Wednesday, July 22, 2009

SYA'BAN membersih hati....


sya'ban adalah bulan ke-8 dari tahun Qamariah yg bilangan harinya 29 hari..
Sya'ban ertinya BERCERAI-BERAI.
dinamakan demikian kerana orang2 Arab pada bulan itu bertempiaran ke mana2 tempat untuk mencari air...
(Kamus Al-Munjid Wal-I'lam, m/s 390)

sebab dikatakan bulan sya'ban pula kerana pada bulan tersebut sangat banyak AMAL KEBAJIKAN yg dapat diperolehi oleh orang2 yg mengambil berat dan MENGAMBIL KESEMPATAN beramal di dalamnya..

ada pula yg memberi erti bulan sya'ban dengan menghurai huruf demi huruf. menurut mereka :

SYIN : adalah 'syarafun wa syafa'un' ertinya adalah kemuliaan dan pertolongan.

AIN : adalah 'izzatun wa karamatun' ertinya adalah keperkasaan dan keutamaan.

BA' : adalah 'birrun' ertinya kebaikan.

ALIF : kepanjangan dari 'ulfatun, ertinya rasa kasih sayang.

NUN : berasal dari 'nurun' ertinya cahaya
(Durratun Nasihin)

kesimpulan : bulan sya'ban ini adalah masa berebut-rebutnya manusia mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan yang lebih mulia iaitu bulan Ramadhan.
'ulama mengatakan bahawa pada bulan REJAB adalah kesempatan untuk membersihkan badan, bulan SYA'BAN adalah kesempatan untuk membersihkan hati dan pada bulan RAMADHAN adalah kesempatan untuk membersihkan jiwa.

Nabi s.a.w pernah bersabda :

ertinya "Keutamaan bulan Sya'ban di atas bulan-bulan yg lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua Nabi-nabi yang lain..."

sabdanya lagi :

ertinya "Barangsiapa yg mengagungkan bulan Sya'ban, bertaqwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat atau derhaka kepada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun ini dari segala macam bencana dan penyakit".

AMALAN2 PADA BULAN SYA'BAN :

1) memperbanyakkan taubat

Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya:

"Tidak ada satu suara yg paling disukai oleh AllahTa'ala dari suara seorang hamba yg berdosa yg mengerjakan taubat kepadaNya, maka Allah berfirman:"Aku di sini wahai hambaku,maka mintalah apa yg engkau kehendaki".

2) memperbanyakkan doa dan membaca selawat kepada Rasulullah s.a.w

3) berpuasa sunat. Ummul mukminin Aisyah r.a berkata ertinya:

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa sunat dalam sebulan yg lebih banyak daripada puasanya di bulan sya'ban".
(Hadis Riwayat Imam Muslim)

sebahagian orang2 dahulu apabila bulan Sya'ban tiba mereka membaca sya'ir ini di surau-surau :

"Ya Allah, selamatkanlah kaim dalam bulan Sya'ban ini, dan berilah kami kesempatan hidup di bulan Ramadhan. Dengan rahmat, keampunan dan keredhaanMu. Wahai Zat Yang Maha Belas Kasihan, Wahai Zat Yang Maha Pengurnia."

No comments: