Allah Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita di dalam kitab-Nya Al-Quran Al-Karim supaya berzikirillah seperti berikut:
“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26
“Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.” Surah 7: Al A’raf, Ayat 205
“Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191
“Sesungguhnya Aku lah Allah, tidak ada Tuhan selainKu, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku.” Surah 20 Ta Ha Ayat 14
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah.” Surah 33: Al Ahzab Ayat 21
Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t. Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir. Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis tersebut di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut dan langit. Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar, para malikat naik ke langit.
Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:
“Dari mana kamu datang?”
Malaikat menjawab:
“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia. Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”
Allah s.w.t berfirman:
“Apakah yang mereka pohonkan.?”
Para Malaikat menjawab:
“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”
Allah berfirman:
“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”
Para Malaikat menjawab:
“Belum, wahai Tuhan.”
Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”
Malaikat berkata lagi:
“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”
Allah berfirman:
“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”
Malaikat menjawab:
“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”
Allah berfirman:
“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”
Malaikat menjawab:
“Belum.”
Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”
Malaikat terus berkata:
“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”
Allah berfirman:
“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”
Malaikat berkata lagi:
“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu. Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”
Allah berfirman:
“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.”
www.alhawi.net
Sunday, December 27, 2009
satu dari tanda2 qiamat..
hilang menteri,pemimpin bersilih ganti..
aku,
lihat dia terketar2 kakinya
lalu kudrat ku hulukan
matanya tidak bisa melihat lagi
hanya lidah menjadi indera,
ini gula, ini garam, ini kicap
namun hatinya jaga, tetap...
mengajar muda, tua kalam2 suci Tuhan
jamahnya hanya setengah keping roti dan suku cawan air
jernih air mukanya detik aku tenung pada cermin sisi
tapi, masanya sudah tidak lama,
siapa mampu menggantinya?mewaris apa yg ada di dalam dada?
hanya tangan yg dapat ku jabat,
menumpang berkat pewaris nabi, ULAMA' yang kian tandus...
"datang la lagi kalau senang" sapanya seraya aku dan sahabat memimpinnya ke muka tangga.
"INSYAALLAH" balasku dengan hati berbunga-bunga, syukur...

Wednesday, December 2, 2009
mencari yg tiada jual belinya...
hari ini...
aku tersua lagi dengannya..
cantik, kali ini lebih cantik..
sudah lama dia tidak mengenakan baju kurung..
rindu ku pada dirinya yg dahulu terubat...
kan bagus baju kurung, dari pakai seluar jeans denim dan t-shirt
erm...
jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan,
bertemu memang selalu...tak aku rancang pun..
namun jodoh...
kau telah memilih jalan sendiri..
mungkin ucapan ku lama dulu itu jika masih kau ingat, hanya bebenang halus yg mengikat diri mu..
rapuh dan hampir x terlihat..
dunia2...
tergelak lucu dalam hati bila zul tercungap2 selepas menunda moto aku dari BHP ke blok 21..
boleh pulak skuter tu x idup lepas aku pi pam tayar...
bateri kong kot...
penat aku bukak sane sini, namun enjin x idup...
teringat aku sehari sebelumnya, kt sg. buloh kt blakang pej. PPK kuala slangor tempat kak sepupu aku bekerja, ade sebijik moto RXZ ni yg cuba menunda kereta saga lama...
pergh, x berasap2 pulak ekzos dia muntah..
aku rasa kalau ade pertandingan 'mat rempit soleh' la, mamat tu boleh jadi finalis...
lpas pulang jer dari kelantan beraya aji kt sana,
esok harinya aku terus tegak ke kuala.
keluar pintu P.J, lalu 16, naik NKVE enter damansara, trun exit setia alam/meru, tembus kapar straight sampai pekan sg. buloh, masuk lorong kanan sebelum petronas,jalan kecik sebelah bengkel
rumah ade bendera malaysia plus umno...
berehat...
kemudian makan..
ah, dah lama x rasa masakan kampung macam nie, cuma xde sambal belacan jer..
segan pulak nak mintak..
"nah, ni rezeki korang la kali ni, makan ye mak masak..adik2 ko ni xpe diorang dah slalu makan.."
bicara ibu angkat berbahasa
"baik, trima kasih mak..." balas kami berdua serentak..
sup kaki lembu yang menggoda sudah di depan mata..air liur kami meleleh...(sebenarnye x, cuma nak sedapkan cerita jer..)
nasi dan lauk lain yg telah dihidang oleh ucu dan uda tadi kami jamah bersama sup gear box.
erm...sedapnyer...nikmat rezki Tuhan beri bulan2 haji nie...
"ucu yang masak ker?" uji aku sewaktu dia mengemas meja makan...
adik angkat perempuan ku ini yg sedang menunggu keputusan PMRnya pantas saja menjawab
"bukanlah, mestilah mak yg masak"
petang itu....
lagi kak long pula menjemput ke rumahnya, nak celebrate ari jadi anaknya yg ke-4,si kecil hero sorang nie..
dijamu pula mihun, kek dan dilayan mcm VIP pula...ape tidaknye tetamu2 lain adalah berempat belas kanak kanak berumur bawah 14..aku dan jay saje yg jadi kanak-kanak purba..
2 be con..

