaran dan pendidikan islam terhadap anak-anak islam, kerana peringkat mereka inilah yang akan memerintah negara pada masa hadapan.
Justeru yang demikian sistem pelajaran hendaklah kita perbaiki kerana mereka aka keluar menurut apa yang telah kita ajukan.
Perubahan menyeluruh terhadap sistem pelajaran ini da membentuk generasi muslim adalah suatu yang mesti dilakukan, tetapi ia berkehendakkan waktu yang panjang dan persiapan-persiapan yang cukup.
Syed Abul Hasan Ali An-Nadwi - ke arah pendidikan islam yang tulen -
Baba Hussin pondok Dala Fathoni
3 weeks ago