Friday, January 15, 2010

ISLAM & KEUNIKANNYA (apa kata mereka...)


Islam bukanlah agama dalam ertikata yang biasa.
Islam juga bukannya 'religion' yang diertikan sebagai 'a subjective relationship to certain metaphysical extramundane factors'.
Tetapi kawan2, Islam melampaui semua had2 yang tersebut.
Islam adalah lebih jauh dan lebih luas dari itu sebenarnya.

Bagi saya, Islam adalah satu sistem sosial yang lengkap, satu 'civilization', satu falsafah, satu 'culture' secara serentak!!!

Sir Theodore Morrison dalam 'England and Islam'(1919) menyebut:
'In Truth, Islam is more than a creed, it is a complete social system, it is a civilization with a philosophy, a culture and an art of its own'.

sementara H.A.R. Gibb dalam 'Whiter Islam' (m/s 12) menyatakan :
'Islam is indeed much more than a system of theology, it is a complete civilization'.

Lothrop Stoddard pula menyatakan dalam 'Clashing Tides of Colour' :
'Islam is more than a creed, it is a culture and a way of life'.

George Bernard Shaw meramalkan dalam bukunya ' A Collection of writings of some of Eminent Scholars' :
'If any religion has the change of ruling over England, may Europe within the next hundred years it can be Islam'.

Prof. Charles L. Geddes dari American Institute of Islamic Studies menyebut dalam ceramahnya :
Islam has all the characteristics to play a vital role in the affairs of the nations to bring about peace and understanding in the world..the West expects that muslims who had a devine religion and glorious past of their own would explain the basic tenets and philosophy of life to the West..and play their destined role in the world of tomorrow as har bingers of peace.
('Islamic Education',Lahore 1968).

Napoleon Bonaparte menyebut :
I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all the countries and established a uniform regime based on the principles of the Quran which alone are true, which alone can lead men to happiness
(Cherfils,Bonaparte et Islam,Paris,France, page 125)

"Sesungguhnya, ini adalah jalanKu yang lurus,ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikut jalan-jalan yang lain, kerana jalan-jalan itu, akan mencerai beraikan kamu dari jalanNya"
(al-An'am : 153)


wallahu a'lam

Tuesday, January 12, 2010

TUNTUTAN BERORGANISASI



Apa yang dimaksudkan dengan organisasi?

Dari segi bahasa ialah kumpulan @ jemaah dimana mempunyai lebih daripada seorang.
Dari segi syara' pula bermaksud satu kumpulan yang menggerakkan dakwah.

Kenapa setiap muslim dituntut untuk berorganisasi?

1. Ia adalah sunnatullah sejak azali lagi.
2. Fitrah manusia itu sendiri berhajat kepada berkumpulan.
3. Manusia yang berperanan sebagai khalifah adalah untuk menjayakan konsep 'hablun minannas'.
4. Misi manusia adalah untuk melakukan kebaikan sesama manusia sebagai bukti kita adalah merupakan insan yang bersyukur.
5. Misi terbesar untuk mendirikan kerajaan Islam sedunia.

Jika dirujuk surah as-saff ayat 4 iaitu :

إن الله يحب الذين يثاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT amat mencintai mereka yang berjuang di jalan-Nya dalam keadaan Saf (berorganisasi) seumpama bangunan yang terbina kukuh."

ini sudah membuktikan bahawa Islam tidak suka akan perpecahan dalam melakukan sesuatu perkara. Cuba kita fikir tanpa adanya organisasi sejauh manakah kualiti dan kuantiti pencapaian dapat dicapai sekirannya ukhuwwah yang dicapai tidak disatukan dalam kehidupan organisasi ISLAM.


CIRI-CIRI ORGANISASI ISLAM?
1. Mempunyai matlamat yang jelas.
2. Sasaran amal tepat iaitu membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.
3. Perjuang ISLAM secara menyeluruh.
4. Bersedia menghadapi banyak ibtila' (ujian)
5. Kewujudan berterusan iaitu kerja yang sentiasa terus-menerus dan tidak dihapuskan. kata-kata IMAN SYAHID AL-BANNA ''kita ini bagaikan rantai-rantai perjuangan,tiada permulaan,tiada akhir".kalau boleh kerja dakwah ini sentiasa mekar sampai kiamat.
6. Tidak menjadi kesalahan jika kerja yang dilakukaan ia bercampur antara lelaki dan perempuan cuma batas-batas haruslalah dijaga, jangan sampai menimbulkan fitnah terhadap organisasi islam yang hendak diketengahkan dan sekali gus memburukan imej islam.




Dalam suruh al-Fatihah ayat 6 :
"tunjukilah kami jalan yang lurus".