Monday, November 16, 2009
Dalam Hati Manusia Ada...
1) KEKUSUTAN
dan tidak terurai kecuali menerima kehendak Tuhan
2) KEGANASAN
dan tidak hilang kecuali berjinak dengan Tuhan
3) KEGELISAHAN
dan tidak tenang kecuali berlindung, bertemu & berjumpa dengan Tuhan
4) KESEDIHAN
dan tidak hilang kecuali seronok mengenali Tuhan
5) PENYESALAN
dan tidak padam kecuali reda dengan suruhan dan larangan Tuhan,
qadak dan qadarnya serta sabar sehingga menemuinya
6) HAJAT
dan tidak terbendung kecuali kecintaan kepada Tuhan
dan bermohon kepadaNya
Berterusan dalam berzikir kepada Tuhan adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung
hajat hati si hamba itu.
Ibnu Qayyum

Wednesday, October 21, 2009
IMP satu gelombang kesedaran ummat...

IMP vs GMP
GMP ialah singkatan dari Good Manufacturing Process iaitu untuk tujuan kawalan dan pengurusan kualiti makanan, produk farmasi, dan peralatan perubatan.
GMP adalah guideline yang akan menentukan dari segi aspek penghasilan dan mutu sesuatu produk. ianya digunapakai secara global dan menjadi asas kepada quality control.
apa pula IMP??
IMP [Islamic Manufacturing Practice] iaitu satu komuniti Amalan Pengilangan Islam yang lahir dari cetusan dan satu kesedaran untuk mewujudkan satu piawaian Halalan Thoyyiba dan jaringan perniagaan berasaskan hukum-hukum syarak Islam yang melibatkan pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.
Hari ini ummah Islam seluruh dunia terdedah kepada produk makanan yang tidak selamat dan mengadungi pelbagai bahan serta kontiminasi haram yang boleh menjurus ke arah kelemahan ummah dari segi akidah, intelektual, kesihatan dan ruhani. Surah Al Baqarah ayat 168 menjelaskan bahawa umat manusia dikehendaki memakan makanan yang Halal Lagi Baik [Halalan Thoyyiba].
IMP tidak hanya tertumpu kepada pemasaran produk, tetapi juga menfokus kepada pendidikan yang bermula dari makanan yang halal lagi baik dan kuliah agama bermula dengan "kepentingan Syahadah".
IMP meliputi 4 aspek utama iaitu pengilangan, pemasaran, pengurusan dan motivasi.
" Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ” (Al-Baqarah:168).
for more info, please go to www.imp.my
Monday, October 19, 2009
ingin berjabat tangan tapi x tergapai..
"shah, cepat shah! jom kita pergi salam dengan dia..
jap lagi dia nak naik tangga tu.."
aku mengajak rakan serumah ku untuk bersalaman dengan seorang pemimpin negara selepas beliau memberikan ucapan pada majlis rumah terbuka kelmarin.
"ah..dr...yb..." ah, aku hanya sempat mencekak lengan beliau, tangan yg ku hulur x digapai..
anak gadis berpurdah pink kemas di belakang ku tertawa perlahan bersama rakannya melihatkan gelagat aku yg 'gagal' menggapai salam..
ahhh..pedulikan dia, anak dara sape pulak ni, bisik hati ku..
"shah, jom la kita balik, perjalanan masih jauh, kalau sampai awal rumah boleh la nak berehat kejap sebelum nak siapkan asignment.."
shah yang masih terkulat2 senyum mengangguk tanda setuju sambil tangannya dirapatkan ke hidung, almaklumlah baru lepas salam ngan seorang pemimpin yg alim..
dalam perjalanan pulang
aku teringat kata2 ustazah hajah maryam yg petah berkata2..
jarang skali aku mendengar seorang wanita yg berhujah lancar, penuh dengan makna dan tersusun isinya hingga mampu merobek ego ku sbg lelaki dan mengakui kualiti yg dimilikinya..
mmg layak lah beliau menjadi pemimpin di kalangan wanita..
"kita akan mengagihkan kekayaan negeri selangor ini supaya dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat, kekayaan ini adalah milik rakyat negeri selangor yg perlu kita nikmati bersama, sambil kita bersyukur kepada Allah atas segala rezki yg dikurniakan.."
"kita ada satu slogan dan slogan ini akan kita jayakan iaitu MES, Merakyatkan Ekonomi Selangor!!"
kembang kempis hidung ku bila mendengar janji yg di tabur, kerana aku anak jati selangor..
kali ini aku yakin, janji ini bukan sekadar janji orang politik, tapi ini janji hamba Allah yg taat dan berpegang teguh akan ajaran islam...
kekayaan negeri itu kan amanah Allah, memang wajib pemimpin mengagihkan kepada semua golongan masyarakat..
bermain futsal tanpa tiang gol
lepas sampai jer kt rumah kami, RT , waktu asar tiba dan kami solat berjemaah di surau..
mcm biasa badan n kaki akan penat2 lepas balik dari 'kerja ni' tapi hari ni kaki aku rasa gatal siket, bukan ape dah lama x sepak bola ni, silap2 nanti muka orang pulak yg aku sepak..
so, lepas jer usyar2 amount of asignment yg aku kena buat n deadline kena hantar..aku pun start moto safuan dan terus menuju ke KK4, port lama aku..
lepak punye lepak sambil basuh/lap motor, budak x turun2 nak main futsal..
ahhh..ni yg wa bengang nie..
dipendekkan cerita ada la budak2 ni yg baru lepas jogging ajak maen sepak2 bola..
tapi x pakai tiang gol...jangan pelik..kami pakai batu bata, batu bata = gol
so tetap ada sasaran or target, kalau sepak bola xde target, sama la mcm hidup xde arah tujuan..or menulis xde tajuk yg sesuai,hahaha...
salam Zulqaedah.

