Monday, October 19, 2009

ingin berjabat tangan tapi x tergapai..

"shah, cepat shah! jom kita pergi salam dengan dia..
jap lagi dia nak naik tangga tu.."

aku mengajak rakan serumah ku untuk bersalaman dengan seorang pemimpin negara selepas beliau memberikan ucapan pada majlis rumah terbuka kelmarin.

"ah..dr...yb..." ah, aku hanya sempat mencekak lengan beliau, tangan yg ku hulur x digapai..

anak gadis berpurdah pink kemas di belakang ku tertawa perlahan bersama rakannya melihatkan gelagat aku yg 'gagal' menggapai salam..

ahhh..pedulikan dia, anak dara sape pulak ni, bisik hati ku..

"shah, jom la kita balik, perjalanan masih jauh, kalau sampai awal rumah boleh la nak berehat kejap sebelum nak siapkan asignment.."

shah yang masih terkulat2 senyum mengangguk tanda setuju sambil tangannya dirapatkan ke hidung, almaklumlah baru lepas salam ngan seorang pemimpin yg alim..

dalam perjalanan pulang

aku teringat kata2 ustazah hajah maryam yg petah berkata2..
jarang skali aku mendengar seorang wanita yg berhujah lancar, penuh dengan makna dan tersusun isinya hingga mampu merobek ego ku sbg lelaki dan mengakui kualiti yg dimilikinya..
mmg layak lah beliau menjadi pemimpin di kalangan wanita..

"kita akan mengagihkan kekayaan negeri selangor ini supaya dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat, kekayaan ini adalah milik rakyat negeri selangor yg perlu kita nikmati bersama, sambil kita bersyukur kepada Allah atas segala rezki yg dikurniakan.."

"kita ada satu slogan dan slogan ini akan kita jayakan iaitu MES, Merakyatkan Ekonomi Selangor!!"

kembang kempis hidung ku bila mendengar janji yg di tabur, kerana aku anak jati selangor..
kali ini aku yakin, janji ini bukan sekadar janji orang politik, tapi ini janji hamba Allah yg taat dan berpegang teguh akan ajaran islam...
kekayaan negeri itu kan amanah Allah, memang wajib pemimpin mengagihkan kepada semua golongan masyarakat..

bermain futsal tanpa tiang gol

lepas sampai jer kt rumah kami, RT , waktu asar tiba dan kami solat berjemaah di surau..

mcm biasa badan n kaki akan penat2 lepas balik dari 'kerja ni' tapi hari ni kaki aku rasa gatal siket, bukan ape dah lama x sepak bola ni, silap2 nanti muka orang pulak yg aku sepak..

so, lepas jer usyar2 amount of asignment yg aku kena buat n deadline kena hantar..aku pun start moto safuan dan terus menuju ke KK4, port lama aku..

lepak punye lepak sambil basuh/lap motor, budak x turun2 nak main futsal..
ahhh..ni yg wa bengang nie..
dipendekkan cerita ada la budak2 ni yg baru lepas jogging ajak maen sepak2 bola..
tapi x pakai tiang gol...jangan pelik..kami pakai batu bata, batu bata = gol

so tetap ada sasaran or target, kalau sepak bola xde target, sama la mcm hidup xde arah tujuan..or menulis xde tajuk yg sesuai,hahaha...

salam Zulqaedah.

2 comments:

Head Shot said...

sapa yb tu?

Anonymous said...

erm, teknik penceritaan telah merahsiakannya..
jus pemimpin biasa
hanya penulis yg menggembar gembur bahasa..
nanti i msg u..