Sila fokus kepada perkataan "KAMI" yang merujuk kepada ramai dan perkataan "SAYA" tidak digunakan kerana ALLAH cintakan hambaNYA yang berjemaah. Oleh itu umat Islam perlu bersatu di bawah satu organisasi supaya syiar Islam dapat dikembalikan. Cuba kita fikir tanpa organisasi sejauh manakah nilai kekuatan ukhuwwah dapat diikat jika nilai ukhuwwah yang dicari mempertikaikan kepentigan beroganisasi???
Adakah anda dapat bayangkan jika organisasi-orgasasi ISLAM tidak ada di muka bumi ini? Adakah objektif, misi dan visi yang diwarwarkan dapat diperjelaskan. Jadi marilah kita fahami mengenali apa itu organisasi islam yang sebenarnya:


Tuntutan Berorganisasi

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam memimpin umat Islam sebagai satu jemaah dan satu kesatuan serta mendirikan kerajaan Islam yang pertama bersama mereka. Ini diikuti oleh Khulafa' ar-Rasyidin di atas manhaj yang sama. Imam as-Syahid Hasan al Banna di Mesir juga telah mengikuti manhaj yang sama dan melihat perlunya suatu jemaah untuk mencapai tuntutan ini dengan tujuan mendirikan kerajaan Islam dan mengembalikan khilafah Islamiah. Lalu beliau mengasaskan pertubuhan Jamaah Ikhwanul Muslimin yang mana antara tujuannya yang paling penting ialah untuk mendirikan Negara Islam yang akan menguatkan agama Allah dimuka bumi.

Seruan kepada kewajipan berorganisasi ini adalah berdasarkan dalil naqli (Al Quran dan Hadis)

Surah as-Saff ayat 14 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman,jadikanlah diri kamu pembela (agama Allah) sebagaimana (keadaan penyokong) Nabi Isa Ibnu Maryam (ketika)berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalanan) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?
"Penyokong-penyokong Nabi Isa menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah.('Setelah Nabi Isa tidak berada bersama mereka')maka sepuak daripada kaum Bani Israel beriman dan sepuak lagi tidak beriman.Lalu kami memberikan pertolongan kepada orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya ,jadilah mereka orang yang menang."

Islam mendidik kita melaksanakan ibadah dan syiar agamanya secara berjemaah.Tanggungjawab kita untuk melaksanakan kebaikan juga diperintahkan supaya menjauhi laranganNya.Semua ini adalah tidak lain dan tidak bukan wajib dilaksanakan secara berkumpulan atau berjemaah.
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Huzaifah Bin al-Yaman radhiyallahu anhu berkata Rasulullah s.a.w:
"Wajib kamu bersama-sama jemaah muslimin dan pemimpin mereka."
(Muttafaqun alaih)

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil.Maka jangan kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjemaah dan mencampuri orang ramai seperti menghadiri masjid."
(Hadis riwayat Ahmad Bin Hambal)
Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Barangsiapa yang memisahkan dirinya daripada jemaah sekadar sejengkal,sesungguhnya dia telah meninggalkan Islam daripada lehernya,sekalipun dia bersembahyang , berpuasa dan menyangka dirinya seorang Islam."
(riwayat al-Tarmidzi,al-Nasai, dan Ibnu Hibban.Dan berkata al-Hakim:Sahih menurut syarat al Bukhari)

Konsep Berorganisasi

1. Hendaklah ahli-ahlinya memahami dengan jelas Islam sebagai satu cara hidup. Bukan memahami Islam dalam bentuk-bentuk tertentu seperti ekonominya sahaja, pendidikan atau sebarang juzu’ daripada Islam. Kemudian, dengan kefahaman yang benar terhadap Islam, maka ia perlu menjadikan matlamat organisasi yang didokongnya ke arah Islam.

2. Mencapai matlamat badan dakwah yang telah disepakati. Sebarang usaha mencapai matlamat selain itu, maka ia akan memberi kesan kepada badan dakwah sendiri.

3. Menghormati ketua dan wala’ kepadanya. Tanpa wala’, akan timbul perpecahan di kalangan ahli dan menyebabkan matlamat tidak tercapai. Bahkan lebih teruk daripada itu mengakibatkan permusuhan.

4. Mempunyai pembahagian tugas dalam melaksanakan sebarang bentuk program. Ia penting agar semua ahli dapat memberi sumbangan dalam menjayakannya dan tidak timbul masalah mereka yang ‘escapisme’.

5. Mempunyai sikap bantu-mambantu antara satu sama lain.

6. Tidak mempunyai penyakit-penyaki hati seperti riya’, bangga, sombong, pentingkan diri sendiri, dengki dan menjatuhkan orang lain.