Friday, October 9, 2009
Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran
Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-QurĂ¢n! demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:
17.16 (QS. Al Israa' ayat 16):
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."�
17.58 (QS. Al Israa' ayat 58):
"Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."
8.52 (QS. Al Anfaal: 52):
"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."�
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.
sumber; eramuslim from isuhangat

Friday, October 2, 2009
Tragedi Oktober ~Gelombang Petaka???
"Tidak sanggup ku ingat lagi'
Apa yg telah terjadi,
tragedi oktober,
sesalan aku hanya untuk mu sayang,
ampunilah segala dosa2 ku..."
lagu percintaan slow rock yg terkenal sekitar penghujung 90'an dinyanyikan oleh Awie
1 Oktober 2009 merupakan episod baru dalam hidup ku,
tidak pernah aku merasa secuak ini, nervous lagi gementar..kerna sebentar lagi aku perlu membuat presentation bertajuk 'PROBLEMS ASSOCIATED WITH BIOREMEDIATION' selama 40 minit di dalam kelas..
gementar ku bersebab kerna baru malam tadi kira2 pkul 11 malam aku baru nak start buat slide show..
gler,ni tindakan last minit yg berprofil tinggi dan boleh dikategorikan sbg kes brani mati!!!
nasib baik la malam tu aku boleh stay up sampai subuh (itu pun x siap lagi), nak present pkul 11 pagi..
dalam hati aku ini berkocak satu macam perasaan coz x prepared sangat,aku pun mula berfikir nak cakap ape dalam bahasa inggeris yg saintifik selama 40 minit depan lecturer yg x boleh aku nak kelentong faktanya, dan depan kawan2 yg junior (pasal aku extend)..
bak kata orang kampung aku..I have butterfly in my stomach..
ALHAMDULILLAH coz presentation hari 2 berjalan lancar...
sehingga habis kelas,aku tidak menyedari apa yg berlaku di sekeliling, di bumi Tuhan yg lain..
rupa2nya gelombang 'itu' datang kembali..
dengan kali ini berpunca dari gegaran pada 7.6 skala ritcher...
lebih seribu dijangka terkorban (assumption)
3 ribu lagi masih terperangkap di bawah runtuhan, hampir 800 orang dilapor meninggal (latest),
gelombang TSUNAMI itu hadir betul2 sehari sebelum memasuki bulan OKTOBER..
aku terus teringat rakan baik ku yg belajar di Padang sana,selamatkah dia???
aku terkesima...
x terkata dibuatnya...
terlalu berat ujian ini untuk diterima sesiapa sahaja..sesiapa sahaja..
di sini Tuhan menunjukkan betapa Maha Kuatnya diriNya..
di mana dia genius yg boleh terbang ke angkasa?
di mana orang yg mampu membina bom nuklear?
di mana manusia yg konon mampu meramal cuaca?
mana dia ketua saintis dunia?
mana ahli falsafahnya?
mana manusia yg berjalan sombong atas dunia ini???
inikah dia 'keadilan Tuhan'?
atau gelora petaka ini hasil dari tangan2 kita sendiri..
adakah masih ada lagi pintu taubat untuk kita???
HUSNU ZAN..
bersangka baik lah..
"terutama bersangka baik itu adalah kepada ALLAH...jangan kita bersangka buruk kepadaNya, kita perlu OPTIMIS dalam TAWADHUK, yakin amalan,doa dan rintihan kita didengar olehNya.."
kata2 ustaz haji Salleh dalam mengupas isi kitab pada malam jumaat itu(1 okt 2009) terngiang-ngiang di telingaku...
Masjid Ar-Rahman
tempat persinggahan terbaik
tempat menadah meneguk ilmu
tetap teguh kekal
hasil perjuangan insan terdahulu
megah melahir pembela agama
ahh..
aku terkeletihan yg amat..
terlelap layu..
sebentar kemudian azan isyak melagu merdu...

