salam.......
Tyme aku kecik2 dulu pas balik skolah, mak aku (mak cik yang bela aku) suka sound aku
"jangan lalu tepi orang perempuan yang tengah sembahyang"
atau
'jangan masuk bilik waktu mak tengah sembahyang zohor"
itulah kata2 mak aku yg slalu dia cakap..
tapi...aku slalu x ikut coz aku nak cross blakang dia nak salin baju untuk pergi sekolah petang pulak (fardhu ain)
buat ape nak cepat2 pi skolah agama??mestilah jawapannye kalu
datang awal bleh maen ngan kawan2 dulu..
ustazah masa aku darjah satu pulak pernah pesan..bila orang laki2 sembahyang, orang perempuan jangan ada kat depan atau lalu depan laki2 tu (yg boleh dilihat la..
erm...bila dah besar
baru aku faham akan maksud ustazah tu...
kisah
waktu aku remaja dulu...
di satu tempat bernama PUDURAYA..
setelah aku dan kawan2 lain turun dari bas yg datang dari selatan tanah air...
aku membawa diri mengikut langkahan kaki..
pape pon aku tuju surau dulu, nak lepas penat n terus solat asar..
lepas solat asar kt tingkat atas, aku pun
cepat2 turun balik nak cari siti (bukan nama sebenar), aku memang dah nekad, kali nie mau x mau aku kena ayat gak minah ni sampai dapat..hehe
siti yang juga turun bas dari selatan tanah air nie rumahnye satu daerah je ngan rumah aku..cadang nak naik bas sama2 dari pudu sambil aku luahkan rasa hati ini..hihi
pusing punye pusing
wajah siti x kelihatan dalam gelora lautan manusia yang meramai tu..
aleh2 bila aku panjang2kan leher tetiba terperasan pulak NUR ada di hadapan aku..
maka bermulalah bibit2...ops silap, bermulalah perbualan kami
"nur, siti mana?" tanyaku dengan dahi berkerut
"oh..siti dah balik tadi dengan Su, diorang amik bas ke klang" balas nur
"fit tak balik rumah ke?"
"eh,mestilah..ni nak balik la nie, nur?"
"erm..sebenarnye
nur patut balik ngan bas ekspress,tiket pkul 5 ptg,tapi bas tu dah terlepas la fit.."
'la, mcm mane boleh terlepas pulak..ish"
"xpe la..nur balik naik bas lompat jer, nur amik bas ke kuala"
"oh, ok la kalu camtu"
perbualan terhenti seketika, aku pergi ke kedai
memilih limpahan komik yg tersusun di kedai buku...
"eh, buat ape lagi kt sini nur?" tanya aku
"eh,saya tunggu bas ke kuala la"
"la kat sini bas nak pi singapore n JB jer..tunggu kt depan tu la nur..mari la saya temankan"
"eh, rumah fit pun kalau lalu kuala boleh sampai kan? ape kata fit temankan nur je, kita balik sama2"
bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, SITI terlepas dapat pulak NUR"mmm..boleh tu boleh la, tapi jalan jauh, kena patah balik siket nanti..ok lah x kisah pun" jawapan yg mungkin menenangkan hati nur, agaknye dia mmg x biasa naik bas lompat nie...
dipendekkan cerita, dalam bas..
"fit dah solat asar?" tanya nur
" dah la, nape tanya?"
"tak la,
nur x solat lagi ni, nak solat sekarang la"
"sekarang?erm,dalam bas nie..kenapa x solat kt puduraya je tadi?kan senang."
"erm..tadi nur naik ke surau,
surau mcm tengah renovation, so nur ingat surau tutup, bila turun bawah pulak dah terlepas bas, pastu su n siti mesej yang dorang dah naik bas, pastu nasib baik terserempak dengan fit tadi"
dalam keadaan trafik kat kay el pada petang itu, bas pun macam jalan x jalan jer..
nur menghulurkan aku walkmannye untuk aku dengar sambil dia ingin bersolat..
dalam walkman tu ada keset indigo or ruffedge yg memang tyme tu aku x layan..
tyme tu
layan lagu mcm Blink182, System, Good Charlotte dan yg sewaktu denganye..
ruffedge...layankan je la...pelik jugak dalam hati aku, minah yg baik ni layan ruffedge, aku ingat ade kaset in-team ke nasyid pape...haha, x kisah la yg penting nur fikir benda ni dapat mengalihkan penumpuanku darinya..mungkin..
bagi aku, tudungnya cukup labuh untuk dia solat..
"nur dah amik wudhuk tadi kt pudu, skang nak solat, fit
jangan pandang tau!!"
nur yg duduk disebelah kerusiku dibahagian dalam memberi 'arahan'
"baik lah" jawabku jujur kali ini..
entah berapa lama dan ketika, berapa lagu yg sudah ku dengar, namun yg pasti jarak perjalanan baru sedikit kerana kesesakan untuk keluar dari kawasan lembah kelang ini.
"fit, terima kasih tau.."
tiba2 suara nur memecah gegendang telinga ni.
"oh, dah habis solat ya.."jawabku..
"dah, alhamdulillah....terima kasih la fit"
aku memang x tengok dia solat tadi,
x elok rasanya pandang anak dara orang solat, walaupun dia hanya duduk di atas bangku..erm, jeling pun tidak (erm,nafsu kata 'rugi jugak' x jeling, dia bukan perasan pun kalau aku jeling)
lagi pun kerusi yg aku duduk tu dah rosak siket, x boleh nak tegak..
so sepanjang perjalanan yg mengambil masa lebih 2 jam tu aku mmg x pernah bersandar..
kalu aku bersandar nanti dia x selesa pulak coz aku boleh pandang dia dari sudut yg lebih menarik, haha..
perbualan berterusan pada hal2 semasa hingga bas sampai ke kuala selangor tanpa aku bertanya mcm mane kaifiat dia solat tadi, nak tanya segan plak coz aku ni sape la..
nur tu pulak ala2 muslimat gitu,
Muslimat yang solat disebelahku...
No comments:
Post a Comment