7. Mempunyai ukhuwwah yang mantap di kalangan ahli.

8. Selalu berbincang apabila timbul sebarang masalah.

9. Berkorban masa, tenaga, buah fikiran, harta dan sebagainya untuk membantu organisasi.


Nilai berorganisasi
“Setiap muslim dituntut mendengar dan mentaati pemimpin dalam perkara yang mereka suka ataupun benci melainkan jika disuruh melakukan maksiat, dan ketika itu tidak ada lagi tuntutan untuk dengar dan taat.”
Dalam waqi’ mahasiswa-mahasiswi yang jauh dari keluarga, persatuan adalah keluarga terdekat. Persatuan menjaga maslahah mereka dari segala sudut seperti tarbiah, akademik, kebajikan dan seumpamanya. Tugas persatuan adalah melaksanakan dan menjamin perpaduan di atas teras iman dan islam.
Di dalam berpersatuan, terdapat adab-adab yang perlu dijaga demi kejayaan persatuan yang diterajui. Di antara adab-adab tersebut ialah: memperbanyakkan memberi salam, demi mengukuhkan ukhuwah sesama anggota. Ukhuwah yang erat terbina sudah pasti membantu perjalanan sesebuah persatuan. Selain itu, anggota di dalam sebuah persatuan juga perlulah menjauhi sangkaan buruk sesama ahli dan ketua. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
”Dan jauhilah dari kebanyakan prasangka sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa.”
{Surah Al-Hujurat: 12}
Ketaatan yang jitu perlu diberikan terhadap ketua yang telah diberi amanat untuk memimpin. Kepincangan di dalam organisasi akan berlaku sekiranya tidak ada ketaatan kepada pemimpin. Allah s.w.t telah berfirman:
"Taatlah kamu kepada Allah, dan taatlah kepada Rasulnya dan juga pemimpin di kalangan kamu".
Seterusnya, adab yang perlu dijaga khususnya dalam mengawal perpaduan sesebuah organisasi adalah: memastikan kebenaran sesuatu khabar yang sampai kepada seseorang. Seseorang itu tidak boleh terus percaya khabar berita yang negatif yang boleh menggugat perpaduan yang sedang dibina. Firman Allah s.w.t:
”Wahai mereka yang beriman jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, periksalah dengan lebih teliti dahulu.”
{Suran Al-Hujurat: 6}.
Persaudaraan di antara kaum Ansar dan Muhajirin merupakan contoh terbaik bagi penggerak dan pendukung perjuangan. Perpaduan di kalangan mereka telah menatijahkan kekuatan untuk Islam sehingga terbinanya Negara Madinah yang merupakan contoh kepada pembinaan negara rabbani.


Berbeza dengan dunia Islam di hari ini yang telah diuji dengan serangan dari musuh-musuhnya. Musuh-musuh islam dengan rakusnya telah menyerang umat Islam seperti mana yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan Palestin. Apa yang paling menyedihkan kita adalah, apabila terapat di kalangan negara-negara sesama Islam sendiri telah bertindak songsang dengan menyokong serangan ini.
Semoga Allah menguatkan perpaduan kita dan sudah pasti perpaduan ini bermula dari komuniti yang kecil. Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-cerai (pecah-belah dari kebenaran).”
{Surah Al-Imran: 102}.

disediakan untuk tatapan semua.

wallahu a'lam

Monday, January 11, 2010

Kepimpinan & Iman -satu muhasabah diri.


Umat manusia telah ditugaskan/diamanahkan untuk memimpin dan bertanggungjawab mewujudkan keamanan sejagat.
Dengan sebab itu Allah s.w.t meggariskan bahawa kepimpinan itu hendaklah diamanahkan kepada orang-orang yang sebenarnya beriman kepada Allah, beramal soleh serta disusuli dengan kecerdasan akal yang mampu mengimbangkan antara keperluan rohani dan jasmani.

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud :
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai ummat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan meggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."

Tanggungjawab Pemimpin

Pemimpin selaku penguasa dan pemerintah di bumi Allah semestinya berkesanggupan untuk memakmur, memperbaiki, menegakkan keadilan, mententeramkan serta berkesanggupan pula untuk meningkatkan ketinggian nilai dan martabat manusia.
antara tanggungjawab seorang pemimpin ialah:

1. Mengislah (memperbaiki) masyarakat melalui kepimpinan.
so, pemerintah perlu menetapkan segala urusan pentadbiran dan kepimpinan kepada orang yang lebih layak dan patut serta berkemampuan dalam melaksanakan tugas (bukan kroni tau).
" Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah kehancuran. sahabat bertanya: bagaimana mensia-siakan amanah itu?Rasulullah menjawab: apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya" (Hadis)

2. Menegak Kebenaran Islam.
pemimpin wajib tegakkan kebenaran even kebenaran itu menggugat darjat, ketinggian pangkat dan diri sendiri atau pahit, pedih dan susah untuk dilaksanakan.
"Katakanlah kebenaran itu walaupun pahit" (Hadis)

3. Memelihara Karamatul-Insan (nilai kemanusiaan)

4. Memakmurkan bumi Allah.
iaitu dalam konteks pertumbuhan, perkembangan ekonomi, pembangunan negara dsb.
selain itu memastikan pengagihan kekayaan negara dapat dirasai seluruh rakyat. dan pastikan juga tiada jurang ekonomi yang besar antara yang kaya dan yang miskin.

5. Menjalankan urusan amra makruf dan nahi munkar.
yang ni cuba hayati firman Allah dalam al-Quran
"Mereka itu (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan." (AL-Hajj : 41)

MATLAMAT ASAS KEPIMPINAN

1. Pengabdian/perhambaan diri kepada Allah s.w.t

2. Untuk mencapai keredhaan, keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t serta rasulNya

3. Untuk menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran.

4. Untuk mencapai kebahagiaan, kesenangan, kesejahteraan dan keselamatan manusia sejagat di dunia dan di akhirat.

*terbaca kertas kerja tahun 1987(i like this year)

wallahu a'lam