Gelombang yg Menggetar Jiwa..
continue from 'jumaat yg dirahmati' posted oktober 2008.
TATKALA RAMAI MULA SURAI SUARA ITU KIAN JELAS..
gelombang yg menggetarkan jiwa....
ah, aku amat kenali, itu Surah Yasiin dari Kitabullah, sebenar-benar perkataan..
aku melangkah kaki menghampiri datangnya suara itu.....
suara itu, dan lagunya, dengan lenggok suara..dan yg paling penting BAIT-BAIT perkataan yg dilafazkan itu..indah, sungguh indah, terlalu indah..
tentulah, kerna itu adalah KALAM TUHAN, tiada siapa mampu sebandingnya.. (rujuk al-Quran m/s 5)
lelaki itu separuh umur,berjubah putih berjanggut tipis panjang sejengkal..duduklah dirinya bersimpuh di atas jalan tar di bawah terik mentari jumaat itu..
di hadapannya dibentangkan kain putih untuk siapa yg ingin menghulurkan 'saham akhirat' masing2..
ada yg melihat,ada yg menghulur dan ada pula yg kurang percaya..bagi aku, aku terus memerhati keadaan itu..SUBHANALLAH, sungguh hebat MUKJIZAT ini, dapat ku rasakan tempiasnya..
benarlah janji Allah, inilah mukjizat ila akhir zaman..benarlah kata Nabi, inilah kitab yg terpelihara, jadi panduan hidup para ummat, pasti tidak tersesat!!!
Hati ku tersentuh kala telingaku menangkap bait-bait bicara sang pembaca,gelombang bunyinya memecah rehat gegendang telingaku, lalu menghantar IMPULS ke otak ku lalu mentafsir..
dengan secara spontan, aku bernafas dengan menyedut nikmat udara percuma yg dikurniakan Tuhan,
sampai ke alveolus,diserap ke dalam saluran darah terus menghantar ke otakku, sesampainya di otak, udara yg ku kenali sebagai OXYGEN itu pun meresap ke dalam sel2 otak untuk sel2 itu BERESPIRASI, bila terdapatnya ATP sebagai sumber tenaga langsung dari pembekalan oksigen itu,
barulah otakku dapat berfungsi dan mentafsirkan GELOMBANG itu tadi..
baru ke sedari betapa peri pentingnya wujudnya makhluk bernama gelombang..
walau aku,kau dan semua orang pun tidak namapak..namun dia tetaplah makhluk (creature) yg ta'at menurut perintah Tuannya (the Obligate Creator) atau Wajibal Wujud, Allah pencipta alam..
semua makhluk di dunia ini bertasbih kepada Allah,cuma insan sahajalah yg selalu leka dan alpa
semut umpamanya, merembeskan bahan kimia untuk berkomunikasi, juga mengetuk sarang menggunakan ekornya untuk memberi isyarat
begitu juga halnya dengan lebah, terbang dengan mengalunkan 'TARIAN' indah (round dance) dan sebagainya bagi menyampaikan gelombang informasi..
termasuk juga MAKHLUK HALUS seperti bakteria, yg berkomunikasi melalui QUARUM SENSING (rujuk wikipedia kalau x tahu dan ingin tahu)
tidak ketinggalan bukit bukau,gunung ganang,batu batan dan bintang di langit,
semuanya bertasbih, cuma kita manusia yg tidak mendengar gelombang tasbihnya (rujuk al-isra':44)

Subscribe to:
Posts (Atom)